Saturday, May 28, 2011

Something no one told me.















Gambar-gambar dirompak dari sini.

Last day at UUM :)

Masih meneruskan saki baki hidup sebagai warganegeri Kedah sebelum esok pagi-pagi bertolak ke Terengganu merentansi banjaran Titiwangsa.Sedih nak tinggal Kedah.Suka tinggal di Kedah.Sayang Kedah sangat-sangat.Tapi begitulah adat kehidupan,terbang tinggi si bangau,hinggap di belakang kerbau jugak akhirnya.Ecewwwaah..ada kena mengena ke..?

So,hari ni pusing-pusing Kedah dan Perlis.Singgah rumah sahabat makan-makan dulu sebelum memborong mangga sampai tak muat nak isi dalam kereta.Mangga harum manis sangat populer sekarang...wajib beli kalau sampai Perlis.hehe.

Azab jugak sebenarnya jadi tour guide ni.Ayah expect anak dia tahu serba-serbi semua jalan kat Utara...sikit-sikit tanya aku,masuk mana ni,masuk mana ni..padahal hakikatnya,aku ni kalau bawak kereta kat Changlun belum tentu boleh lepas dengan selamat.Masuk UUM pun boleh sesat.Iya,saya memang susah sangat nak ingat jalan.Sebelum ni kalau pergi mana-mana orang lain yang jadi driver, saya jadi Boss bersandar kat belakang.Takde inisiatif lansung nak ingat jalan.Tapi Alhamdulillah,jumpa jugak hotel untuk bermalam kat Jitra.

4 tahun menuntut ilmu disini bukan satu masa yang singkat.Terima kasih tuhan sebab bagi aku peluang menimba ilmu kat hutan hujan tropika Sintok ni.Yup,mungkin UUM tak segah U lain kat Malaysia.Tapi,as a student,we are proud coz dapat jadi sebahagian daripada universiti ini.Terasa hebak kemain dapat belajar kat sini .Tapi sekarang dah tamat riwayat sebagai pelajar kat sini.*sobs*.Redha saje la..dah Allah takdirkan sebegini.Ayat cliche nya,setiap pertemuan pasti ada perpisahan..ye dok...?

Dewan Mas.Tempat konvokesyen nanti bulan Oktober.Insya Allah.


Sebelum berangkat pulang..tembak gambar dulu sekeping dua.Bawak family jalan-jalan masuk UUM.Adik macam kagum gila tengok UUM.Wahhhhhh...ada go-kart,wahhhhhhhhh ada padang golf,wahhhhhhhh,ada rusa,wahhhhhhhhhh lawa gila UUM kalah UITM.Bhahaha..well,don't judge a U by it's location.

Sekarang ni tengah memikirkan rancangan masa depan.Serius saya tidak pasti lagi apa yang terbaik untuk masa depan saya.Fikir masa depan pun macam sambil lewa sahaja sebab bajet dapat kahwin dengan orang kaya.Haha.Pastu lepas ni nak kena siapkan resume cepat-cepat sebab rasanya semua dah dapat firm untuk chambering.Aku je yang terkapai-kapai lemah tanpa sokongan.Fikir pasal masa depan memang menakutkan.Sebab rasa macam tak berapa nak sedia lagi nak masuk alam pekerjaan.Bukan benda main-main ni hoi,huwarrrghhhhh,tensionnya.Yes,I have to be strong.Allah put me here,so He know what is the best for me.Kawan-kawan,doakan saya agar dapat melakar masa depan yang cemerlang suatu hari nanti because I already promise my mum that I'm gonna make her proud someday.

Lagi satu selain alam pekerjaan,alam rumahtangga pun perlu dititikberatkan jugak buat masa sekarang ni sebab hari yang bersejarah,chewwah...haha,iya,hari yang bersejarah tu bakal tiba tak lama lagi.Haha.

Wednesday, May 25, 2011

Wordless Wednesday

The red string of fate



The red string of fate, also referred to as the red thread of destiny, red thread of fate, and other variants, is an East Asian belief originating from Chinese legend and is also used in Japanese legend. According to this myth, the gods tie an invisible red string around the ankles of men and women who are destined to be soul mates and will one day marry each other. Often, in Japanese culture, it is thought to be tied around the little finger. According to Chinese legend, the deity in charge of "the red thread" is believed to be Yue Xia Lao (月下老) (often abbreviated to "Yuelao" [月老]), the old lunar matchmaker god who is also in charge of marriages.

The two people connected by the red thread are destined lovers, regardless of time, place or circumstances. This magical cord may stretch or tangle, but never break. This myth is similar to the Western concept of soulmates or a twin flame.





p/s:Kalau dalam Islam,istilahnya JODOH :)


Source:wiki

You never know what you have. Until you clean your room

Phewwwh..packing barang bukan benda mudah.Dah dua hari tak siap-siap lagi.Sudah betul nak bezakan benda yang patut ada dalam tong sampah dan benda yang sepatutnya berada dalam kotak.Bila tengok buka nota yang tiap2 hari bawak pergi kuliah,rasa macam nak campak je dalam tong sampah,tapi bila fikir-fikir balik macam sayang pulak sebab dalam tu macam-macam khazanah ada.memang takde kerja,lecturer tengah bagi kuliah aku bantai pergi lukis muka lecturer tu.Tu belum cerita lagi berborak time kelas pakai buku nota...dalam kelas sibuk passing2 buku bincang gossip hangat.banyak benda nak buang sebab rasa macam dah tak guna tapi bila ingat balikkk.."alaaaaaaaaaaaaaaaa,nak buang ke ah higlighter ni,tapi ni Dayat bagi"....Jumpa pulak kad raya,nak buang tapi rasa macam bersalah la pulak,sebab kawan-kawan aku bagi.HahaDan aku tersadai tak reti nak buat apa..dalam dilema nak buang ke tak.Takkan nak angkut bawak balik rumah kot..bilik aku tu sekangkang kera je,nak sumbat kat mana.

Btw,aku dah beli Nokia baru.Nokia cabuk je..tapi OK la,asalkan boleh call dan SMS sudehh.Yang buat aku panasnya ialah bila tengah syok2 kosongkan loker tetiba ternampak seketul Sony Ericsson kepunyaan adik aku yang hampir-hampir je aku nak buang sebab sebelum ni Sony tu takleh nak on dah.Memang dah lama aku tak guna.Tapi tah camne tangan aku terasa gatal nak pergi cas benda tu,tak berharap sangat pun benda tu boleh On balik.Memang dah nazak,sebab pernah jugak aku campak Sony tu ke dinding..dah sapa suruh buat bising pagi-pagi walaupun aku tahu nit dia baik nak kejutkan aku sembahyang subuh.Tapi yang tak gunanya ni,bila aku ON je..tetiba keluar kat skrin INSERT SIM CARD.Ajaib.

@!#$%^(*@)_@ (Masukkan kata-kata carutan sesedap rasa disini pastu ulang sepuluh kali)

Bangang,habis duit aku beli henpon baru.




Care peking barang dengan semakk dan bijok!!Macam cool sajerk..ye dok...??

Entry untuk kawan-kawan baik aku.

Mungkin Tuhan sahaja yang paham perasaan aku sekarang.Sedih tidak terperi.Air mata jatuh tak dapat di tahan.Masih tak dapat terima kenyataan yang aku dah takkan jumpa kawan-kawan baik aku macam selalu.Dah tak naik kereta sama-sama,dah tak pergi kelas sama-sama,makan sama-sama,semua dah tak sama-sama dah lepas ni.Seorang demi seorang dah sampai rumah,tinggal 4 orang sahaja lagi kawan-kawan baik aku kat UUM menghabiskan sisa-sisa hidup kat sini.

Lepas ni mesti aku akan rindu dengan Fennylia Francis si monyet yang superduper nakal,Faridza Hamdan dengan bersinnya,Zahidah Rushdi yang selalu kenakan orang tanpa rasa bersalah,Atiah dengan trademarknya "Kambing!!!!",Mieza Taib pembekal makanan di kala aku kebuluran,Jaswin Rajendiran dengan WUB nya bawa aku p kelas,and Dayat dengan AYAM KFC nya.*sobs*

Dayat cakap "Redha dengan perpisahan ni.Semua sudah di atur Tuhan".Dayat pandai cakap je,tadi aku hantar dia naik bas,dia plak yang beria menangis sampai naik bas pun nangis lagi.Kami semua akan rindu Dayat,macam Fenny cakap "Aku tak pernah jumpa kawan macam Dayat".Ye Dayat,aku pun tak pernah jumpa kawan macam kau...terima kasih sebab sentiasa tabah dan sabar layan karenah aku.Kau dah macam kapten dalam skuad kita,yang selalu guided kitorang kalau kitorang silap langkah.

Sedih menangis meraung sampai keluar air mata Milo pun tak guna jugak.Buat apa nak sedih.Patutnya kita bersyukur sebab kita telah ditakdirkan tuhan untuk dipertemukan lalu membina ukhuwah persahabatan ni.Ya,aku tahu,bahtera persahabatan kita ni selalu jugak tak stabil,tahpape je kan..hehe.Memang tak dapat dielakkan sebab kita semua tak sama,semua ada perangai masing-masing yang kadang2 tak masuk dengan perangai orang lain.konflik sana-sini tu biasalah..tapi Alhamdulillah,persahabatan kita tak pernah putus.Kita tak pernah putuskan rantai yang mengikat kita sebab bagi kita,kalau sekali berkawan,biarlah sampai mati.

Aku tak pernah rasa macam tak boleh nak terima kenyataan bila tiba masa untuk berpisah.Tapi kali ini lain macam.Sakit tahu tak?.4 tahun kat sini aku tak buat banyak kawan.Syukur sangat korang sudi berkawan dengan aku.TOlonglah sahabat,jangan lupakan kenangan kita bersama..aku sayang korang sangat2.

:'(


Monday, May 23, 2011

Hate #6

The screeching sound when someone moves their chair.

Hate # 5

Orang yang tak reti nak duduk diam.Tak reti duk diam bukan orang yang suka bercakap tak henti-henti,tapi memang dia duduk,tapi duduk dia tak boleh nak diam.Ada je bunyi..keletung keletang sana-sini.

Tension betul.

Grrrrrrrrrrrrrr...!!!!!!!!

Sunday, May 22, 2011

Until we meet again.

Takde mood nak study.Seharian mengadap laptop..kerjaan paling buang masa hari hari mengadap laptop macam tak de kerja nak buat padahal banyak benda nak buat.Nak kena karang resume,nak kena kemas baju masuk dalam kotak,nak kena study Evidence,nak kena basuh baju dan etc.Lagi 5 hari berada di republik Sintok.Perasaan tak tahu nak rasa macammana.Pilu sepilu pilunya.4 tahun kat Kedah..tetiba esok bangun pagi dah ada kat Terengganu dan takkan usung beg naik bas lagi datang Kedah untuk semester baru.



6 hari lagi wei...

Empty

"This is why you should never, ever get your hopes up. This is why you should see the glass as half empty. So when the whole thing spills, you aren’t as devastated." 

Saturday, May 21, 2011

Sungai Sedim part 2


Exhibit A

Exhibit B

Exhibit C
 Bila remaja-remaja dari kota metropolitan baru pertama kali jumpa sungai.Excited gila macam dah sepuluh tahun tak mandi.Tengoklah batu kat sana-sini memang maha besar,maha banyak.Kalau kaki luka-luka tu memang tak boleh nak elak la unless kaki kau memang berkulit tebal persis kulit gajah.Batu-batu kat sini jugak memang berlumut..jadi cengkaman kaki mesti kuat kalau tak nak jatuh tersemban dalam air.Phiuwww..nauzubillah.

Apa yang best kat sini ialah,walaupun air paling dalam pun hanyalah paras pinggang,tapi kederasannya,Ya Rabbi..memang sangat deras lah.Sebab tu kat sini tempat paling best kalau nak water rafting.Tapi Alhamdulillah,kami semua selamat,walaupun ada jugaklah yang hampir-hampir nak hanyut.Air plak sejuk gila..nak rendam badan dalam air pun kena fikir banyak kali...nak ke tak nak,nak ke tak nak...sebab sejuk gila.Berapa kali aku sebut gila dah ni..haha,tapi memang gila sejuk ah.Bila masuk je dalam air..mulut pun secara automatik terketar-ketar tanpa kawalan.

Tahap ke"thrill"an aku bagi lima bintang...phewwwit.hehe.



 Pesen bergambar kalah gambar dalam majalah Mangga.




Nampak tenang..tapi dalam hati tuhan sahaja yang tahu.Masa ni kaki memang tengah sakit gila.baru terhantuk batu..pehhh,senak bukan main.

Yay,boleh makan dah.Awek baju biru kat belakang tu,time aku tengah syok mandi,dia dah bedal 2 bungkus cekedis.Bila aku tanya,boleh pulak buat muka innoncent.

The best picnic ever.I will miss you...Sobs ;(


Sodaqollah hul 'azim.

Sungai Sedim Part 1

 Perjalanan selama 3 jam dari UUM,akhirnya,dapat jugak jejak kaki ke sini.Dari kiri,cepat jalan!!Adila,Fenny and Jaswin.Semua single and available,nak no telefon...just inbox saya ye.

 Pokok-pokok yang nampak macam rare yang ada kat sini semua diletakkan papan tanda nama dengan nama saintifik lagi.Tapi pokok ni macam tak rare sangat.Rasanya belakang rumah aku berlambak neh..hehe.

 Saya dan Fenny di awal perjalanan.Masa ni tak tinggi sangat.Bila dah ada kat tengah-tengah tu,gerun jugak la.Memang tinggi...so tak payah tengok bawah.Pandang langit je.Tapi takdelah takut sangat sebab tak terasa pun macam kau berjalan di atas tempat yang tinggi,rasa macam berjalan atas tanah je.So,tak payah la nak feeling fear factor sangat.Tahap ke"thrill"an aku bagi 3 bintang sahaja.

 Buah apa pun aku tak tahu.Takde pulak diletaknya tanda pengenalan diri.Time ni dah nak turun dah..terserempak dengan monyet-monyet berhidung pink...Jambu gila bertenggek atas pokok sambil makan buah.Monyet kat sini tak samseng sangat macam monyet kat kolej aku.Dah la samseng,gatal plak tu.


 Haaa...ini dia Sungai Sedim.Kalau nasib baik boleh tengok orang tengah ber"rafting" kat bawah.Tapi nasib kami tak berapa nak baik,so takde benda pun melintas time kitorang atas ni.Berdiri atas ni kau kena tahan nafsu untuk melompat terus dari atas masuk dalam sungai tu..hehe.Oh btw,ini kaki Jeswin..nak jugak snap gambar kaki dia kan...hehe.

 Pemandangan dari atas Sungai Sedim.Memang lawa sangat view dari atas ni.Mulut pun tak henti-henti ucap Subhanallah.Kiri-kanan hutan menghijau..sangat alam semulajadi lah.

Yang bercekap pinggang tu speasis monyet dari Sabah,endangered species.So,kitorang nak hantar dia ke habitat asal lah ni.Dia rindu nak jumpa sanak saudara kat sana...hehe.

Keletihan di tengah-tengah perjalanan.Muka masing-masing macam dah lapar sangat.Jalan pun macam nak cepat-cepat je.So,tak dapat snap gambar banyak-banyak.Aku rasa macam tak sampai setengah jam pun kitorang berjalan sepanjang 1 kilometer atas benda alah ni...jadi macam tak enjoy sangatlah.Lagipun tengah excited nak pergi bermandi-manda.Jadi,fikir nak mandi je lah time ni.

Kesimpulannya,siapa yang suka hutan,suka binantang,suka burung-burung..silalah datang kesini.
Kalau tak suka pun boleh jugak datang sini untuk menghayati kebesaran Allah.Series,datanglah wei.Letih aku promote ni..memang tak rugi..hehe.

Siti Nokia



I need a new phone.Nokia yang ada sekarang memang dah sangat nazak.Lepas satu,satu huruf tercabut.Macam comel sahaja rompong di sana sini.Nak menaip mesej di tempat awam pun terasa aib yang amat,terasa diri macam hina sangat ada telefon macamni,haha.Dan sekarang,phone saya memang tak boleh nak on lansung sebab password untuk bukak phone terdiri daripada no 2,yang mana..keypad no 2 kalau kau tekan kuat macammana pun tetap tak mahu keluar no 2.

Bengang tak....?

Tuesday, May 17, 2011

Quote #4

Don’t expect someone to read your mind, and don’t play games with heads or hearts. Don’t tell half truths and expect trust when the full truth comes out. Half truths are no better then lies. Don’t be cold to someone you care about, indifference hurts more then angry words.

Monday, May 16, 2011

Konversasi #1

Saya:Rasa tak sedap hati.Lain macam.Serba tak kena.
Mak:Jauh dengan Tuhan barangkali,
Saya:Hurmm.Mungkinlah.Subuh pun dah banyak kali terbabas ni.
Mak:Baiki hubungan dengan Tuhan..baru tenteram hidup.

P/S:Dikala dunia dirasakan sangat kejam,sentiasa ada tangan-tangan yang datang membantu.Dan.terima kasih untuk awak juga.Saya beruntung ada kalian semua.Kesayangan saya.Sampai syurga.

Sunday, May 15, 2011

Maaf yang ikhlas

Besar bezanya maaf yang ikhlas dengan maaf yang tak ikhlas.Orang yang ikhlas bila meminta maaf adalah orang yang betul-betul tahu akan kesilapannya dan cepat-cepat pergi minta maaf dengan orang yang dia terbuat salah.Tapi orang yang tak ikhlas akan pergi minta maaf bila dia tahu orang sekeliling dia dah tahu yang dia buat salah and the only reason why dia pergi minta maaf adalah sebab dia takut orang lain akan marah dan pulaukan dia.


Orang macam ni bolehlah diklasifikasikan sebagai seorang yang FAKE.Dan kadang-kadang aku pun tergolong dalam kategori orang yang macam ini sebab aku tahu  nak ikhlas bukan benda yang senang.I admit that.Kadang-kadang kita pergi minta maaf dengan orang bukan sebab rasa bersalah pun,tapi sebab friendship dan sanggup kita korbankan ego kita.


Tips untuk minta maaf..hihi,koya sungguh nak bagi orang tips.



  • Pertama sekali tolong jangan berpura-pura.Tunjukkan yang kau betul-betul rasa bersalah.Buat muka monyok sikit...hihi,tapi jangalah nampak fake sangat wei..dan lagi satu,jangan bagi alasan bodoh.Dah kalau nak minta maaf tu,minta maaf je la.Nak banyak cakap buat apa..

  • Bila minta maaf,tengok mata orang tu.Kalaupun dia macam tak bagi respon,janganlah kau pulak nak mengamuk.Ingat senang ke orang yang dah terluka ni nak maafkan korang.Kau takleh ar nak expect orang tu boleh terus maafkan kau pastu nak guna hadis "sedangkan rasul maafkan ummatnya".Apa kau ingat ummat manusia zaman sekarang ni semua taraf nabi?

  • Bila minta maaf,cakap I'm sorry..and just end the topic.Janganlah bila dia dah maafkan kau,kau terus jadi tak puas hati,main salahkan dia plak.Dah tu,bila asyik duk blame antara satu sama lain,bila game nak over...?

  • Sebaik-baiknya,minta maaf face to face,buka face to book..or via phone or SMS.Better meet her/him in person.Tapi kalau aku,aku prefer tak jumpa depan-depan..hehe.Sogan la den.



  • When nails grow. We cut nails, not fingers. Similarly when ego grows. 
    Cut the egonot a Relationship!

    Sekian.

    Saturday, May 14, 2011

    Tahukah anda?

    "Sebagai kawan,kau patut rasa gembira tengok aku bahagia"

    Memang.

    Sahabat sejati memang patut gembira kalau tengok kawan dia bahagia.Tapi ayat ini tak boleh digunapakai dalam semua situasi.Let's say,if your friend is happy doing things that go against Islam,and I'm not happy with that,do you think I am a bad friend?

    Satu hal lagi,If you think i'm jealous of you,you are wrong.

    Maaf,tiada kompromi dalam hal-hal bangang macam ni.

    P/s:Entry ditulis pada bulan Mac.

    Luka Berdarah

    Sebenarnya takde apa-apa pun yang penting yang hendak diupdate.Saje-saje je nak cakap,saya sangat letih dah katil sangat bersepah..dan sekarang saya tak tahu nak tidur kat mana.Option yang ada hanyalah tidur diatas lantai lah kot malam ni.

    Dan satu lagi seluruh badan sangat sengal-sengal.Minyak panas pun tak berapa nak berkesan nampaknya.Separuh hari berendam kat air terjun..dan memang macam badak berendam la wa cakap lu.Kaki tangan pun banyak luka-luka sebab batu batan punyalah Ya Rabbi banyak gile kat sana sampaikan ada sebijik pasir baik punya tertanam kat dalam isi jari aku,Pehhh,,ngilunya boleh tahan jugak.Nak2 bila mandi tadi,bila campuran air dengan sabun mengenai permukaan luka yang masih mengalir darah...perggghhhhh..haha,over.Luka sikit je kot..Sambung esok pulak la kerja korek mengorek pasir dalam jari.Memang dari tadi gigih duk mengorek pasir,tak reti nak keluar.


    Friday, May 13, 2011

    Hari-hari terakhir di UUM


    p/s:Dah start packing barang nak bawak balik kampung..mood menahan sebak dan pilu sambil berjujuran air mata.Kenapa emosional sangat ni,saya pun tak paham.Hati konkrit tetiba bertukar menjadi hati tisu.

    Thursday, May 12, 2011

    Pasca Juris


    Tree Top Walk of Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim ,Kedah.



    dengan mereka lagi



    "Life is either a daring adventure or nothing." -- Helen Keller




    Tuesday, May 10, 2011

    Kau dah habis baca?

    aku tau kau dah baca habis, kan, kan, KAN??
ahahahaha xD

    Annoying jugak sebenarnya bila dari jauh tengok muka aku terus tanya

    "kau dah habis baca?"
     jawapan aku tetap sama,
    "belum"


    walaupun dalam hati kau, aku tahu,kau memang harap aku tak habis lagi baca kan?

    keh keh

    Itulah,kang kalau aku cakap aku dah habis baca dua tiga round siap dah hafal setiap helaian notes tu gelabah pulak kau nanti.

    hehe.
    tp hakikatnya,memang aku tak habis baca pun lagi ni..hihihihi

    All the best everyone.
    <3

    Monday, May 9, 2011

    Jurisprudence

    Carrymarks untuk Jurisprudence dah keluar,and yess... test ,saya tak dapat fullmark.*sobs*.Bajet dapat 20/20,expectation bukan main lagi..realiti pun bukan main jugak.haha...jadinya,don't expect to much OK.hehe.Assignment lagi lah..bahahahaha,nak gelak tengok markah untuk assignment,tapi padanlah...buat cikai2,dapat markah cikai2.Padan muka..siapa suruh suka sangat buat kerja last minute.

    Ok lah..saya tahu saya kena stady sekarang,pulun betul-betul sebelum jawab exam 11hb ni..wish me luck okai sebab paper ni bukan sebarang paper tau, tapi paper paling berpuaka dalam banyak2 paper.Hehe.

    Pretty Girl Rock..don't hate me cause i'm beautiful.

    Sunday, May 8, 2011

    Happy Mother's Day



    Answers given by 2nd grade school children to the following questions

    Why did God make mothers?
    1. She’s the only one who knows where the scotch tape is.
    2. Mostly to clean the house.
    3. To help us out of there when we were getting born.

    How did God make mothers?
    1. He used dirt, just like for the rest of us.
    2. Magic plus super powers and a lot of stirring.
    3. God made my Mum just the same like he made me. He Just used
    bigger parts.

    What ingredients are mothers made of?
    1. God makes mothers out of clouds and angel hair and everything nice
    in the world and one dab of mean.
    2. They had to get their start from men’s bones. Then they mostly
    use string, I think.

    Why did God give you your mother & not some other mum?
    1. We’re related.
    2. God knew she likes me a lot more than other people’s mums like me.

    What kind of little girl was your mum?
    1. My mum has always been my mum and none of that other stuff.
    2. I don’t know because I wasn’t there, but my guess would be pretty bossy.
    3. They say she used to be nice.

    What did mum need to know about dad before she married him?
    1. His last name.
    2. She had to know his background. Like is he a crook? Does he get drunk on beer?
    3. Does he make at least $800 a year? Did he say NO to drugs and YES to chores?

    Why did your mum marry your dad?
    1. My dad makes the best spaghetti in the world. And my Mum eats a lot.
    2. She got too old to do anything else with him.
    3. My grandma says that Mum didn’t have her thinking cap on.

    Who’s the boss at your house?
    1. Mum doesn’t want to be boss, but she has to because dad’s such a goof ball.
    2. Mum. You can tell by room inspection. She sees the stuff under the bed.
    3. I guess Mum is, but only because she has a lot more to do than dad.

    What’s the difference between mums & dads?
    1. Mums work at work and work at home & dads just go to work at work.
    2. Mums know how to talk to teachers without scaring them.
    3. Dads are taller & stronger, but mums have all the real power cause
    that’s who you got to ask if you want to sleep over at your friend’s.
    4. Mums have magic; they make you feel better without medicine.

    What does your mum do in her spare time?
    1. Mothers don’t do spare time.
    2. To hear her tell it, she pays bills all day long.

    What would it take to make your mum perfect?
    1. On the inside she’s already perfect. Outside, I think some kind of plastic surgery.
    2. Diet. You know, her hair. I’d diet, maybe blue.

    If you could change one thing about your Mum, what would it be?
    1. She has this weird thing about me keeping my room clean. I’d get rid of that.
    2. I’d make my Mum smarter. Then she would know it was my sister who did it and not me.
    3. I would like for her to get rid of those invisible eyes on the back of her head.

    Tuesday, May 3, 2011

    Melihat bekas kekasih bahagia bersama teman baru bukan benda yang menyeronokkan.Bukan merindu.Juga tiada keinginan untuk kembali bersama.Cuma kecil hati dan tertanya-tanya mengapa aku tidak di layan sebegitu dahulu.

    Selalu ada rencana indah buatmu :)

    Sang Kuasa selalu punya rencana indah untuk kita umatNya
    Sesekali langsung membahagiakan hati…
    Terkadang sejenak bertentangan dengan harap
    Kau hanya perlu mensyukuri dan merenungi

    Usah kau terus mempertanyakan, buang semua logika
    Berdoalah senantiasa… dan syukuri baik buruk yang kau rasa
    Saat kau berniat baik dan meminta yang terbaik, itulah yang kan Dia beri
    Terkadang seketika… seringkali harus lalui hari yang menguji hati

    Selalu ada rencana indah untukmu
    Walau seringkali kau melupakanNya
    Selalu ada rencana indah bagimu
    Jika kau terus meminta padaNya