Saturday, January 28, 2012

Thank you for making me smile you small cute human being


Ini Amani.Anak buah Ruby,my roomate.Isn't she cute?Hihi.Rambut bergentel-gentel macam onion rings & mata besar macam Barbie Doll.Pastu yang rasa nak peluk peluk sebab dia cute yang amat bila ambil patung angry bird main aucakkk aucakkk sambil letak tangan atas mata angry bird tu!Keh keh...aku ingatkan dia aucakk dengan siapa.Biasanya baby & budak-budak kecik susah nak rapat dengan aku,tapi dengan Amani,cepat je kami jadi geng,duduk depan TV tengok Boboiboy sambil makan biskut :).Kinda miss her right now :'(


This is me at the office.Sitting on my lap is Meyya,anak boss and standing next to me is Amirah.Saya bukan kerja kat nursery ye tapi law firm.Tapi nak panggil nursery pun boleh jugak sebenarnya sebab banyak sangat budak-budak kecik kat sini.Bos agak flexible and she don't mind if the staffs here want to bring their kids to the office as long as ada good reasons la.contoh,anak demam chikenpox tak boleh nak hantar pegi nursery.Btw.Meyya ni tak mesra alam sangat dengan saya,hihi..in other words,i'm not her favourite autie la kat sini.But,I'm okay with that.I love when Meyya smile at me tunjuk gigi kapak dia yang dua puntung tu..make my heart melts <3.he Dila love you Meyya.

Saya suka budak-budak,walaupun kadang-kadang budak-budak tak suka saya.Hehe.I can't wait to have my own baby.Jangan cakap saya gedik gatal ke apa sebab saya rasa perasaan ini adalah fitrah bagi manusia biasa.Well,i'm 25 now!

Sunday, January 22, 2012

Dialogue


Said body to shadow
shadow
why do you follow me
foot to foot fastened
wherever I go
whether I stand or walk or run
Said shadow to body
Body
why must you always
stay between me and sun?
-William Hart Smith-


Not all teachers deserve to be called a teacher

Yang suka menyumpah seranah dalam FB tu "cikgu".
Yang suka gambar kepit-kepit dengan boyfriend/girlfriend letak dalam FB tu pun "cikgu".
Yang bergambar seksi gila babeng and put it as a profile pictures tu pun "cikgu".
Yang kena tangkap khalwat tu pun cikgu.
...dan lain-lain.

I don't know what the **** is wrong with the teachers nowadays?No wonder la our generation sekarang pun dah haru biru kalau dah cikgu perangai tak macam cikgu.Macammana nak tegur murid-murid tutup aurat kalau cikgu sendiri auratnya pun tak tertutup.Macammana nak ajar anak-anak murid berperibadi mulia sedangkan guru iu sendiri peribadinya buruk.

Tapi tak semua cikgu macam tu.Jadi saya sangat sangat tabik dengan "guru" yang tahu tugasnya bukan sahaja mengajar tapi turut dalam masa yang sama mendekatkan anak-anak didiknya dengan Maha Pencipta.Inilah yang baru dinamakan benar-benar mendidik.Mendidik dan mengajar is two different things.Sekarang ni ramai pengajar,kurangnya pendidik dan hasilnya terlahirlah pelajar yang hanya tahu,tapi tidak terdidik.

P/S:Semoga Allah anak-anak kita nanti sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah Taala.

Friday, January 20, 2012

Driving License Test



Tomorrow is the day and passing is a must.Kalau tak...matilah kena bantai gelak dengan adik aku.200 questions more to read..T__T''.


Kalau lah pas,lepas ni nak kena masuk kelas teori & amali lagi,nak kena belajar memandu lagi sampai 8 jam,test dengan JPJ lagi,kalau tak pas bayar and repeat lagi ujian,huhu..so,it is a very long process la mat saleh cakap.But,it's OK.I will patiently endure the pain and tears.Determination leads to success,I know.Huga huga huga...go Dila..go!Hehe...berdrama plak.

Oklah,..Dila has to study now,see you later guys.

Sunday, January 15, 2012

Buang tabiat di hari minggu

Some of the pics that i snapped during our pendakian ke puncak bukit berhampiran rumah kami.OKlah,takdelah mendaki sangat.Tak sampai setengah jam dah sampai ke puncak.


Rumah saya di lihat dari atas bukit.
Ha'ah,rumah flat buruk tu.Saya tahu -_-''

Taman Panorama,Kuala Terengganu
Sebelum sampai sini,kena anjing.
Buruk bebeno aku berlari dari anjing.
Padahalnya anjing tu nak tumpang lalu je kot.
Bukan kejar kitorang pun.Kami je yang perasan.


Sebahagian daripada bandar Kuala Terengganu.
Hujungggggggggg sana,boleh nampak pantai.
Sangat mendamaikan.

Ada menara peninjau...Chewaah,menara la sangat.
Rehat kat sini dulu..ambik angin!

Pokok Ceri Malaysia.
OK,aku reka je.Ntah pokok apa.

Terjumpa sebuah bas yang macam antik gila.
So,saya juga ahli geng bas sekolah
Watchaaaaaaaaaaa..!
Eh..kenapa watcha...?OK,whatever.

Kami ke sini waktu pagi,so memang sejuk gila tak terkata
.Pastu hujan lagi.dah la tak bawak payung.
Boleh tahan jugak lebatnya.
Mandi-mandi tanpa segan-silulah kami dia atas sana.

The nearest shelter,"Pondok telefon",
terpaksa dah berteduh kat sini.
Kang tak pasal-pasal plak balik rumah demam panas.

Friday, January 13, 2012

belum sampai seru?

''Kamu buat tak ikhlas,baik kamu tak payah buat"

KUNCI AWAL SYAITAN UNTUK HALANG KITA DARI BUAT BENDA BAIK.
alah bisa tegar biasa
so jangan tertipu dengan tipu daya syaitan.

by Ustaz Zaharuddin

Thursday, January 12, 2012

random

I know you’re no good for me, but why can’t I stop myself from wanting you?

Kesan Globalisasi

Menjaga hati

Aku rasa sekarang ni aku dah banyak berubah tapi tak tahu perubahan ini bersifat negatif atau positif.Kalau dulu aku tak jaga sangat perasaan orang sebab bagi aku buat apa nak jaga hati orang sedangkan hati kita sendiri sakit.Kalau aku rasa dia deserved disakithatikan oleh aku,aku cakap straight jeI know,I'm selfish back them.Thats why la aku selalu gaduh dengan kawan.Masing-masing nak jaga hati sendiri.Masing-masing selfish.Tapi dalam masa yang sama,masing-masing love each other very much.Gaduh sekejap,then baik balik.Takde dendam,takde sakit hati.

Tapi sekarang aku rasa macam aku lebih banyak jaga hati orang.Pada mulanya,aku rasa ini satu perubahan positif.Ialah,jaga hati orang benda yang mulia.Tapi lama-kelamaan aku dah jadi letih dan bosan sebab asyik aku je.

asyik aku je yang kena susun ayat betul-betul tak nak sakitkan hati orang,
asyik aku je yang kena sedapkan hati sendiri,
asyik aku je yang kena sabar,
asyik aku je yang kena fikir positif
asyik aku saje yang kena bermanis muka walau hati sakit

asyik aku sahaja tetapi kenapa kau tak?

Bukan senang nak ikhlas.Serius..aku dah cuba.Cakap kat diri sendiri "It's OK,everything will be fine".Ikhlas..ikhlas..ikhlass.So sekarang ni aku memang berpura-pura.Aku senyum depan orang.,tapi dalam hati penuh benci.Aku ketawa but at the same time aku sakit hati.

Jadi kesimpulannya ialah Pak Cik Dennis Wholey pernah berkata : Expecting the world to treat you fairly because you are a good person is a little like expecting a bull not to attack you because you are vegetarian.


Wednesday, January 11, 2012

(seakan) Tuhan Berencana

image

Paradise

I really need a holiday.... where's a nice place to go please?

Tuesday, January 10, 2012

Fast Food Addiction


I do really need to stop eating fast food.Tapi benda begini memang addictive.Pantang ada peluang,tanpa rasa bersalah membaham beberapa ketul burger dan ayam goreng.Hamagashhh...teruk betul nafsu!Nafsu kuda ke apa ne woi..?Lepas tu kan baru rasa nak menangis menyesal tak sudah.Burger sudah menjadi shit.Terlajak BMW boleh digostan,terlajak makan burger,takkan nak muntah balik.Hohoho...nehi babuji.anddddddddd I seriously need to lose a little weight..oh please la,hari-hari jalan pergi ofis nampaknya lansung tak memberi kesan.Why oh why.Sekarang ni memang dah tak nampak macam body Kim Kardashian dah,tapi lebih kepada Michelin, model tayar tu.Hebat tak...?Hehe...hebat abah ko la.

Simpang malaikat 44,janganlah anak-anak aku tiru contoh terkutuk seperti gambar di atas ini.Fuh Fuh!

Sunday, January 8, 2012

Dating Part 1


Comel jugak Azree ni.Senyap-senyap letak gambar dia dalam purse kita untuk ganti gambar dia 7 tahun lepas yang selekeh dan hitam itu.Hehe.I know,I have the best boyfriend I could have ever asked for.Thanks my sweetheart,me amor!
XOXO

Friday, January 6, 2012

Jumaat

Hari Jumaat yang indah,pagi-pagi lagi dah dapat instruction dari bos untuk buat kerja hari Ahad ni.Most of the time bila dapat intruction macam ni,terus jadi buntu sebab tak reti.Kalau dulu,time mula-mula chambering memang rasa nak menangis sebab macam susah buat benda yang kita tak pernah buat dan takut kalau salah bos akan look down on me .Tapi sekarang dah mula belajar tak cepat gelabah bila bos suruh buat itu ini sambil letak tangan di dada cakap "All is well". 


Buat benda yang kita tak suka memang susah.Tapi takkanlah kita asyik nak buat benda yang kita suka je.Jadi,nak tak nak kita kena keluar dari comfort zone sendiri because sometimes the things we want to achieve in live are outside our comfort zone.Its not easy to break out of your comfort zone,I know.But by hook or by crook,you have too :)

Saya tahu,saya bukan pekerja yang cemerlang sangat pun sebab selalu kat ofis kalau takde kerja mesti buka FB.Selalu datang lambat,tapi balik awal.Selalu membazir kertas sebab tersilap print & photostat..Teheee!Kertas draff berlambak dalam kotak tu saya punya kerja la tu.Selalu nak escape kalau En.Azwan suruh pergi court untuk mention.Pastu apa lagi eh...errrr,ooo selalu tak siapkan kerja on time dan macam-macam lagi.Hehe..Tapi sesungguhnya, I already try my best.Kalau ada cacat cela,semuanya datang dari saya and forgive me for that :P

My second family a.k.a the gang at the office.No matter how stressful my day at work,mereka la yang selalu buat saya ketawa.I'm blessed to have them as my officemates. I know,I'm going to miss them :')
Till then,Bye..XOXO!

Kepak

 Disa Tannos (11 Juli 2011)
Pada suatu petang,
kita berbaring di rerumputan
kau menunjuk langit
saat kawanan burung terbang pulang.
Lalu perlahan jemarimu
bergerak menyentuh tanganku,
dan tiba-tiba sayap mereka
mengepak jelas di dalam dada–
pada suatu petang
yang belum pernah ada.

Thursday, January 5, 2012

Pathetic me


He lied
&
She believed

Sidang media.

Hari ni bersidang dengan media.Terasa semacam artis gitu. ^_-"

Tapi,malangnya,hanya gambar bos and YB je yang masuk -___-".Buat letih je control senyum.Hihi.tapi yang lucunya,sorang pakcik kat situ  panggil kami(saya & K.Hanis) "peguam Pas".Hehe.Tak kisahlah peguam Pas ke,BN ke yang penting bulan April ni saya dah habis chambering.Weuhhhuuu!!!
..........pastu fikir balik soal masa depan..Oklah,ini part yang tak best T.T

Long Day

Hari ni berkampung dalam balai polis bersama-sama lapan orang perogol dan pencabul.Ya Allah,Tuhan saja yang tahu betapa bergolaknya perasaaan aku time tu.

First,sebab busuk.Dorang dah 11 hari dalam lokap.Memang bau kaw kaw cukup segala bau lah.Aku nak tutup hidung bernafas guna mulut rasa macam tak sampai hati pulak takut dorang terasa.

Second,aku jadi geram bila tengok kelapan-lapan budak rendah akhlak ni.Muda-mudi harapan bangsa?Memang taklah.Ini perosak bangsa sebenarnya.Puiii.Jumpa dengan Panglima Perang,maunya diludah dua tiga das.

Ketiga,hati jadi sayu bila one of the parents kat situ nampak je anak dia terus menangis.Sayu oh!.Sampai aku pun terpaksa ketap gigi tahan air mata jangan jatuh.Aku rasa mak dia tak sangka kot anak dia tergamak buat benda terkutuk tu.Rasa-rasanya semua yang ditahan tu datang dari keluarga yang baik-baik tapi iman kan tak dapat diwarisi.Tak patut jugakk nak salahkan their parents 100%.Mungkin ada lah kurang sana-sini..tapi nak buat camne,benda nak jadi.Anak-anak ni bukan boleh main tambat macam lembu.Tapi itulah,sebusuk-busuk daging,dikincah,dimakan juga.

Sebenarnya,interesting jugak bila bergelumang dengan kes-kes sebegini.At least, aku sendiri pun boleh ambil iktibar.Bila tengok mereka,terus tanam azam kalau dah berkeluarga nanti,aku nak betul-betul didik anak aku mengikut apa yang dikehendaki syariat.Harap sangat kalau dapat suami nanti,biarlah jadi ayah yang mithali macam ayah aku dan insya Allah,aku pun mahu jadi Mak macam mak aku :).Ya Allah,makbulkanlah doa aku :) :) :)

p/s:Hari ini sangat meletihkan but I still manage to end it with a smile.Thanks for making me smile again when I'm almost want to give up.Hanya Tuhan saja dapat membalas kebaikan kalian.

Tuesday, January 3, 2012

Page 3 of 366

3 hari di tahun baru, 3 kali punch card warna merah.I know,I am a very bad chambie ^-^.

Harap-harap bos besar tak buat spotcheck.

Sunday, January 1, 2012

Harapkan Pegar,bukan pagar.

harapkan pegar,pegar makan padi



Burung Pegar

p/s:Dah lama aku konfius dengan peribahasa ni.Mana logik pagar nak makan padi.Pagar ni bukan speasis yang ada mulut.Lagi satu,jarang-jarang je rasanya sawah kat kampung berpagar.

Happy New Year


"But if you, you really wanted to change,
You probably already would have, anyway.
But if you, you really wanted to start new,
This moment’s never too late;
There’s not need to wait for no New Year’s Day"

P/S:I don't have any New Year resolution since my previous new year resolution never works out.So,for 2012,I just going to keep going with the flow.Anyway,happy new year everyone!I wish you all the best and may get what you want in 2012.
Till then,Bye :)