Wednesday, February 29, 2012

29 yang magik

Tahun lompat,hari ni macam pelik sebab 4 tahun sekali je ada haribulan macam hari ini dan hari ini adalah 29hb yang ke 6 la sepanjang aku hidup.

Macam magik la jugak kan hari sebab macam dapat extra 24hours plak..tapi
Lagi magik kalaulah hari ni kerajaan isytihar cuti,,,hihhhihihih.

Drama

Buat lebih kurang dengan aku,aku pun buat lebih kurang jugak la.
Peduli apa kan,ingat ni sinetron ke asyik kena buli tak reti nak melawan.

Friday, February 24, 2012

Random

Kadang-kadang aku rasa cukup bertuah bila aku dilahirkan sebagai ADILA dan bukan sebagai NILOPA.


...just kidding :P

Monday, February 20, 2012

Kau tahu bila sesebuah buku itu sangat best bila...

kau sedang membaca di helaian mukasurat terakhir tapi kau masih berharap yang buku tu masih tebal dan cerita tu masih panjang.

Dan bila sampai je ke noktah terkahir,terus rasa blank tak reti nak buat apa & perlu ambil masa untuk terima hakikat yang buku tu dah tamat.

Saturday, February 4, 2012

Adura Awang

Pagi tadi Dura telefon.Itupun lepas aku mesej dia pukul 2 pagi semalam.Kalau tak,haram nak telefon aku balik.Adil la kan,aku pun macam haram jugak nak call dia.Rasanya dah macam berbulan-bulan aku tak dengar suara dia.Pukul 10 pagi dia call aku.Aku tengah mamai lagi.Kah Kah.Dia pun perasan kot suara aku macam orang mabuk  jadi terus sound...

"Allah Dila,anok daro gapo la pukul 10 dop bangun lagi ni...pot pet pot pet"Macam mak nenek.Hehe.Itulah Dura yang aku kenal sejak aku Form 6 lagi.Tak pernah nak berubah,membebel je.

Masa Form 6 dulu,kami memang bestfriend.Sama-sama nak jadi cikgu.Sama-sama nak masuk UPSI.But unfortunately dia dapat masuk UPSI,aku tak :'( Takpelah,at least aku pun masuk U & dah graduated pun dan dalam bulan 5 or 6,dah boleh diterimasuk sebagai peguamcara peguambela pun.Alhamdulillah for the great opportunities that Allah gave me.

Dura dah nak jadi cikgu pun tak lama lagi and I told Dura that I want to be a teacher too like her.Pelik sangat hari ni tak macam hari biasa,dia plak yang bersungguh-sungguh suruh aku jadi cikgu.Haih.Padahal sebelum ni bukan main lagi marah kalau aku cakap aku nak apply for DPLI.

Lepas sembang dengan Dura,aku cakap dengan ayah aku yang aku taknak jadi lawyer, kalau office aku sekarang nak retain aku pun,kalau boleh aku tak nak.Aku cakap aku nak CIKGU.Ayah aku terus sound tepat atas hidung "Ingat senang ke nak jadi cikgu sekarang ni.Cikgu sekarang berlambak dah kat atas bumi Malaysia ni tau?"Haha.Biarlah,try la dulu.Mana tahu ada rezeki..ayah ni pun.Bukan nak bagi semangat pun.

Lagi satu,aku dapat tawaran untuk jadi law lecturer kat private university di Kemaman.Aku goole la college tu punya course apa and basically course kat sana semua pasal maritime je and ada satu course tu "Bussiness Law".Haha..berangan la kau nak jadi lecturer bussiness law.Bussiness Law ni adalah antara salah satu subjek yang aku paling tak suka.Aku rela lagi menghadap Criminal Law dari Bussiness Law.Tahpape.So,I guess i have to reject the job offer la for now.Mahu porak poranda kalau aku mengajar budak-budak Maritime ni.

Jadinya sekarang aku pun tak tahu aku ni nak jadi apa.Apa yang penting seakrang aku kena kebalkan diri dengan segala jenis stress yang datang dari depan dan belakang,kiri dan kanan.Kerja apa-apa pun sebenarnya susah.

Susah betul bila dah dewasa.

623/06/07 dalam kenangan
penulis tiada dalam gambar

p/s:Saje je title post letak nama Dura.Kalau dia google nama dia,jumpalah dia dengan blog saya ini.Hai Dura!!XOXO

Berapa Kerat

Friday, February 3, 2012

Bila "aku" hanya mampu merancang

Ya Allah,boleh pula terlupa esok kenduri kahwin Kak.Ana,officemate saya semasa praktikal 3 tahun lepas I am so sorry.Dah la Kak.Ana dah susah-susah datang office saya semata-mata nak bagi kad undangan.Kalau ingat,mungkin minggu ni saya tak balik kampung.Sekarang bila dah ada kat kampung,susah sikit.Takde sape nak tolong hantar sebab sekarang ni saya takde driving licence lagi.Padahal dah janji.Ya Allah,berdosanya.

Kenduri kahwin Hazrin hari tu pun tak pergi padahal awal-awal lagi dah plan nak pergi tak tak pergi jugak sebab ada aral yang tak dapat dielak.

Sekarang saya dah mula bimbang,kenduri kahwin saya nanti siapalah yang nak datang kalau kenduri kahwin kawan-kawan rapat sendiri pun tak dapat nak datang  *sigh* -__-"

Wednesday, February 1, 2012

Berbahagialah

Log in Facebook kadang-kadang boleh mengundang kusut dalam diri ku bilamana melihat teman-teman yang lain hidup mereka seakan sempurna,(kalaupun dusta,siapa yang tahu) punya keluarga dan kerjaya hebat tidak seperti aku.

Bukan aku membenci,(tidak sekali) bukan juga iri hati (jauh sekali) tapi  kadang-kadang hati tertanya-tanya bila hari aku akan tiba,bahagia seperti mereka.Ya Tuhan,Perasaan apakah ini?

Tapi kalau hari ini masih boleh tersenyum,bukankah itu juga bahagia?

Sesungguhnya bahagia itu membahagiakan.Semoga kalian semua makin bahagia


Nota kecil:You're in the arms of the angel,May you find some comfort here.