Friday, October 8, 2010

Koala tidur 22 jam sehari.Penguin plak 15 jam sehari.Korang?


Hari ini aku tidur selama 8 jam.Campur tidur petang pukul 4 petang samapi kul 5 jadi lah sembilan jam.Perghhh...kagum denggan diri sendiri.Bukan apa,sekarang susah nak dapat tidur berkualiti.Dulu,kalau tidur mimpi macam-macam,siap ada kaler-kaler lagi,sekarang mimpiku lebih cenderung bersifat hitam putih.Boring.

Kalau nak tahu,kalau nak tahu je la...kalau tak nak tahu takpe,terus scroll down ke bawah.Senang,Eleh eleh..aku tahu,sure kau nak tahu kan.Ok ok dah dah..baca  je la...


  • Aku tak boleh tidur dalam keadaan gelap-segelapnya.Paling kurang kena ada lampu samar-samar warna merah.Kat kolej,memang wajib kena buka lampu stadi.Sebagai roomate,kau kena paham.


  • Walaupun iklim dalam bilik mencecah 50 darjah celcius,bila tidur aku wajib berselimut.Kadang2 kalau tidur petang pun selimut jugak..kaki wajib kena ada dalam selimut sebab masa kecik2 dulu orang cakap toyol sebelum bukak almari nak curi duit dia kena isap darah dari ibu kaki dulu baru bleh bukak.Tapi sekarang kalau fikir secara logik,macamlah toyol tu tak pandai nak selak selimut cari ibu jari kaki kan...?


  • Aku cepat terjaga.telinga peka sangat.Sampaikan cicak batuk pun boleh buat aku terjaga apatah lagi kalau aku tengah tidur kau cakap dengan bapak kau yang mana frekuensi suara kau tu orang tak tidur pun rasa macam nak baling selipar jamban straight to your face.Homaiii,teremosi plak.=P
fakta serius sikit.

  • Kalau nak tahu,orang buta pun boleh mimpi tau.
  • Pastu,kalau korang tak tidur 10 hari cukup-cukup...innalillah,korang akan mati secara automatik.
  • 5 minit lepas bangun dari tidur,50% ingatan tentang mimpi akan hilang.Lepas 10 minit,90 peratus akan hilang..=)
  • 1 daripada 50 remaja lelaki still kencing malam...ohoho,malu ouh.
  • Orang yang tak bermimpi...dikatakan mempunyai personality disorder.
  • Remaja sebagusnya tidur 4 jam sehari je tau..kalau tak,dorang akan jadi gemuk...hihihihi,aku tipu je.Ok,8 jam sehari ye kawan-kawan.

5 comments:

  1. suka fakta mu tentang tidur :)

    ReplyDelete
  2. hahha..thanks for the compliment.gudnite and sweet dream ya.

    ReplyDelete
  3. siapa tak cukup tidur nanti tak subur. haiyyok!

    ReplyDelete