Tuesday, November 30, 2010

Cerita belakang

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Pagi-pagi,belek-belek Facebook terbaca status Hami Asraff terus rasa down tak nak pergi mandi.Hahha,apa kaitan kan.Tapi itulah..memang sentap jugaklah sebab aku pun tergolong dalam manusia yang kuat mengumpat jugak.Lebih-lebih lagi sem ni...OK,sem ni memang neraka!Hanya orang-orang yang rapat dengan aku je tahu apa masalah yang aku kena face tiap-tiap hari.Eh,bercakap macam pernah pergi neraka pulak..hihi,itu metaforalah

Aku sangat respeklah orang yang sabarnya masih lagi setebal tembok berlin walaupun tiap2 hari orang buat taik kat kau,kau diam je simpan dalam hati.Aku try jugak simpan..simpan..ah,tak boleh tahan tengah-tengah malam pergi ketuk bilik kawan baik,buka kedai kopi... pot pet pot pet cakap pasal si polan tuh.Mengumpatlah tu kan bila kita cerita keburukan orang lain.Iye aku tahu..T__T.

Jadinya sekarang ni,aku sedang berfikir..perlukah aku pergi mintak maaf dengan dia sekarang?

Sebab kalau boleh aku tak mahu..haha,boleh je nak lempang aku laju-laju.Aku benarkan.



Thursday, November 25, 2010

Saya pun nak cakap orang putih jugak.

Selamat pagi.Baru lepas baca blog Husna Hadzarami tentang satu sikap jelik dia yang dikhuatiri menjengkelkan orang ramai.Haha...gelak-gelak aku baca sebab kadang-kadang aku pun pernah berhadapan dengan masalah ini.Masalah nak membetulkan English orang,walaupun aku tahu English aku tak seberapa..Muet pun dapat BEN 10 je..ada hati nak betulkan English orang.Ish.

Baru-baru ini ada terbaca status kawan FB dia tulis dalam English, tapi macam salah.Memang salah setelah dirujuk kawan kat sebelah.Benda basic je pun sebenarnya.Ramai yang komen status dia tapi takde sape nak betulkan.Dalam hati meronta-ronta nak betulkan kesalahan tu,siap tulis cantik-cantik dah..tp cuak pulak nak tekan add comment.Takut pulak dikatakan aku ni bajet bagus ke happe..aku ni jenis paranoid sikit,jadi tak payahlah gatal-gatal nak tegur.

Status FB aku pun kadang-kadang dalam BI,tapi itupun ambik masa dalam beberapa minit nak tekan share,haha sebab takut tersalah eja ke..tersalah letak "s" ke,tersalah letak "ing" ke.Kalau tak pun,terpaksa tanya kawan-kawan yang tengah online "eh kau,betul tak kalau ayat aku camni","Cantik tak kalau ayat aku macam ni"...Pastu kalau aku share status ,tetiba ada orang PM aku,"eh salah la camtu"..biasanya adik aku la..terus cepat2 pergi profile tekan delete pastu rasa macam nak bunuh diri sebab malu teramat padahal hakikatnya takde orang pun yang ambik kisah aku punya status..haha.

Oleh kerana kat universiti aku dikelilingi oleh manusia-manusia yang English nya agak mantop,jadi memang selalu lah jugak aku ditegur kalau salah sebut.Tapi aku lupa perkataan apa tapi yang aku ingat kawan aku pernah sebut TONGUE sebagai tong-gi-yu,terus kawan satu lagi betulkan.,,sambil gelak-gelak sekuat hati.Aku diam je sebab masa dulu-dulu pun aku sebut tong-gi-yu.Hehe.

Sesetengah orang sangat kisah kalau kita betulkan English dia depan ramai orang.Tapi aku tak kisah pun..tegur je la,pandai2 la tu nanti aku cover malu.Teling the turth is an act of loving,jadi berkatalah benar walaupun pahit haha macam takde kena mengena tapi nak tulis jugak.

Wednesday, November 24, 2010

Please tell me how to deal with orang yang tak reti bahasa.

Dah cakap jangan buat tu..sebab kalau buat tu,akan jadi macam ni.Seribu kali ulang,hari ni tak buat,esok buat lagi..lagi..lagi dan lagi dengan tanpa rasa bersalah.

Kalau tak menyusahkan aku takpe..sungguh,lantak kau lah nak buat apa2 pun.Aku tak campur.Yang menjadi masalahnya,KAU MENYUSAHKAN AKU!

dan yang macam bodohnya...kau tahu kau menyusahkan hidup aku tapi selamba lagi sengih-sengih,macam tak rasa bersalah lansung.

Eh,kau memang !@#$%^&*() la..

Friday, November 19, 2010

Mimpi Ngeri Untuk Pemain Bola Sepak Qatar. Saksikan


Entry dari orang tak sedar diri yang lusa dah nak exam tapi still nak update blog bukak FB sebab sehari tak online sumpah rasa macam nak meroyan.

Video di atas adalah perlawanan antara Qatar dan Uzbezkistan kat Asian Games.Aku tengok sekali je.Tak sanggup nak tengok banyak kali.Kesian betul.Padahal kan,mamat tu tak payah la nak memandai-mandai pergi tendang bola tu bagai,bawak je la masuk gol,confirm masuk.Pastu tendang bola,pakai kaki kiri plak tuh..*sigh.Ewah ewah..suka hati je kan mengata orang..cuba kau main.hihi.

Tapi itulah..kalau dah takde rezeki..."jadi,maka jadilah tak masuk gol".I think this is the most embarrassing moment he ever had.Just look at his face afterwards..auwwww,poor guy.He is know famous,but not in the way he want to..T__T.Huhu.

Thursday, November 18, 2010

Buat apa nak tutup aurat kalau itu bukan saya.



Aleeza Kassim
-Suami tak marah?Suami anda dayus.
-Selagi anda masih muda?Tiada siapa yang boleh gerenti anda hidup sampai esok.

Tiz
-Jadi diri sendiri...?Anda tak berhak pun ke atas diri sendiri..tu semua hak Allah.

Rebecca
-Kenapa nak kena tutup aurat...?Dah terang-terang cakap dalam Al-Quran suruh tutup aurat,tanya lagi.Alhamdulillah sebab family support...?Ya rabbi.

Kalau kena tanya soalan-soalan yang sensitif2 camni,janganlah tunjukkan lagi kebodohan kamu.Sumpah,rasa macam kesian sangat wei...dan kalau budak tadika tengok pun mereka confirm akan gelak.At least jawab je la "no comment" ke,tak payah la nak ulas panjang-panjang konon nak jadi diri sendiri bla bla bla..bila orang dengar pun takdelah nampak macam dungu sangat.

Wednesday, November 17, 2010

Cerita Syhhhhh....

Cerita ini lebih hot dari kisah cinta Uncle Seeker dan Queen Aishah.Haha,tipu je.Malas nak ambik tahu pasal kisah cinta dorang...errr,walaupun tiap-tiap hari bukak blog Uncle Seeker mana tahu kot-kot ada update terbaru.Apa yang pasti I dah "report abuse"..Kisah-kisah cinta sebegitu biarlah terus jadi Syyyhhhhh je.

Alhamdulillah,hari ni macam dah bertambah penghuni kolej kediaman saya.Dah dengar orang gelak ketawa sana-sini.Kalau tak reti-reti nak balik kolej lagi,aih..tak tahulah i nak kata ape.Korang pegi jawab exam kat rumah je la senang.Haha,jeles tak sudah.

Malam semalam,tengah mamai-mamai ngantuk,lebih kurang pukul 3 pagi camtu..terdengar bunyi orang lelaki bercakap kat luar..ok,relaksla..orang jogging kot pukul 3.Kepala hotak la kau relaks orang berjoging pukul 3 pagi.Biasa la kan..tak lama lepas tu bunyi "manusia" menjerit macam histeria.Dahla kuat.Seram ouh.Mula-mula konfius jugak,wei aku mimpi ke ape ni..perut dah sejuk.Perut dah sejuk maknanya orang tersebut sedang dalam keadaan terkejut yang amat sangat lah.Dahla bilik gulap gelita..dalam hati tak henti-henti berzikir..sampai tertidur.

Pastu petang tadi sembang ngan kawan,diorang cakap dengar jugak...Maknanya,bukan aku mimpi la.Aku syak ada student blok sebelah stress sangat stadi kot..err,ntah.

Festival of Sacrifies

Salam Eid ul Adha everyone.It doesn't feel like "Raya" pun,kat sini..OK.biasalah,raya di perantauan..orang makan rendang daging,saya makan Meggi.Tsskk.This is my first time celebrating raya without my family,jauh di sempadan Thailand ni ha..kecian saya ouh.Ayah call pagi tadi cakap "ayah nak sembelih lembu ni"..hoho,mana aci.Saya nak jugak makan daging bakar.

Kalu nak tahu di antara Aidil Fitri dan Aidl Adha,Aidil Adha adalah Aidil Akhbar kerana banyaknya pembebasan dari neraka atau pengampunan dosa yang dianugerahkan oleh Allah pada hari sebelumnya iaitu Hari Arafah.Tapi kat Malaysia,Aidil Adha tak semeriah Aidil Fitri.Jangan harap la bapak I nak bagi duit raya.Bapak I sibuk pergi potong lembu okehh.Balik rumah,suruh saya pergi hantar daging umah jiran-jiran lagi.Benda paling malas  nak buat setiap raya haji.Terkedek-kedek jalan bawak beg plastik penuh dua tangan.Keh keh keh.

I miss you

Sekarang dah besar,mak dah tak bagi hantar daging rumah jiran-jiran.ma cakap,anak dara kena duduk rumah je time raya,nanti kena ngorat pulak dengan jiran tetangga..ekekeke,padahal jiran-jiran tetangga mostly pakcik-pakcik je.Jeles dengan Amiratul Huda Hassan sebab jiran sebelah rumah dia anak teruna yang kacak lagi alim.Oi Mira,awat ang pi delete blog ang ah...?

Jadinya,mentang2lah kan saya tak balik raya haji,janganlah duk sibuk2 menjeleskan saya update status pasal daging kat FB =P.Ye, saya tahu anda sedap kat rumah makan daging..but I'm not a big fan of beef pun.n I prefer chicken OK :)

Ok friend,Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.Hope our sacrifies accepted by Allah :)

Tuesday, November 16, 2010

Mimpi petang

Dah dengar azan Asar sayup-sayup,tapi kerana tak tahan sangat terpaksa jugak "berkuaklentang" atas katil.Tak tahulah kenapa mengantuk sangat padahal nota PP tak sampai sejam pun ada kat tangan.Niat di hati nak lena la dalam 5,6 minit.Tapi lepas tu, bukak je mata,tengok jam dah pukul 6 setengah.Kuang,kuang,kuang..habis dua jam masa aku yang sepatutnya diperuntukkan untuk men"telaah" jurisprudence berlalu begitu sahaja.*sigh.Dila oh Dila,dah tahu masa dah sempit,kau biarkan jugak ia berlalu..tapi sumpah rasa macam setengah jam tidur tadi tu.T_T

Yang sadisnya,tadi masa tidur aku nangis.Habis basah bantal.Aku tak tahu camne petang tadi boleh plak  mimpi dua-dua belah kaki aku kena potong.Yang satu kena potong sebab kemalangan,yang satu lagi ada orang jahat potong.

Padahal sebelum tidur takde pulak tengok video kemalangan ngeri ke ape..tengok video dia-pilih-KLCC-dowh ada r.

Takde kaitan dengan kaki pun.

Pelik.

Sunday, November 14, 2010

Manis

Finally got the guts to tell him I love him.


He didn’t respond. 

I quickly changed the subject to avoid the awkward silence. I said “How’s life ?” 

He said “Amazing. I just found out the girl of my dreams love me and well, I am speechless.” 


:)

Saturday, November 13, 2010

23 tahun hidup

Happy Birthday,Dila.


23 tahun diberi kesempatan untuk bernafas.Alhamdulillah,Ya Rabb.

Untuk Ayah,Insya-Allah,memang anakmu ini sedang mendidik diri untuk lebih dekat pada penciptanya.Untuk Ma,terima kasih atas ingatan.Untuk Ayah dan Ma,terima kasih untuk 23 tahun kasih sayang yang kalian curahkan.Sungguh tak mampu untuk anakanda mu ini membalas segalagalanya.Tapi untuk mengabaikanmu,tidak mungkin.Itu janjiku.

Terima kasih Adik,dua dekad kita jadi "teman satu jiwa".Terima kasih atas simpati mu setiap kali aku ditinggalkan.Ya,aku sayang kamu.

Dan terima kasih teman-teman atas ingatan kalian.Tanpa kalian mana mungkin aku kenal erti gelak tawa dan pengorbanan.Moga-moga ukhuwah yang terbina terus terjalin sehingga cangkul dan tanah memisahkan kita.

Wednesday, November 10, 2010

MARI BERPACARAN

Pastu pagi tadi,bangun pagi..try godek-godek handphone..tekan RADIO..dengan harapan bolehlah dengan ERA ke,Hot FM ke...kalau dapat Sinar pun takpelah.Maklumlah,bermastautin dekat-dekat sempadan Thailand ni kan,benda-benda syurga camni macam misi mustahil sikit nak dapat.Last2 dapat jugak dengar Traxx FM..OK lah tu..seronok dengar DJ ntah nama apa,Double D kot sembang dengan DJ sorang lagi..ntah nama apa jugak.

Pastu kat part nak putar lagu BILA BERPACARAN..DJ NO 1 tanya DJ NO 2,"berpacaran tu ape..?" .pastu DJ NO2 selambe dan yakin je bagitau "Berpacaran ialah cara berpakaian menurut ISLAM".Aku yang tengah kusyuk memamah biskut jagung bergula cicah Nescaffe jadi macam bengong sikit.WHAT THE FUHH..buat malu orang kampung je.

contoh gambar kami sedang BERPACARAN

Lepas lagu habis diputar..oho,macam putar jilat celup pulak,DJ satu lagi betulkan DJ NO2 tu.."berpacaran tu "dating" la".Bab nak cover DJ NO1 cakap.."Yela,nak dating kena ada cara jugak".haha,takmo kalah jugak tuh.


LIRIK LAGU KALAU BERPACARAN


[Sohaimi Mior Hassan]
Kalau berpacaran 
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila 
Ibubapa adik abang


Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula 
Mencuba aksi terlarang



Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
[smartiesmanis.blogspot.com]



Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu 
Perisai orang beriman



[Ana Raffali]
Kalau berpacaran 
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama



Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya



ulang chorus



[Altimet]
Yeah
Kita sambung cerita 
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga



Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa



Berani buat terima padah
Kalau tak sedia 
Ucap syahadah

Tuesday, November 9, 2010

November rain



Hujan lagi.Lagi dan lagi.Separuh hati cakap..hujan la lagi..hujan janganlah berhenti.Suka sangat sejuk-sejuk camni,landing pun baik punye je atas katil.Separuh hati cakap,alah,hujan berhentilah..kesian orang kampung baru je bersih rumah,nanti banjir lagi..kena pindah lagi.Kesian mereka-mereka.

Tapi,ini semua bukan kuasa aku..semuanya kerja Allah.Kalau banjir, nak tuding jari salahkan Tuhan pun tak boleh jugak.Tapi yang pasti hujan buat aku tersenyum.Kalau di Terengganu,sewaktu kecil,musim tengkujuhlah paling ditunggu.Sejuk,nyaman...merasa jugaklah air-cond semulajadi 24 jam,mandi pukul 5 petang pun mak tak bising,badan pun tak belengas.Tiada apa yang perlu dirisaukan sebab rumah di tanah tinggi.Agak mustahil kalau nak banjir.

Banjir dah makin surut kat Kedah,but still worried if there's 2nd wave.Diramalkan semalam.Malam ni lebat pulak hujannya.Mungkin inilah gelombang keduanya.Hostel aku memang tak akan tengelam tapi takut jalan tak boleh lalu nak pergi beli bekalan makanan.OK,jangan panik Dila..helikopter Nuri kan ada :)

p/s:kadang-kadang berharap juga salji turun sekali sekala....[please]

Konversasi

Konversasi pagi,tapi takdelah pagi jugak,dua tiga minit nak pukul 12 tengahri:

Saya:Good Morning,sayang.
Lelakiku:No reply.

Saya:I love you,sayang.
Lelakiku:No reply.

Saya:I miss you.
selang beberapa minit....
Lelakiku:Semalam Arsenal lawan New Castle siapa menang?

See..belum kahwin lagi tapi diriku telah diduakan dengan bolesepak.Kalau ditanya,antara saya dan bola sepak siapa yang lebih utama,mugkin jawapannya juga bola sepak.Baik tak payah tanya,nanti ada pulak la sessi rajuk memujuk tak berair mata..=)

Oleh kerana lelakiku fan Arsenal,maka dengan rasminya aku pun melatik diriku sendiri sebagai fan Arsenal.Ye,aku tahu bunyinya memang agak cliche,tapi siapa kisah kan...?Lagipun ini demi kebahagian rumahtangga kami jugak bha..he2.Kang malam2 tetiba aku termimpi sebut nama Drogba,tak pasal2 ada yang kena tendang tidur kat luar bilik.

Chelsea dan Arsenal can't mix OK,macam "ink" and "water" gitu.
 

Monday, November 8, 2010

Jealousy is a powerful feeling, can create a monster

Girl,you don't have to do that,sumpah kau ni macam pathetic sangat.Paranoid tak tentu pasal.Pehhhlisss la.

dan satu lagi



unless your boyfriend ada iras-iras macam ni,munasabah la jugak kalau kau nak rasa terancam pun.



P/S:Oh lelaki,janganlah kau gunakan perempuan lain yang anggap kau macam kawan tapikau  gunakan dia saje nak bagi GF kau jeles.What a loser!

Saturday, November 6, 2010

Buah hati pengarang jantung Edward dan Bella


Ini mungkin cerita yang dah basi,semua orang mungkin dah tahu cuma aku je yang rajin terhegeh-hegeh baru nak google cari siapa bakal anak si Bella and Edward dalam Breaking Down.Hasil gugelan,aku tempek dua tiga gambar comel anak Bella dan Edward ni,alahai amboi amboi amboi memang comel  la budak ni walaupun dalam hati aku cakap "alah,apasal Bella tak kahwin dengan Edward".Humpphhh.


Baru baca dua buka..Twilight dengan New Moon.Seminggu saje sudah tamat.Kononl-kononlah hardcore Twilight.Cuba bagi Quran suruh aku baca tengok sebulan khatam tak...? :)


Kalau Edward ngan Bella jadi kahwin,aku rasa muka anak dia pun camni jugaklah sebab memang ada iras2 Edward dengan Bella.Kan...?


Mackenzie Foy,baru berusia 9 tahun dan pernah berlakon di dalam Till Death dan Flash Forward

Renesmee "Nessie" Carlie Cullen anak kepada Edward Cullen and Bella Swan.Lahir pada 10 September,3 hari sebelum hari jadi Bella yang ke-19.Jangan bimbang,budak comel ni tak pucat macam mak ayah dia.Baru je beranak seminggu dah besar.Sebab tumbesaran yang maha cepat ini jugaklah membuatkan Bella terseksa semasa mengandung dan melahirkannya.Tapi nasib baik Bella tak sempat mati sebab Edward dah inject dia punya venom ke dalam hati Bella.Kalau jadi arwah..sianla budak ni jadi anak yatim.Hehe.Pastu Bella secara rasmi dah jadi Vampire...haa,nak sangat kan.Renesmee tak makan darah pun takpe..dia boleh makan makanan manusia..tapi dah keturunan vampire of courselah dia prefer darah.

Her special abilities are transmitting thoughts to others by touching their skin and penetrating mental shields, the opposite abilities of each of her parents.(tak pandai nak translate.jadi paham2kanlah sendiri..macam cool jugak kan?)Satu lagi,Renesmee takkan jadi budak2 sampai bila-bila OK.Dia akan membesar sampai umur 17 tahun,pastu proses kematangan dia akan berhenti.

Ok,macam tak sabar nak tengok budak ni berlakon dalam Breaking Down.Boleh lawan Emma Watson dalam Harry Potter ke agak2nya.

Friday, November 5, 2010

Don't judge a book by it's cover


Ramai orang cakap "dont judge a book by its cover..looks can be deceiving sometime...bla bla bla",tapi dalam tak sedar atau memang buat-buat tak sedar  kita sendiri pun cenderung untuk menghakimi  orang lain[termasuk aku jugak].But why ah...?That because action speaks louder than words,sayang.

Aku orang kampung,membesar di kampung dan bersekolah di kampung.Most of my friends..bukan "most" tapi memang semua la aku rasa  pakai tudung.Melihat perempuan tidak memakai tudung adalah satu pemandangan yang pelik bagi aku suatu masa dulu.Even my brother yang duk KL bila balik Terengganu cakap "balik Terengganu rasa macam duk Mekah,semua pakai tudung".Bila terserempak dengan budak2 sekolah yang tak pakai tudung secara automatik hati akan berkata

  "Perempuan ni tak pakai tudung rupanya,gila teruk punya perangai,tak takut Tuhan ke,ni mesti tak sembahyang sebab kalau sembahyang mesti dia pakai tudung".

Ampun dan maaf kalau ada yang terasa..ini pemikiran aku masa umurku belum mumayyiz lagi tau,masa ni I tend to judge peoples based on their appearance.Dia ni baik ke tak...I tolak tepi,sebab dia tak pakai tudung I kata dia jahat.Zalim kan..?

Tapi sekarang tak lagi..senang kata "pakai tudung" ke,"tak pakai tudung ke" bukan lagi satu elemen penting bagi aku dalam menilai kebaikan hati seseorang.ya,dia pakai tudung..maknanya dia mentaati satu kewajipan dalam beragama Islam tapi tak bermakna dia seorang  yang ma'sum.Macam tu jugak kalau orang tu pakai pakai serban tinggi..janggut panjang..pakai jubah..tak semestinya dia orang kuat PAS.Boleh jadi dia orang UMNO.Ngeh ngeh...main2 je la.

Aku kenal sorang kakak ni.Sebelum kenal dia..dia tak kenal aku.Bila nampak dia Omaigod punyalah aku menyampahgilababi..macam berlagak,gedik,perasan lawa..dan sebagainya.Sometimes aku tertanya-tanya jugak kenapa aku benci sangat dengan lagaknya padahal dia tak pernah mencari pasal dengan aku pun.Kenal aku pun tak..See..betapa busuknya hati aku.But tiba tiba my friend introduced me to her.At first I was like "eh,dia kawan kau ke?"..hahha..mula2 selamba lagi sembang2 ni..lama2 best plak,kenal sepuluh minit rasa macam ngam pulak.Pastu sembang lagi.Pastu terasa macam nak ambik dia jadi kakak angkat..bwekkk..haha,gedik r. Sumpah dia sangat friendly,pastu buat lawak rasa macam nak guling2 atas lantai ketawa.Hiperbola sungguh kan..?

Jadinya kat sini nak cakap,hipokrit benarlah kalau kau cakap kau tak judge peoples based on their appearance..because you can never judge on their personality if you never spoke to them.Kadang-kadang ada orang nampak macam baik,lemah lembut..tapi kat belakang dia lah raja mengumpat mulut macam longkang.Bila kau dah rapat dengan seseorang tu..barulah kau tahu bagaimana rupa hatinya..hati emas,hati logam..hati batu..hati ayam..terpulang.

Tapi kadang-kadang ada jugak kes sekali tengok aku dah benci..pastu bila dah kenal,lagi benci.

Thursday, November 4, 2010

FINAL EXAM saya ditunda..sekian terima kasih.

Facebook saya sedang dihujani dengan status kawan-kawan saya yang masing-masing tak puas hati sebab exam kena tangguh sampai 21hb November .Sepatutnya final exam start 14hb Nov tau dan kitorang boleh balik rumah seawal 29 Nov,tapi sekarang segala-galanya sudah berubah.Tak pasal2 kena balik 12 Nov.Pehh.

Dah kalau exam kena tunda nak salahkan siapa kan..?Takkan tetiba nak salahkan U buat demo depan HEP tak pun simbah cat merah kat banguanan HEA kot.Eh eh,ke aku sorang je yang terfikir nak buat kerja jahat ni..?Benda dah nak jadi kan..heheJadinya,,marilah kita sama-sama redha dengan musibah ni.Tadah tangan ucap Alhamdulillah.Sekurang-kurangnya nasib kita takdelah seburuk saudara kita di Indonesia yang dilanda Tsunami + eartquake + volcano eruption,nah ambik kau..tak reti lagi nak bersyukur.

Pastu tadi telefon ayah cakap exam kena tunda pastu ayah tanya nak balik ke taknak belum sempat jawab ayah tolong jawab "tak payah balik la,ila kat rumah bukannya stadi pun" [TITIK] Memang dah agak benda tu yang akan keluar dari mulut ayah yang kebenaranya kata-katanya memang diakui sendiri oleh anaknya..hehe.So,atas sebab ini saya merasakan walaupun exam ditunda ia tidak memberikan sebarang masalah buat saya..sekian assalamualaikum.