Sunday, October 31, 2010

Orang Kelantan memang begitu.

Dah dah la dengan prejudismudis teori konspirasi Dun Galas,isu bolot tiket,baling mercun  bla bla bla kamu itu,apa yang penting Kelantan menang walaupun pada separuh masa pertama bila tengok player Kelantan sepak player N9,serius aku rasa macam tawar hati je nak sokong Kelantan,hehe!Bakpo gitu awey wei..?Main molek-moleh lah.Ke ghano teh?.Tapi kan..lagi best kalau Kelantan lawan ngan Kedah kat final,terubat jugaklah rindu pada Helmi Eliza Alias.Hehe,tadi intai-intai jugak kelibat dia..tapi takde..sob sob sob!

Sebagai penyokong tak berdaftar di Cafe Mak Ngah..Mak Ngah sponsor RM100 sorang kepada kami..cafe kau ada Mak Ngah baik macam kami...?

[haha.sila gelakkan diri sendiri.]

Thursday, October 28, 2010

Dah hilang akal ke?

Dengar cerita,(aku dengar2 je la,betul ke tidak aku tak tahu)Pak Jib nak jadikan Malaysia sebagau hub hiburan malam.Konon2 lah  untuk menarik kedatangan pelancong asing ke Malaysia.Hello,aku rasa takdenya pelancong asing mata biru tu nak tengok kelab malam negara kita,kalau tengok pun mungkin sekadar jeling sebelah mata je.Tempat dorang kelab malam lebih canggih kot..siap ada pole dancing lagi.Kat Malaysia ada...?Takde nyehhh..!

Manusia kalau dah sakit,bagi makin ubat..bukan bagi makan racun.Jadinya,jangan heranlah kalau lepas ni berbondong-bondong gadis-gadis tempatan jadi GRO..longgokan bayi di tempat pembuangan sampah dah jadi fanomena biasa,minum arak tepi jalan macam minum air mineral..etc.Tak rasa ngeri ke..?Kalau dah cam gitu caranya nak tarik pelancong datang Malaysia,apa kata kita tubuh plak NGO pro-gay,pastu bukak plak klinik gugur bayi secara halal..pastu kita iktiraf "pole dancing" sebagai satu warisan budaya Malaysia..dah kata nak tarik pelancong sangat kan.

Wednesday, October 27, 2010

Suwwiitt :)


FINN: I know I’m a big athlete, and it’s not manly or anything… but I’m kind of insecure about how I look.
RACHEL: Come on, you just… you know, you have a different body type. I don’t look like Brittany or Santana, but you still think I’m hot, right?
FINN: Well yeah, of course.
RACHEL: Then you’re just going to have to trust me that you’re the hottest guy in school.

Tuesday, October 26, 2010

Shame on you!

I had an embarrassing moment today.Padah suka ponteng kelas..tak pasal hari ni nama aku dipanggil..bukan sekali OK,dua kali tau..dua kali.Terus drop my water face.Pastu siap kena buat show cause letter lagi "with good justification"..haa,yang ni yang problem nehh..kot celah mana aku nak cari good "justification nya".If my father knew about this,i'm pretty sure he is going to kill me.Hahha...Ok serius.

Aku berkira-kira nak tulis camni untuk 3 alasan 3 hari aku ponteng kelas.

1)period pain.
2)Lupa nak tandatangan attendance.
3)Memang saya bangun lewat gila..kelas start pukul 8 saya datang pukul 9 setengah,pastu takut nak masuk  terus tak masuk-masuk.

Tapi macam tak puas hati jugak la..kenapa Dr check list attendance yang kedua je.Cuba check list attendance yang pertama,berlambak nya student tak datang kelas.Tu tak termasuk yang suruh kawan sign attendance.tapi takpelah..aku relax je because i don't think Dr will bar me from taking the final exam haha,sebab muka aku kan cam innoncent,naive giteww .Gila punya konfidem..tui tui!

Ayah dengan Ma mesti tak sangka anak dia suka ponteng kelas.Ye la,masa Form 5 dulu selalu ponteng kelas jugak..sembunyi dalam tandas,bawah katil dengan Zemma,tapi last terkantoi jugak dengan warden.Tapi Mak ngan Ayah tak tahu dan aku tak pernah bagitau.Tiba-tiba hari ni rasa macam sedih,rasa macam telah menconteng arang ke muka mak bapak plak.I don't care what other students might think about me..pemalas ke,tak reti bangun awal ke,bodoh ke.. because I know i'm not that kind of girl.Yang jadi masalahnya sekarang,aku terfikir camnelah kalau mak bapak aku tahu yang aku sebenarnya bukan anak yang baik sangat..T__T.Apasal korang baca gak tulisan kecik-kecik ni...?Tak penting pun.

Ok dah la tu..banyak sangat dah mengarut.Banyak lagi kot orang yang jahat dari aku.

p/S:Ya Allah,sumpah aku rasa sangat bersalah sekarang.Forgive me please.

Sunday, October 24, 2010

Helmi Eliza

Tengok bola ramai-ramai kat Cafe Mak Ngah dengan kawan-kawan akan menjadi satu memori yang bakal dirindui oleh kami bila masing-masing dah habis belajar nanti.Dan semalam Kelantan menang..yay!Sorry ye Bumi Darul Iman,I termurtad negeri sekejap..tu la,sape suruh awal-awal lagi dah kalah.Kan dah terpaksa sokong Kelantan.Takpela kan..Kelantan dan Terengganu kan dah macam adik beradik..same2 gedebe plak tu..Oppps..sorri..he2.

Jadinya semalam,Helmi Eliza-penjaga-gol-kedah-hensem-yang-I-tak sangka-dah-kahwin-tu tertumbuk bola ke gawang sendiri sumpah kesian,abis je masa duduk terkangkang atas padang.T__T.Takpelah Helmi..semalam awak memang bagus gila tepis bola..terbang sana,terbang sini..dah takde rezeki kan.Sabaq naa.

Cafe Mak Ngah memang havoc gila semalam.Kiri kanan meja semua dimonopoli oleh lelaki,jadi kau bayangkanlah sendiri bila Kelantan score gol tuhh..pastu satu lagi bila keluar gambar pemain Kedah yang botak takde gigi tuhh.Keji sungguh oh mereka gelakkan dia.At least dia masuk jugak TV,kau ada..?



Nah..ambik setempek gambar Helmi Eliza...fiwwittt!!Can't wait for the final match..go more Kelatey go more....!!

Saturday, October 23, 2010

Sila Bagi Amaran

Omaiiiigoshhhhhh...!mengucap dila,mengucap.

T__T

Huk..huk,apasal lah kawan-kawan FB saya ni suka sangat share video kemalangan ngeri dalam Facebook.Tolonglah wei..sebelum nak share tu bagi warning dulu 18SG dulu ke,tak pun tulis macam ni ke dulu "kepada sesiapa yang lemah semangat sila jangan tengok"..barulah saya takkan tengok.Ni tak,tulis tajuk video "SELAMAT JALAN DAH",sumpah saya ingat video lawak bodoh versi minah rempit terjatuh motor kena tinggal pakwe ke apa,tapi last2 video mat motor kepala kena gilis.Omaigodd...kena gilis sampai kepala terkopak tau...?ini betul-betul tak normal,nasib baik saya tak jatuh koma.

Ok,nak tidur.I need therapy.

p/s:Siapa yang berani boleh la try tengok video tu.Perempuan dia pakai baju warna hijau.Perempuan mengandung dinasihatkan jangan tengok.Tak silap kaki perempuan tu pun hancur.Kejadian berlaku kat Pualau Pinang,Innalillah..setiap yang hidup pasti merasai mati.tapi harap2 janganlah mati dalam keadaan macam ni.

Terkenang.

Semalam Mak saya call,dan saya punyalah gembira sebab jarang-jarang je Mak telefon.Biasanya ayah yang selalu telefon pastu mulalah dengar suara Mak menyampuk dari jauh tanya "ada duit tak lagi?","exam bila lagi?","bila balik kampung","baru bangun tidur ke?"..etc.

Semalam Ayah pergi masjid pastu mungkin mak boring kot sebab tu telefon saya..dah takde orang kat rumah nak borak, sementara tunggu sembahyang Isya' tu,eh perlukah saya memberikan ulasan sebegini detail.Tapi jauh dalam sudut hati, saya rasa Mak rindu anak-anak dia.:'(.Walaupun saya tanya "Ma rindu Ila ke..?"..Mak tak jawab tapi gelak besar.Saya pun gelak jugak..seronok dengar suara Mak.:'(.

OMG,saya tak pernah rasa rindu Mak saya macam ni.Sumpah rasa macam nak terus terbang bumi Darul Iman,tunggu Mak buka pintu rumah sambut saya dengan mata merah,ye la kan,mata merah sebab baru bangun tidur,bukan sebab terharu hiba tengok saya berdiri atas tangga hehe..ecceh,nak bersambut-sambut pulak.lambatnya datang Disember nak memeriahkan rumah balik,nak buat Ayah dan Mak tersenyum tergelak,nak bersembang dengan Mak..dan saya rindu jugak Lia,adik saya..Ok,kami memang anak kesayangan Mak dan Ayah..he2.Puas hati..!

P/S:Puas hati...?Memang aku nak manja..tak payah nak keji aku,sebabnya tak salah dan aku tak jadi anak manja walaupun umur aku dah suku abad.






Thursday, October 21, 2010

Sebab dia saya bahagia.









Setelah bercouple couple pastu putus putus banyak-banyak kali,akhirnya kami couple balik.So,sekarang memang tengah bahagia gila gila sebab saya gila,eh tak saya tak gila,tapi saya gilakan dia.Dia bukan yang saya kenal lima tahun dulu.Dia telah berubah secara total.Dia tak macam dulu,manja macam budak-budak.Dia dah jadi seorang lelaki yang sudah sesuai dijadikan suami..Ok,beranganlah kau Dila..ehe.Tapi sweet sweet dia tetap sama macam dulu la.Saya selesa dengan dia dan sungguh sungguh saya mahu dia jadi suami saya.

Ya Allah,kabulkanlah permintaanku.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan
 orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

p/s:This entry especially for him actually...sumpah baca balik geli rasa tekak.Macammana lah minah rempit macam saya boleh tulis ayat-ayat macam ni.Haha..pembenci-pembenci sekalian,silalah mengutuk saya secara berjemaah..saya ok je.*wink.


Tuesday, October 19, 2010

Karma.

Straight to the point,malas nak berbasa-basi buat introduction bagai.

Hari ni hari yang malang sebab aku jatuh tangga.Smooth je jatuh dari atas sampai bawah.Celaka punya kasut..tak pasal-pasal jadi stuntgirl tanpa penonton.Bangun je dari jatuh terus fikir macam-macam..lumpuhkah aku nanti..?Cacat ke aku nanti..?Bengkok ke nanti tulang punggung aku?Tapi yang aku pelik,punyalah tragis dan ngeri aku jatuh..tapi sakit takdelah sangat.Siap boleh pergi Jitra lagi shopping.Oh,aku fikir mungkin punggung aku mempunyai ability menyerap gegaran secara luar biasa..eceh,pandaai la kau.Lepas jatuh tu kan baru rasa macam nak bersyukur selama ni boleh jalan.Selama ni tak pernah la kot cakap Alhamdulillah sebab boleh jalan hari-hari pergi kelas.Camne kalau tiba-tiba aku tak boleh jalan...?errr

P/S:Sebelum ni ada orang jatuh longkang..aku tolong jugak lah..tolong gelak,tetiba hari ni Tuhan balas.Naaa kau,padan muka.



Monday, October 18, 2010

You're luckier than you know

You're crying because your boyfriend dumped you? someone's crying because their husband or wife just got killed in a car accident. you're mad at your parents because you're grounded? someone's parents just finished beating them. you want to die because you failed geometry? someone has no education, which means they can't get a job. you hate your best friend because she lied to you? someone is hated by their entire family & has not one friend. put things into perspective people; you're luckier than you know.
 -anonymous-

Sunday, October 17, 2010

is your ass jealous of how much shit comes out of your mouth?









Camni la senang cerita,aku dan kau dibesarkan dalam keluarga yang berlainan.Cara mak bapak kita didik kita dengan adik beradik kita of course la lain2.Macam kau cerita,kau datang dari keluarga susah..aku pulak lain,bukan nak cakap aku kaya raya,tapi dari satu segi aku rasa macam aku lebih bernasib baik dari kau.Alhamdulillah.

Beginilah,ayah kau layan kau tak sama dengan aku.Tapi itu tak bermakna sebab aku tak berdikari,anak manja,semua benda mintak dapat..ayah aku seorang ayah yang loser tak reti didik anak..ayah aku cuma nak bagi anak dia yang terbaik sebab kau hanya kenal nama aku,kisah silam aku dan keluarga aku kau tak tahu.So please,don't judge me.

Fuck you, best friend.

Saturday, October 16, 2010

Tak malu pada tuhan..cubalah malu pada tudung yang kau pakai tu.

Baca dengan minda terbuka..aku bukan nak berlagak baik macam malaikat atau ulamak ke apa,aku pun ada history buat dosa..semalam buat dosa..eh,tadi pun terbuat dosa,cuma tertanya-tanya..adakah sudah menjadi trend bagi wanita-wanita bertudung zaman sekarang tanpa segan silu pegang tangan boyfriend,peluk pinggang boyfriend.. ambik gambar tempek banyak2 dalam FB?Kat blog tak payah cerita la..eh eh,terjaga tepi kain orang plak.Sorry sorry.

Jadi kat sini nak tanya lagi "apa motif mereka...?"Masing-masing macam nak buka aib sendiri.Eh,macam bangga plak buat dosa,tak tunggu kat padang Masyar..dalam FB tak malu langsung dedah dosa sendiri.Semua orang boleh nampak tau..Aku sedih sebab "orang" tu aku respek dia..tiba-tiba buka album FB,kemain lagi..terus aku letak respek aku kat dia bawah tapak kaki.Oh please la..kalau nak tunjuk betapa bahagianya korang pun..bukan begitu caranyanya.

Ke aku ni kampung sangat...?Maybe la kan..orang Kampung Pak Kancil la katakan.

Dua tiga tahu lagi tak hairan dah kot tengok profile picture pakwe makwe comolot..apa barang pegang2 tangan ni kan...?alang2 nak buat dosa kan,biarlah berzina terus.

p/s:korang punya manja biar korang je lah yang rasa.




Thursday, October 14, 2010

Ijazah terbaik datangnya dari jalanan

Semalam exam CPC..soalan senang gila weii,sampai aku rasa macam malas nak jawab.Rasa terhina sangat sebab ada ke patut soalan camtu lecturer bagi kami.Otak genius macam aku,takkan la nak jawab soalan taraf UPSR tu.Oh please la..kami ni taraf2 Harvard University la...paham lah sikit,give some respect!

Oh,keji punya statement.Ok lah,exam CPC semalam takdelah susah sangat sebenarnya..susah sangat sangat je tapi bila lecturer kau suruh baca tujuh bab dalam buku teks dan lepas kira-kira ada hampir 300 pages kau kena baca dalam masa 5 hari tapi last2 kau buka soalan,jeng jeng jeng...2 bab je yang masuk,sungguh aku rasa nak marah sampai tahap macam nak mamah-mamah je selipar jepun kat kaki.

Oh oh pastu dengar plak ada orang  MENIRU,phuaaaaaaaa..terus rasa macam 'eh lantak kau la'..itu urusan kau dengan tuhan walaupun hakikatnya nobody give a damn about berkat ke tak berkat macam Faridza cakap.Normal la kan meniru dalam exam..tinggal samada kau berani ke tak je..takleh r nak persoalkan "tak aci r kau..aku tak tidur study..kau bleh plak meniru"..ye la kan..sapa suruh kau stadi,sape suruh kau tak tiru.Padanlah muka kau.

jadinya

Dear orang-yang-tak-pernah-meniru-dalam-exam-macam-aku,Final ni meh kita belajar meniru plak nak....?mana tahu bernasib baik..dapat naik pentas masa dinner.

amacam...???


Monday, October 11, 2010

Your conversational partner has disconnected

Semalam buang masa main ngan OMEGLE jap.On FB takde orang nak chat ngan aku kecuali mamat mana ntah dari Afrika suka benar tegur aku..pastu On YM pun takde orang nak tegur..pehh,loser betul rasa diri ini.Ah,biasalah..aku dah biasa forever alone camni.Tapi bagus jugak sebenarnya benda ni...kalau tak suka boleh je terus disconnect..tak payah nak ignore..nak report as a spam bagai.Kalau pasal cettingmencetting ni aku anti benar kalau kau masuk tak bagi salam..tiba-tiba tanya ASL.Mengapa perlu ada diskriminasi pada sex age dan location...aku pun tak tahu mengapa sebab aku tak kisah kot kawan ngan pondan ke,kawan dengan orang yang duduk kat Uganda ke..dan aku  lagi tak kisah kawan ngan budak umur 11 tahun.Ecceh..panjang lak membebel...

First stranger nak tengok gambar bogel...alah,biasa la tu kan,dah namanya chatting.Pastu takkan la aku nak bogel jugak kan...agak2 la.


 Yang kedua plak,tiba-tiba tanya MRF..mana aku tahu,haha..biasa kan orang tanya ASL


 Yang ketiga..confirm2 bukan orang Malaysia,terus dia disconnect..sebab takut kot dengan Bahasa Malaysia..or maybe dia ingat aku ni dari planet Marikh ke ape..


Yang keempat..aku cakap aku gay..pehh,pun disconnect..takut aku ngorat dia kot..haha


 Yang kelima aku cakap aku dari Bangladesh,pun dia disconnect..berlagak sangat mamat ni..ngan oranhg Bangladesh taknak kawan eh..

 Yang keberapa dah eh...he2,aku cakap aku Glee Fan.."cool"..tp apasal disconnect gak...?Tak suka Kurt la tu.

 Pastu yang ni plak,Aku cakap nama aku Zulaikha,terus bagi Damn setempek atas muka,aku syak ni anti-islam ni..eh eh,disconnect jugak..ingatkan nak mencarut lagi,nak jugak aku cakap aku tengah plan nak bakar White House


 Yang last sekali..dia tk disconnect..aku yang larikkk..haha,meremang bulu roma..sejuk je kepala aku ni ..haha

10.10.10

10.10.10,the date that only happens in hundred years...yesterday should be a lucky today to me...and guess what nothing ever happen to me even though i wish Zahiril Adzim would post something on my FB wall.but he did'nt.='(.hehe,just kidding.Pastu pulak Syeikh Muzaffar dah kahwin..aku frust gile kot..OK,dah la kau,sebelum ni Syeikh Muzaffar pun tak kenal..nak frust plak.

Orang cakap macam grand jugak majlis perkahwinan dorang..tapi rasanya takdelah se "grand" majlis perkahwinan Nadia Nasimuddin tuh..Eh,tak tahulah..kot kot ada jugak majlis bersiram bawak laki pakai cawat bagai..tak berapa nak interested  la nak tau pasal wedding orang sebab sekarang aku kena fokus pada wedding aku sendiri...insya-Allah,12.12.12.

p/s:Eh,orang cakap emas dorang pakai pun dah dekat 5 juta..pehh.

Sunday, October 10, 2010

Menongkah arus


Salah satu mazhab yang membolehkan pengikutnya memegang anjing tanpa perlu menyamak ialah mazhab maliki.Ini menjawab persoalan seorang kawan non-muslim aku.Kalau salah tolong betulkan sebab maklumat ini pun aku ambik dari internet bukan keluar dari mulut ustaz-ustaz,maknanya maklumat mentah-mentah je ni.Since Malaysia berpegang kepada mazhab Syafie,memanglah dari sekolah rendah dulu kita dah di ajar bahawa anjing tu najis berat,wajib cuci dengan tanah liat.

Kalau pergi negara-negara timur tengah,memang ramai orang islam yang jadikan anjing sebagai pet,dan janganlah kita tiba-tiba jadi histeria tengok orang Islam pegang anjing,dah mazhab dorang membenarkan pegang anjing..tak apelah kan.Tak pelik pun.Kawan internet aku pun masa tengah chatting2 tiba bleh plak dia tanya "kenapa orang Malaysia tak boleh pegang anjing" sebab dia cakap kat Filifina dorang biasa je pegang anjing.Aku pun macam terkial-kial jugak nak jawab.Pastu aku just jawab berdasarkan ilmu yang aku tahu je la.

Walaupun kita dilarang untuk bela anjing...[err,aku pun tak pasti dilarang ke tak since dalam Quran takde satu ayat pun yang cakap Anjing tu haram] tapi janganlah korang pergi dera anjing tu plak..eh eh,aku cakap  macam ustazah pulak kan...?Takdelah,aku ingat lagi masa aku kecik selalu je ada anjing kat kawasan umah aku,nampak je anjing datanglah ramai budak-budak baling anjing ngan kayu..ngan KAYU ok..pastu ada yang lempar pasir kat mata anjing tu..kesian la.Mungkin dari kecik kita dah dididik layan anjing camtu..sebab tu jadi camtu.Eh aku tak buat tau..sebab nak gi dekat pun aku tak berani..pastu hari raya pakai baju cantik pernah plak kena ngan anjing sampai koyak kain baju kurung,berdarah lutut.='(

Jadi sesiapa yang berpegang pada mazhab selain mazhab shafie kat Malaysia ni,memang susah skit la.Sebab,ye la..korang lain dari yang lain.Macam menongkah arus giteww..tapi janganlah plak menghukum mereka sebagai kafir laknatullah ke...

Kalau lah aku di beri peluang untuk memelihara anjing,aku takkan kot.Selalu je aku tengok dalam TV,selamba je anjing pi jilat muka tuan dia..korang tak rasa 'euuuuuuwww' ke...?Satu lagi sebabnya ialah..anjing banyak bulu,aku tak berapa suka sangat..pastu memang aku tak suka binatang..even kucing pun.Oh,btw..rasulullah melarang kita memelihara anjing tanpa ada keperluan.Ini boleh rujuk kepada  Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi dalam artikel beliau Halal dan haram dalam Islam.Banyak hadis-hadis pasal anjing dalam artikel tu.Google je la..kalau rasa nak tambah ilmu dan untuk mengelakkan rasa malu kalau non-muslim tanya tapi kita tak boleh jawab.

p/s:entry ni bedasarkan my own opinion.Ilmu tak tinggi mana,tapi manusia kan ada kewajipan untuk menyebarkan ilmu.Wajib lagi tau.Kalau ada silap,tolong komen ye...peace!

Based on a Psychological Study, CRUSH only lasts for a minimum of 4 months. If it exceeds, you are already in love.

bukan mamat ni..ada iras2 skit la.

I think I have a crush on someone in my class.


OK,need to wait until 10 February 2011.
hahha...i love this feeling
lala dum da da dumm dum

Friday, October 8, 2010

Koala tidur 22 jam sehari.Penguin plak 15 jam sehari.Korang?


Hari ini aku tidur selama 8 jam.Campur tidur petang pukul 4 petang samapi kul 5 jadi lah sembilan jam.Perghhh...kagum denggan diri sendiri.Bukan apa,sekarang susah nak dapat tidur berkualiti.Dulu,kalau tidur mimpi macam-macam,siap ada kaler-kaler lagi,sekarang mimpiku lebih cenderung bersifat hitam putih.Boring.

Kalau nak tahu,kalau nak tahu je la...kalau tak nak tahu takpe,terus scroll down ke bawah.Senang,Eleh eleh..aku tahu,sure kau nak tahu kan.Ok ok dah dah..baca  je la...


  • Aku tak boleh tidur dalam keadaan gelap-segelapnya.Paling kurang kena ada lampu samar-samar warna merah.Kat kolej,memang wajib kena buka lampu stadi.Sebagai roomate,kau kena paham.


  • Walaupun iklim dalam bilik mencecah 50 darjah celcius,bila tidur aku wajib berselimut.Kadang2 kalau tidur petang pun selimut jugak..kaki wajib kena ada dalam selimut sebab masa kecik2 dulu orang cakap toyol sebelum bukak almari nak curi duit dia kena isap darah dari ibu kaki dulu baru bleh bukak.Tapi sekarang kalau fikir secara logik,macamlah toyol tu tak pandai nak selak selimut cari ibu jari kaki kan...?


  • Aku cepat terjaga.telinga peka sangat.Sampaikan cicak batuk pun boleh buat aku terjaga apatah lagi kalau aku tengah tidur kau cakap dengan bapak kau yang mana frekuensi suara kau tu orang tak tidur pun rasa macam nak baling selipar jamban straight to your face.Homaiii,teremosi plak.=P
fakta serius sikit.

  • Kalau nak tahu,orang buta pun boleh mimpi tau.
  • Pastu,kalau korang tak tidur 10 hari cukup-cukup...innalillah,korang akan mati secara automatik.
  • 5 minit lepas bangun dari tidur,50% ingatan tentang mimpi akan hilang.Lepas 10 minit,90 peratus akan hilang..=)
  • 1 daripada 50 remaja lelaki still kencing malam...ohoho,malu ouh.
  • Orang yang tak bermimpi...dikatakan mempunyai personality disorder.
  • Remaja sebagusnya tidur 4 jam sehari je tau..kalau tak,dorang akan jadi gemuk...hihihihi,aku tipu je.Ok,8 jam sehari ye kawan-kawan.

Darwin cakap kita berasal dari beruk.

Sedih dan geram bila pagi tadi baca pasal baby meninggal kena serang monyet liar...errr,kera liar ke..?eh,tak sure la plak monyet ke kera,tapi yang pasti memang speasis binatang berbulu tu la.Nak geram pun macam tak munasabah sebab dah namanya monyet kan.Liar pulak tu.Sumpah macam tak percaya..ye la,sebab baby weii,bukan makanan ke ape kau nak makan,aku syak monyet rabun kot tak reti nak beza makanan dengan baby.Hairan,macammana binatang yang adorable gile ni bleh ada naluri untuk membunuh manusia.

takziah untuk keluarga mangsa.Baby tak sempat bagi nama lagi tu.T__T.Aku kalau bab-bab baby ni sensitif skit.Naluri keibuaan menebal sangat.

Nak cakap,kat kolej aku pun banyak sangat sangat sangat monyet.Memang dulu sebelum ada kolej ni,habitat dorang kat sini jadi takleh nak salahkan dorang jugak la.Dorang bukan manusia nomad,reti nak berpindah randah.Pagi petang duk selongkar tong sampah,kadang-kadang curi baju ehem ehem kat ampaian,takde orang berani pergi dekat.Kalau yang duduk dalam bilik mandi tu,tinggal berdoa je la agar monyet tu tak buat jahat.Kena ngan monyet pervert,haha,matila kau.

Aku boleh cakap seratus peratus student kat kolej aku takut monyet,baik lelaki mahupun perempuan.Selalu je ada kes kena kejar monyet tapi takde pulak rasanya ada kes sampai masuk ICU bagai...hanya kes2 terpinggir,tapi yang pasti saat dikejar monyet adalah saat yang paling memalukan dalam hidup korang.Jangan harap la ada orang nak tolong..makin dorang gelak ada la.Monyet kat sini memang first class lah aku cakap.

p/s:pagi tadi on my way pergi kuliah,ada seekor monyet mati....perghh,darah masih segar lagi.Kena langgar lori kot.


The Shipwreck


The only survivor of a shipwreck was washed up on a small, uninhabited island ….

He prayed feverishly for Allah to rescue him,and every day he scanned the horizon for help, but none seemed forthcoming.

Exhausted, he eventually managed to build a little hut out of driftwood to protect him from the elements and to store his few possessions.

But then one day, after scavenging for food,he arrived home to find his little hut in flames, the smoke rolling up to the sky. The worst had happened;everything was lost. He was stunned with grief and anger.
“Allah, how could you do this to me!”
he cried.

(Comment; Plenty of people use such statement,think again you should never question Allah nor object to his willing)

Early the next day, however, he was awakened by the sound of a ship that was approaching the island. It had come to rescue him.
“How did you know I was here?”
asked the weary man of his rescuers.
“We saw your smoke signal,”
they replied.

It is easy to get discouraged when things are going badly.

But we shouldn’t lose heart, because Allah is at work in our lives, even in the midst of pain and suffering.

Remember, next time your little hut is burning to the ground, it just may be a smoke signal that summons the grace of Allah.

Thursday, October 7, 2010

Gembira...janganlah ada titik.


Sungguh Tuhan,aku tak pernah rasa gembira macam ni.Terima kasih sebab kurniakan aku ibu bapa yang tak pernah tak sayangkan aku..[You are the most precious gift from god].Terima kasih tuhan sebab kurniakan aku seorang jejaka yang betul-betul sayangkan aku.Dan terima kasih tuhan kerana kurniakan kawan-kawan untuk aku bergelak ketawa walaupun aku tak tahu mereka sayang aku ke tak...tapi sumpah aku sayang mereka sangat-sangat. 

Segala puji bagi mu ya Allah.

p/S:tp kadang2 bila diulit kegembiraan,diri mula rasa jauh pada yang Esa.Ampunkan aku Tuhan.

Monday, October 4, 2010

What’s More Precious Than Allah’s Love?


I said to ALLAH that…“I hate life”

ALLAH replied “Who asked u to LoVe Life..?


Just love me,and life will be beautiful for you.

Behind all the fake smiles, I know that you hate me. Guess what, the feeling is mutual.