Saturday, April 30, 2011

Thursday, April 28, 2011

Bowling and farewell party.


Tadi saya dengan Fenny,Thevan dan Faridza pergi bermain bowling.Pergi main bowling pun nak kecoh kan,haha tapi benda first time ni perlulah kita kepoh-kepohkan.Memang jakun yang amat.Tengok orang lain main..pergh..macam pro je semua.Melompat-lompat aku first time nak lempar bola tu suruh Fenny tolong lemparkan sebab aku takut nanti bola tu melekat kat jari aku,tak nak begolek.Bimbang jugak takut aku yang begolek...bukan bola.Tapi last2..dalam jakun-jakun aku pun,2 round jugak kami main.Tapi,apa yang boleh aku katakan disini...aku memang mempunyai satu kemahiran semulajadi dalam permainan bowling.Walaupun hakikatnya banyak masuk longkang..tapi banyak jugak pin yang jatuh.Not bad la for the first timer.Keh keh...pujian ke atas diri sendiri haruslah melambung,style ustaz Dahlan steady dalam Geng Surau 'bongkak,riak,berlagak'.hehe.Sebab terlalu fokus memikirkan strategi2 nak baling bola tu..makanya takde satu pun gambar yang diambil sebagai bukti aku main bowling.haha.


Ok,perkenalkan ini Cik Moo aku.Cute tak...?aku takde modal nak tulis apa..so upload la gambar ni.Baru menjadi hak milik beberapa hari yang lalu.Nasib terlampau baik..maka aku menang cabutan bertuah time farewell party hari tu.Kali terakhir menang cabutan bertuah adalah sepuluh tahun yang lepas...jadi,Alhamdulillah.

Maklumlah,guna kamera henpon saje..kualiti gambar memang zero..Mata Zainurul Farrah nampak putih je..hehe.
muka paling beriman itu adalah saya...cecari cecari yang mana satu saya.
Tak sampai sebulan lagi nak tinggalkan Hutan Hujan Sintok..Sobs,tak sedih nak tinggalkan hutan tu..sedih  nak tinggalkan orang2 dalam hutan tu je..cepat sungguh masa berlalu,rasa baru je masuk hutan ni,rasa macam semalam je minggu orientasi.

Sayonara my friend...sayonara.

NK

aku dilahirkan bukan utk memenuhi kehendak kau,tidak juga kau untuk memenuhi kehendak ku. kalau kebetulan kehendak kau dan kehendak ku bertemu, itu cukup indah.
cuba teka siapa punya quote...
kalau betul aku bagi hadiah..hehe

Friday, April 22, 2011

Sebab tu mahal..kah kah.


Aku lupa ambik kat mana  gambar ni,dah usaha cari dalam history tapi tetap tak jumpa.Halalkanlah ek.hehe.

Wednesday, April 20, 2011

Malaysia,negara orang gemuk.Kesian.

Mula-mula aku baca blog pipiyapong yang bertajuk obesiti,cerita dia zaman sekolah dulu,bawak duit 50 sen,time rehat beli nasi lemak dengan air anggur sebijik macam kehidupan kanak-kanak aku.Mak aku bagi 50 sen time sekolah rendah dulu..buat beli nasi lemak ikan bilis berharga 30 sen dengan air sirap 10 sen.Pastu untuk pencuci mulut,aku beli kuih lapis..pun harga seposen.Sebab tulah sampai sekarang aku masih suka nasi lemak ikan bilis..memang feveret aku.Nasi lemak lauk ayam agak kurang ngan sikit ngan aku.

Tapi aku baca entry tu sampai akhir,aku hairan jugak…jadah apa cerita pasal nasi lemak nak kena letak tajuk obesity.Pastu tengok Facebook..ada status-status pasal nasi lemak,macam hari ini hari nasi lemak kebangsaan pulak.Semua orang nak cakap pasal nasi lemak.Oi..korang pehal nak cerita pasal nasi lemak kat FB ni…?Dah la dah lama aku tak jumpa nasi lemak..considerlah sikit weh.

Pastu aku buat research sikit..cewwah research tak tahan.Rupa-rupanya ada dalam suratkhabar kerajaan nak ban nasi lemak.Selepas tu baru aku perasan..dah lama rupanya aku tak baca suratkhabar…keh keh.Tak guna betul.Bukan aku tak guna..tapi wyerless UUM tak guna..nak buka Bharian..punyalah berjanggut beruban aku tunggu,tetap tak dapat nak bukak.Nak beli suratkhabar kat kedai aku tak mampu..gile nak beli suratkhabar,.henpon aku pun orang yang topapkan.

Motif apentha kerajaan nak ban nasi lemak kat sekolah..oi,nasi lemak sedap tau.Dahla murah..kenyang pulak tu.Tolonglah jangan cari pasal dengan nasi lemak..saya ni penggemar nasi lemak nasional tau.Ni macam nak mengamuk ni..banyak tahu jasa nasi lemak kat aku *kesat air mata*.Kalau takde nasi lemak kat sekolah dulu mungkin sekarang aku tak masuk university dah, tahu..*kesat hingus *Datuk Seri Liow Tiong Lai ,saya ni makan nasi lemak jugak time sekolah dulu,body OK je..takde obes2 pun.Camano ni...?OOO...mungkin Bik Mama time sekolah dulu selalu makan nasi lemak jugak la kot.

mana satu depan mana satu belakang ntah ni..haha

Aku rasa budak-budak sekarang bukan telan nasi lemak je..semua benda tolak batu kayu dorang telan.Kalau rumput boleh makan..dorang pun mungkin makan rumput jugak..hahahahaha,bangangnya lawak,tahu tak lucu.

Jadi,apakata,pertama-tamanya,kita salahkan restoran-restoran fastfood yang yang macam mushroom grow after rain kat Malasyia ni .Pastu kedua,kita salahkan mak bapak..siapa suruh tak ajar anak makan sayur sejak kecik.Tahu ajak anak makan KFC je..Kang dah gemuk,nasi lemak pulak nak dipersalahkan.Pastu petang-petang suruh anak duduk rumah main playstation..konon takut kena culik..suruh anak2 main bola tak mahu pulak.Ini bukan aku cakap,ini Frank hafis yang cakap.Lepas ni aku tahu,mesti dia SMS aku..cakap aku suka copy ayat dia..bhahaha.

See..Justin Bieber pun suka makan nasi lemak..


In my humble opinion..hihi,tak payah lah nak haramkan nasi lemak kat sekolah.Kesian dorang..hidangan tradisi ni kot.Hidangan rasmi aku jugak time g dating.Oh lupa nak cakap..mak aku memang pandai buat nasi lemak..kalau datang Terengganu,meh la datang umah aku makan nasi lemak air tangan mak aku.Keh keh...jangan suruh anak dia masak sudah..anak perempuan dia pandai belah telur je.





Cara mengorat.

"Hai awak,boleh mintak no telefon tak nak kejut awak pagi-pagi sembahyang subuh?"

auuuwww..
yes yes...you can!
lol~

Tetapi matlamat tak meghalalkan cara jadi pesanan penaja berbunyi begini:-

“And come not near to unlawful sexual intercourse. Verily, it is a faahishah (a great sin) and an evil way.”

In my humble opinion


Aku rasa perlu jugak kata-kata kesat untuk orang-orang yang tolol macam kita.Tolonglah jangan nak sentap sangat sebab kalau dah rasa macam kena atas batang hidung sendiri,kau nak salahkan siapa lagi kan..:)

Saturday, April 16, 2011

Bila kau famous...


ucap "Pagi All ^_^" pun kau boleh dapat 1997 komen dan 3280 like.Hahha.

Thursday, April 14, 2011

Just the Eight of us :)


We aren't just best friends we are sisters. We go together better then milk and cookies or peanut butter and jelly. I love my Best friend/ sister!!

Hi,I exist.



lol

Wednesday, April 13, 2011

Tidur dah,bye,

I should be sleeping right now...sebab orang cakap tidur lambat cepat tua plus I have class tomorrow kul 9.30.Tapi orang cakap lagi,hari esok akan bermula bila anda tidur,jadi bila anda tak tidur hari esok tak akan bermula dan anda tidak akan tua.

Haha.

OK,tu je la.

bye.

Tuesday, April 12, 2011

QUOTE #3

nasihat 101 : don't put a high expectation to your bf/gf. nanti kau y merana dan tiba2 berubah hati bila pasangan tak menjadi apa y dimimpi selalu. just live with the flow. accept him/her as he/she be. takde orang sempurna kan?
terfaktab.blogspot 

Monday, April 11, 2011

Tempat lepak baru.

Sebelum tu baca dulu artikel ini.Hihi..saje2 share.Sharing is caring...weewit.

Since I was a kid, I am a cartoon-addict, well to be honest, I’m still one until now. I love to watch cartoons. Seriously. Doesn’t matter what type of cartoon, either anime or cartoon network anything you name it. Even Spongebob!

As far as I can remember, only two characters “taught” the wisdom of “Anger is power”. The two characters are Son-Gohan in Dragon Ball and Bruce from The Incredible Hulk. These two characters will become stronger and more powerful as their anger is triggered. Son-Gohan defeated Sell when he was in Super-Sayyan Jin two mode, he was the first to ever reach that stage at that time, not even Son-Goku. On the other hand, for Hulk, Ironman once said to him “When you get angry Bruce, when you are overcome by rage, you are a force of destruction. You fear nothing and even the mightiest heroes of Earth cannot deter you. The madder you get the stronger you get and there is no limit to your rage…” (Ironman, Planet Hulk 2010).

Before this the wisdom I got was that “Anger is power” and I exactly “believed” of what was “Preached” in these movies. When I grew a bit older, I pondered back, is anger really a source of power?

Anger, what’s that??
I’m not gonna give an academic definition, but anger is, to my personal experience, an irrational state mind and body that can make unpredictable things to the extent, you wanna kill someone! That is anger all right.

Anger is the feeling of “I am right” and “Others are wrong”. You will go off doing what you think is right without considering the opinion of others. You will do anything to convince people that you are right. To some degree, you will use the extraordinary words you don’t usually use during this state what I call “The state of stupidity”. Extraordinary words as in curse words. Yikes!

Your whole facial expression will change, from white to red. You will experience your blood pressure rising and you feel hot, literally hot. You will most probably sweat. You will feel like if you had the chance, you could just tear the skin from the flesh of the person you’re mad at with. Ouch.

Your unconscious mind will take over your body and you be like “Am I doing this”, “is this me” and “what am I doing?”. Now you tell me, have you had this similar experience before?You will literally forget who you are when you are in rage. Literally forget just like that. The solely goal you want to achieve is to get rid of the subject of your anger.
I’ll share you my experience just recently (Real experience). I had an argument with my sahabah I’ve known him for quite a time. But I was so pissed off, I really said to him this “If you say one more word, I’ll kill you!”. Eventually, one more word came out from his mouth, I was overwhelmed! I got up and really wanted to smash his head off. But less than a split second, I pulled back my swinging hand. I didn’t hit him. I didn’t know why. Until now I regard that as a mystery.

Devils are laughing!
Remember back how it is when you’re contempt.  When you are letting yourself go and letting rage taking over your body, this is when devil will laugh like mad you know. They have managed to suppress down your Iman and trigger your anger. Anger is from Devil as the hadith goes:

Narrated Atiyyah as-Sa’di:
Abu Wa’il al-Qass said: We entered upon Urwah ibn Muhammad ibn as-Sa’di. A man spoke to him and made him angry. So he stood and performed ablution; he then returned and performed ablution, and said: My father told me on the authority of my grandfather Atiyyah who reported the Apostle of Allah (peace_be_upon_him) as saying: Anger comes from the devil, the devil was created of fire, and fire is extinguished only with water; so when one of you becomes angry, he should perform ablution. (Dawud :: Book 41 : Hadith 4766)

The last time I was overcome by rage, you know what my other Sahabah said to me after I got better, “Ameen, your face was really like Syaitan!” Astaghfirullah! (This is true, not made up ok). What he meant was not me growing two horns or my ears when pointy edged or my eyebrows grew thicker, no not that type of Syaitan. But my face turned red, my voice was so loud, the words I choose to say was like “You %$@*!!” (Horrible).
You know, if I recorded that video of me and I play it back, I will definitely feel stupid. Yeah, stupid. How can I, a Muslim, let anger control myself? How can I, a Mukmin let Devil possess my soul? This is not what the prophet showed to me. This is not what Allah asked me to do. No, no.

When you’re in “The state of stupidity”
Maybe these are the things that can help you when you’re in the “The state of stupidity”. These things can help you if you help yourself (If you know what I mean). But if you want anger possess your soul, then so be it, its your choice then. But I would advise you to take these precautious measures seriously:

1 – Seek refuge with Allah from the Devil:
Sulayman bin Sard narrated:
“I was sitting with the Prophet, when two men began slandering one another. One of them was red in the face, and the veins on his neck were standing out. The Prophet said: ”I know a word which, if he were to say it, what he feels would go away. If he said: “I seek refuge with Allah from the Devil,” what he feels would go away.’”
['Fath al-Bari'; 6/337]

2 – Remain silent:
The Messenger of Allah said:
“If any of you becomes angry, let him keep silent.”
['Sahih al-Jami'; # 693]

3 – Sit down or lie down:
“Abu Dharr was taking his camels to drink at a trough that he owned, when some other people came along and said to one another: “Who can compete with Abu Dharr in bringing animals to drink and make his hair stand on end?” A man said: “I can.” So, he brought his animals and competed with Abu Dharr and ended up breaking the trough.Abu Dharr was standing when he saw this, so, he sat down, then he laid down. Someone asked him: “O Abu Dharr, why did you sit down then lie down?” He said: “The Messenger of Allah said: ”If any of you becomes angry and he is standing, let him sit down, so that his anger will go away. If iit does not go away, let him lie down.”"” [Reported in the 'Musnad' of Ahmad (5/152) and 'Sahih al-Jami' (694)]
Al-Imam al-Khattabi said: “One who is standing is in a position to strike and destroy, while the one who is sitting is less likely to do that, and the one who is lying down can do neither. It is possible that the Prophet told the angry person to sit down or lie down so that he would not do something that he would later regret and Allah Knows best.” ['Ma'alim as-Sunan'; 5/141]


4 – Smile:

Anas bin Malik narrated:

“I was walking with the Messenger of Allah, and he was wearing a Najrani cloak with a rough collar. A bedouin came and seized him roughly by the edge of his cloak, and I saw the marks left on his neck by the collar. Then the bedouin ordered him to give him some of the wealth of Allah that he had. The Prophet turned to him and smiled, then ordered that he should be given something.” ['Fath al-Bari'; 10/375]


5 – Remember the advice of the Prophet:

Abu Hurayrah narrated:

“A man said to the Prophet: “Advise me.” He said: ”Do not become angry.” The man repeated his request several times, and each time the Prophet said to him: ”Do not become angry.”" ['Fath al-Bari'; 10/456]
According to another narration, the man later said: “I thought about what the Prophet said, and I realized that anger combines all kinds of evil.” [Reported in the 'Musnad' of Ahmad; 5/373]

6 – Remember the high status of those who control themselves:
The Messenger of Allah said:
“The strong man is not the one who can overpower others. Rather, the strong man is the one who controls himself when he gets angry.”[Reported in the 'Musnad' of Ahmad; 2/236, and it is authentic]

7 – Rewards for those who control their anger:
The Messenger of Allah said:
“Do not become angry, and Paradise is yours.” ['Sahih al-Jami'; # 7374]

8 – Remember that resisting anger is one of the signs of righteousness:

“And march forth in the way to forgiveness from your Lord, and for a Paradise as wide as the heavens and the earth, prepared for the righteous; those who spend in prosperity and in adversity, repress anger, and pardon men. Verily, Allah loves the good-doers.” [Al 'Imran; 134]

Conclusion: Anger is disaster!

Now I’ve come to the conclusion is that Anger is disaster! I was fooled by people who act cool but actually are fools. Anger is not power.  Anger only gives adverse effects and no good effects:

‘Alqamah bin Wa’il narrated:
“My father said to me: “I was sitting with the Prophet, when a man came to him leading another man by a rope. He said: “O Messenger of Allah, this man killed my brother.” The Messenger of Allah asked him, ”Did you kill him?” He said: “Yes, I killed him.” He asked:”How did you kill him?” He said: “He and I were hitting a tree to make the leaves fall for animal feed, and then he insulted me, so I struck him on the side of the head with an axe and killed him.”"
['Sahih Muslim'; # 1307]


Alhamudlillah, until now I haven’t killed anybody… Yet…
Well my last advice for you is, don’t you feel you’re are superior and powerful in rage because you’re just showing your weakness in this “State of stupidity”. The prophet once said:
Abu Huraira reported: I heard Allah’s Messenger (may peace be upon him) as saying: One is not strong because of one’s wrestling skillfully. They said: Allah’s Messenger, then who is strong? He said: He who controls his anger when he is in a fit of rage. (Muslim :: Book 32 : Hadith 6314)

You will not look lame if you choose to erase your anger. You will not look weak but you are a strong one.Even if you are in anger because of justice, there is still a better way of doing things right?The reason why I pulled back my swinging hand in a spilt-second decision was because my Iman gained back possession. Huh. Or not it’s gonna be a fight to death then!

So, anger is not power but anger is disaster!

Jumpa tempat lepak baru,jom kesana http://langitilahi.com/

Friday, April 8, 2011

Parti Durian (a very picture heavy blog entry)

bagi sepuluh bijik pun saya telan jugak tau..jangan main2,nafsu durian sangat buas.

 taddaaaa...masa untuk membaham.

 close up sikit....bagi jeleous korang,hehe.

 Fenny,mangsa cucukan duri durian,tapi still gigih melantak durian dengan jayanya.

 pebendalah muka aku cam bangang sangat tu..haha,macam hisap ganja pun ada.

 iye..saya diet..tolonglah percaya.hehe...gurau je Jess

haaa ni dia,pemegang tali pinggang hitam sukan membelah durian.

Ini kali pertama makan durian ramai-ramai dengan kawan-kawan.Dibawah sinaran sportlight badminton court,kami duk bersila ramai2 tunggu satu persatu durian dikopek.Biasanya kat rumah je boleh jamah benda ni.Cuma tahun ni,nafsu nak makan durian dah tak tertahan-tahan...so nak tak nak terpaksalah beli.Kalau tidak ,kempunan tau..nanti tak pasal2 saya pergi cari batu belah batu bertangkup,tak sanggup lagi idup sebab tak boleh makan durian.Hehe,bodohnhya lawak.

Harga durian kat pasar malam,pehhh...mahal kemain.Tapi itulah,mahal2 durian pun,tetap dicari.Ingatkan hulur dua keping not RM20,bolehlah dapat 10 biji durian..tp abang tu bagi 5 bijik saja.Nak mintak lebih kang takut kena pelekong plak kulit durian..jadi terpasalah akur dengan harga semahal itu.Tapi,walaupun mahal,berbaloi-baloi...alhmadulillah,isinya sedap lagi dasyat menjilat tapak tangan,lomayan lah.Kalau tak sedap,tobat aku gi cari brader jual durian tu...claim gantirugi.

Ok,itu sahaja,parti durian ketiga bakal menjelma...kita lihat siapa yang sponsor.


Mendownload Photoscape





Baru je download photoscape,so sekarang ni memang agak jakun sikitlah.Dari tadi duk godek2 benda ni..edit gambar sana-sini,and taddddddddaaaaa....inilah hasilnya.Hahahaha,gelakkan diri sendiri,sebab orang lain dah lama pandai edit gambar guna benda ni,saya je yang terhegeh-hegeh baru nak try.Sebelum ini ada adobe photoshop ngan paint.net,pastu laptop kena format...pastu tinggal paint je la.Terkontang-kanting mahu mengedit gambar...sebab itulah blog takde header.Ada sesiapa nak buat header cun untuk saya dengan harga yang percuma.....?Kecik tapak tangan,nyiru saya tadahkan :)

Dan aku seperti bayi bayi,, bayi, oh

Kau tahu kau mencintaiku, aku tahu anda peduli
Hanya berteriak bila-bila masa, dan aku akan ada di sana
Anda adalah cinta saya, anda hatiku
Dan kita tidak akan pernah, pernah terpisah

Apakah kita item? Girl, berhenti main '
"Kami hanya kawan," apa yang kau bilang?
Said "ada lagi," dan menatap tepat di mata saya
cinta pertama saya patah hati saya untuk pertama kalinya

Dan aku seperti bayi bayi,, bayi, oh
Seperti bayi, bayi, bayi, tidak ada
Seperti bayi, bayi, bayi, oh
Saya pikir anda akan selalu menjadi milikku, milikku

Baby, bayi, bayi, oh
Seperti bayi, bayi, bayi, tidak ada
Seperti bayi, bayi, bayi, oh
Saya pikir anda akan selalu menjadi milikku, milikku

Untuk anda, aku akan melakukan apa pun
Dan aku tidak boleh percaya kita di sini bersama-sama
Dan aku ingin bermain tenang, tapi aku losin 'anda
Saya akan membeli apa pun, aku akan membelikan cincin apapun

Dan aku dalam potongan, bayi saya memperbaiki
Dan hanya goyang saya 'til kau membangunkan aku dari mimpi buruk
Aku pergi 'turun, turun, turun, turun
Dan aku tidak boleh percaya cinta pertama saya tidak akan berada di sekitar

Dan aku seperti bayi, bayi, bayi, oh
Seperti bayi, bayi, bayi, tidak ada
Seperti bayi, bayi, bayi, oh
Saya pikir anda akan selalu menjadi milikku, milikku

Baby, bayi, bayi, oh
Seperti bayi, bayi, bayi, tidak ada
Seperti bayi, bayi, bayi, oh
Saya pikir anda akan selalu menjadi milikku, milikku

Ketika saya berusia 13, aku cinta pertama saya
Tidak ada orang yang dibandingkan dengan bayi saya
Dan tidak ada yang datang di antara kita yang pernah bisa datang di atas
Dia menyuruh saya akan gila, oh aku starstruck
Dia membuat saya terbangun setiap hari, tidak perlu ada Starbucks

Dia membuat pon hatiku
Saya berdetak ketika aku melihatnya di jalanan
Dan di sekolah di tempat bermain
Tapi aku benar-benar ingin melihat dia di akhir pekan
Dia tahu dia membuat saya kerana ia begitu Amazin 'dazin'
Dan sekarang hatiku breakin 'tapi aku hanya terus bilang'

Baby, bayi, bayi, oh
Seperti bayi, bayi, bayi, tidak ada
Seperti bayi, bayi, bayi, oh
Saya pikir anda akan selalu menjadi milikku, milikku

Baby, bayi, bayi, oh
Seperti bayi, bayi, bayi, tidak ada
Seperti bayi, bayi, bayi, oh
Saya pikir anda akan selalu menjadi milikku, milikku

Aku semua pergi
(Yeah, yeah, yeah)
(Yeah, yeah, yeah)
Sekarang aku semua pergi
(Yeah, yeah, yeah)
(Yeah, yeah, yeah)
Sekarang aku semua pergi
(Yeah, yeah, yeah)
(Yeah, yeah, yeah)
Sekarang aku semua pergi, pergi, pergi, pergi
Aku pergi

p/s:cuba teka lagu siapa...?

Thursday, April 7, 2011

Masalah

Benda ni dah jadi masalah sejagat rupa-rupanya.

Wednesday, April 6, 2011

Show Me Your BFF Contest

Dear Nurul Badiah Lai,
Inilah dia kawan baik saya selama 4 tahun saya menuntut ilmu di UUM.Saya ni  bukan jenis yang friendly and happy go lucky person,so memang tak buat ramai kawan sangat kat UUM.Tapi apa yang boleh saya bagitahu,sepanjang saya berada di United State of Sintok ni,mereka-mereka yang berhati mulia inilah yang selalu ada bersama saya,tak kira masa,tak kira tempat.Kalau pegi mana-mana kalau tak cukup forum memang tak sah.Assignment memang tiap-tiap semester  satu group..Walaupun markah assignment tak segempak kebaboww mana pun,kami tetap bersama.Apa yang penting disini ialah kami bersatu...bersatu kita teguh bercerai kita kahwin lain roboh.Dapat naik pentas terima segulung ijazah sama-sama itu yang penting bagi kami,walaupun anugerah deanlist haram tak pernah nak dapat,kami tetap tersenyum tabah.Pehh.Sudahlah tu Dila,apa yang duk mengarut pun tatau..balik2lah ke pangkal jalan.

Meh saya introducekan Kak.Nurul dengan mereka-mereka ya.yang pertama tu Miemi.takdelah orang paling manja dalam dunia kalau bukan Si Miemi.Perangai dia dengan perangai saya memang sangat antonim.Saya sangat keras,teguh seteguh karang di dalam lautan,dia plak jenis yang lemah longlai macam pokok kelapa ditiup angin ditepi pantai.haha,seronok betuk mengeji kawan baik sendiri disini.Sebelah dia tu si Fen,pujaan ramai jejaka hensem di sana.Tapi sorrylah,dia berbajet sangat besar,jadi semua jejaka2 yang mengorat,di'boo'nya sebegitu sahaja.Keh keh.Kalau rupa tak sekacak Remy Ishak,Fennylia Francis jangan kau ngorat,cewwah berpantun pulaks sayerwwww..Tepi fenny tu Maya Karin.Tak payah la nak introducekan dia,satu Malaysia dah kenal dia.Tepi Maya Karin tu Dayat..oh,yang ni super super super bestfriend saya la.Sebab asal negeri sama,memang kami tiada masalah dalam memahami antara satu sama lain.Dialah Kakak  saya,dialah pakar motivasi saya,dialah yang selalu tarik telinga dan luku-luku kepala kalau saya berperangai macam syaitan sikit..keh keh.


Tipulah kalau saya cakap tak pernah gaduh..selalu jugak gaduh sebenarnya.Tapi iyelah,dah nama kawan.Hari ni benci,esok bangun dari tidur i love you,you love me,we are the happy family balik.Hehe.

SIZUKA's First GiveAway

Sessi mereview

Saya tak tahu kerja nak review blog camne sebenarnya..tapi saya cubalah sedaya upaya saya semata-mata nak memenangi hati tuan blog.Oleh sebab entry ini lebih cenderung kepada nak membodek si tuan punya blog,jadi kita review yang baik-baik sudahlah.Yang buruk-buruk kita takyah cakap.Keh keh.Secara jujurnyalahkan..Ok tak tipu ni Izzati,ini betul-betul,percayalah,your blog is one of my favourite lah.Lupa plak camne boleh terjumpa blog Izzati,tapi yang pasti lepas jumpa terus jatuh cinta pandang pertama :) .

Pertama suka content blog dia walaupun her blog entries mostly about her daily life kat sana,tapi takde unsur-unsur gedik pun tahu...semuanya comel-comel sahaja.Kiranya,baca ngomelan dia kat blog takde pun terbit rasa macam nak menyampah,seronok sahaja.Macam saya cakap tadi,kebanyakan entry dia pasal kehidupan dia kat New Zealand.Contohnya,cerita dia dan kawan-kawan menolak trolli mencari stok makanan,pengalaman dia menjadi petani pengutip cerri,mengajar budak2 mat salleh kat sana,pergi tengok orang main rugby,dan baru-baru ni,dorang pergi meluncur pasir.Eh,banyak lagi lah...cuma saya lupa entry dia yang lama-lama.

Hehe.Izzati ni walaupun kecik lagi,umur lebih muda dari saya walaupun hakikatnya dia lebih tinggi dari saya,tapi jangan main-main tau..dia dah ada baby.Maknanya dia dah tak available lagi..haha.Disebabkan dia ada baby,dia selalu upload gambar2 cantik dalam blog dia.Jadi,sambil membaca ayat-ayat dia yang super comel macam teletubbies tu..bolehlah jamu-jamu mata mentengok gegambar kat sana.Tapi bukan gambar baby lah ye.baby tu merujuk kepada kamera2 dia..hoho,kau jangan memain,kamera gedabak,buka cikai2 5megapixel k.

Dari segi fizikal blog dia plak...hummphh,OK saja.tak terlalu meriah,takde lah pulak terlalu plain..tak jugak terlalu bombastic.Yang pasti warna PINK.OK,taknak cakap banyak.Silalah berkunjung ke blog beliau.Dia sangat peramah tau..sebab selalu drop komen kat blog saya.Sekali berkunjung kesana,pasti anda takkan menyesal...sumpah saya tak tipu

Slogan:
saya suka blog sizuka-world-of-life kerana gaya penulisannya yang sangat cute tak pernah membuatkan saya gagal untuk tergelak,tarakucah cah..hehe.

Jadi,jomlah ramai2 join giveway ni K.Tapi pastikan anda warganegara Malaysia dulu la ye,dia cakap orang Bangla takleh join.Susah nak hantar hadiah.Hadiah memang diimport khas dari New Zealand..kalau bodek sikit,mungkin boleh suruh dia bawak balik bulu biri-biri dari sana fresh-fresh.Nah,ini dia link nya..tekan sini,sini,sini.

Uztaz Aran nak join kontes ni boleh jugak k..keh keh.

Tuesday, April 5, 2011

Love Will Find a Way

Baru sahaja habis menonton Ketika Cinta Bertasbih 2 dari laptop untuk kali kedua.Masha Allah,sangat-sangat best and hell yeah,I cried :').Kenapalah baru hari ini terbuka hati nak tengok cerita ni.Sebelum ni ada kat my document pandang sebelah mata je.Tengok tajuk pun macam tak selera sebab expect ceritanya macam taipikal filem cinta jiwang jiwang.Pastu hari ni macam takde kerja sangat,sebab assignment Evidence dah siap,maka berjoli sakan tengok GLEE berkali-kali sampai rasa macam nak muntah..padahalnya nak cakap,berlambak lagi assignment yang tak siap.Cuma saya ini seorang insan yang berdasar tak sedar diri,kita tolak tepi dulu semua tu.Procrastinate now and panic later,itu motivasi saya hari ini.pehh..bodohnya perempuan ni.

OK,mari kita bercakap pasal filem ini,walaupun rasa macam tak relevan dah nak bercakap pasal ni sekarang sebab sekarang orang duk sibuk cakap pasal ANU DALAM BOTOL...eh,sorry tertekan shift.Malas nak delete balik.Sebab saya tak tengok KCB1,makanya saya tak tahu apa yang terjadi dalam cerita tu.Tup tup,dalam KCB2 Anna Althafunnisa nak kahwin dengan Furqan.Pastu baru saya tahu,Si Azzam ni ada hati sebenarnya dengan Anna.Ending ceritanya,Anna kahwin dengan Azzam jugak.Part  bila dengar Azzam setuju menerima dia,terus Anna sujud syukur..Ya Allah,saya pulak yang rasa bahagianya.:,).

Kenapa saya cakap best?

1)Dialog yang dituturkan best,hehe..sebab mungkin dalam bahasa Indonesia.Tahu2 je la kan,Bahasa Indonesia ni kan kedengaran agak puitis.Feeling jugaklah dengar..walau tak tengok subtitles,still boleh paham.
2)Pelakon-pelakon yang comel. :) Even pakai jilbab pun,cantik,sedap mata memandang.
3)Latar tempat filem ini yang kebanyakannya di kampung.Saya suka :)
4)Penuh dengan Nilai-nilai murni.Contoh,watak Azzam yang sangat hormat ibunya.Patuh dan taat,lebih2 lagi bila berkaitan dengan mencari jodoh.Ye kawan-kawan,redha ibu bapa tu sangat penting.
5)Mesej yang cuba disampaikan adalah CINTA.Tapi cinta bukan sebarang cinta,cinta ini cinta instimewa.Cinta menuju jalan Allah.


lawa :)

 pun lawa jugak

Tak pasti pulak kalau kat Malaysia ni pernah ada cerita berunsur Islamik macam ni sebelum ni.Mungkin paling best pun Nur Kasih la kot.Nak buat filem camni,tak perlu pelakon lawa over the top pun.Macam Anna tu pun,takdelah lawa mana,hehe.Keji sungguh perangai cakap orang tak lawa.Lawa tu lawa,tapi takdelah HOT sangat kan.Dan tak perlulah jugak scene masuk keluar disco nak dakwah orang .Buat biasa-biasa sudah....asalkan mesejnya sampai..terkesan di hati,gitewww.

tak semena-mena rasa jijik tengok gambar kat atas.


OK la,bye.

Monday, April 4, 2011

Segarang-garang warden asrama aku dulu,takdelah sampai berbunuh-bunuhan.

Aku baru je baca berita ni time kat kedai makan tadi.Lansung tak terfikir sampai boleh bawak mati.Ya Allah,budak tu kecik lagi,anak yatim pulak tu.Cikgu ni apa masalah pun tak tahu sampai nak berbunuh-bunuhan pulak.Budak tujuh tahun kot...kalau budak sekolah menengah musabah la jugak sebab ada jugak yang memang perangai macam setan.Budak tujuh tahun,nakalnya macammana la sangat kan.Akai letak kat mana taktau.Aku harap dia cikgu terakhir yang gila kat Malaysia.Takde sebab lain dah kalau tak gila.Jenis takleh hendle stress..masalah kat rumah,bawak pergi sekolah.


Tapi Hangpa janganla dok kata semua cikgu tu jahat.Sebilangan kecik je.Ayah cheq pun cikgu..tapi tak jahat.Al-fatihah untuk adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee.yang penting dia mengadap Tuhan tanpa sebarang dosa..semoga keluarganya tabah atas kehilangan arwah.Baca sini


p/s:Time aku sekolah menegah dulu,kalau sebut sahaja nama Ustazah Hanison,memang boleh berdiri bulu roma.Warden asrama paling garang kat sekolah aku dulu.Nak nak pulak sekolah agama,perghh..peraturan memang ketat gila.Etika pemakaian memang semua budak paham.Jarang sangat budak2 tak patuh kalau bab-bab pakaian.Pernah jugaklah tengok budak perempuan kena rotan dalam Musolla..tapi dah lupa sebab apa.Paling kejam aku pernah nampak dia suruh budak-budak berjalan itik dari pintu pagar asrama sampai ke bilik,waktu maghrib dalam hujan renyai-renyai.Sadis oh.Banyak lagi sebenarnya..tapi aku dah tak ingat dah.Pastu Tingkatan 4 aku cau belajar kat sekolah biasa.Tingkatan 4 sampai Ting 6.Heaven gila.Malam2 panjat pagar beli Meggi kedai seberang jalan.Warden ada macam tak wujud...keh keh keh.



Sunday, April 3, 2011

Bored

image

Banyak kerja gila sampai takde peluang nak rasa boring.Time takde kerja,boring macam nak mati,time bnyak kerja pun rasa macam nak mati jugak.Tapi tak mati-mati,itulah masalahnya.

Friday, April 1, 2011

Muah.


Gambar ini sebenarnya bergerak.Kalau tak nampak bergerak tu maknanya internet slow lettew..hehe.

Muah,sayang awak!
awak sayang saya..?

geli...?
ada rasa macam nak baling katil tak...?

Daripada awak layan saya macam chickenshit apakata awak bagi tahu saya apa salah saya.Sungguh saya tak faham,sekejap2 awak boleh bergelak-gelak ketawa dengan saya.Pastu jam yang berikutnya awak layan saya macam nak tak nak je.Iye.macam saya tak wujud.

Atau awak terasa hati sebab saya terasa hati dengan awak?Tapi awak tahu ke saya terasa hati?Bila saya terasa hati dengan awak,tak bermakna saya betul awak salah.Saya tak pernah cakap macam itupun.

Memang saya sedih.Itu perasaan.Kalau tak boleh nak tahan,saya menangis.Takde orang tahu saya menangis,sebab bila depan awak,saya cuba jugak ukirkan senyuman paling manis.Cuba sembunyikan hiba dihati sehabis baik sebab ini masalah saya,tak perlulah nak membebankan manusia sekeliling.

Sungguh saya keliru.Sakit tau.Lagi sakit bila awak tu orang yang saya sayang,dan saya akan sayang sampai akhirat.

Kalau memang saya salah,maafkan saya.Itu sahaja yang mampu saya minta.