Thursday, January 27, 2011

Monday, January 24, 2011

Friday, January 21, 2011

2 videos that always make me smile.


Haha,Charlie,it really hurts.My mum pun suka tengok video ni sampai suruh saya ulang-ulang banyak kali.




Tengok video ni terus buat aku macam cepat-cepat nak ada baby.Haha.

3 things that I like about a boy/girl.

  • Boy who smells good.
  • Boy who love kids.
  • Boy who know how to cook.

4 songs that make me : smile, cry, feel good and dance.

Smile

Cry
You raise me up-Josh Groban

Feel Good
Party in the USA-Miley Cyrus

Dance
Dynamite-Taio Cruz

5 things that make you mad.

  • Orang yang berebut nak naik bas sampai tak boleh tunggu orang yang ada dalam bas nak keluar dulu.Nak beratur,haram la kan.
  • Bila tidur diganggu.Saya yang jenis susah nak tidur.Kalau nak tidur pukul 12,kena standby atas katil pukul 10 malam.Kalau terjaga,ambik masa dua tiga jam pulak nak tidur balik.Jadi,kalau tengok aku tengah tidur,tolong slow slow sikit la eh.
  • Bila dengar berita baby mati kena buang.Sedihla..kenapa buang baby.Baby kan comel.
  • Peoples who think they know anything but actually they don't  know anything.Sebelum mengemukakan fakta,at least google la dulu please.Barulah kau tak nampak macam bodoh sangat dikemudian hari.
  • Pointless rules

7 facts about me.

  • I'm a fast eater.Kalau makan ramai-ramai dengan kawan-kawan,kalau tak Dayat,akulah orang pertama yang siap dulu.Pastu tunggu orang yang slow eater macam Miemi dengan Farieza siap makan sambil kunyah-kunyah air batu dalam gelas.Kadang2 dah habis air batu aku kunyah dorang tak siap lagi.Aku cukup fokus kalau bab makan.Makanan sampai aku makan tak jeling sape dah.Hehe.
  • Aku suka patah-patahkan jari.Dah jadi habit sejak sekolah menengah lagi.Lepas semayang sambil berwirid itulah masa paling best untuk mematah-matahkan jari.Jadi,kalau sekarang ni tengok keadaan jari aku,memang agak scary.Tak cantik dan lurus macam orang normal.*sobs*
  • Tak pernah ada haiwan peliharaan.Aku tak suka haiwan.Haiwan pun tak suka aku.Padan muka.Kalau boleh nak bela haiwan yang tak suka berak..ada ke..?
  • Masa umur tak sampai setahun,saya pernah jatuh tangga.Mak cakap saya tak nangis tapi gelak sorang-sorang.Dorang pulak bimbang sampai kena hantar hospital bagai takut ada pendarahan dalaman ke apa.Kalau ikut logik,saya dah takde kot dalam dunia ni.
  • Masa kecik jugak saya selalu ditimpa kemalangan.Jatuh pokok gajus sampai berdarah leher,bergeser dengan batang pokok.Nasib baik takde parut sekarang.Pastu tertumpah air panas atas tangan sampai menangis-nangis suruh Ayah salin kulit lain.
  • Susah nak sakit.Kalau demam pagi,petang tu dah baik.Takde alahan apa2.Perut pun boleh terima apa sahaja tanpa perlu cirit birit di kemudian hari.Jarang sangat sangat pergi klinik .Alhamdulillah.
  • Tau tak,saya dah ready siap2 nama untuk bakal anak-anak saya.Sekarang ni baru ada tiga nama..sorang laki,2dua perempuan.Ewahhahaha.

7 Hour Challenge

It is a 1 day challenge but you have to post something every hour for 7 hours:

7 facts about me.
6 pictures that brings you memories.
5 things that make you mad.
4 songs that make me : smile, cry, feel good and dance.
3 things that I like about a boy/girl.
2 videos that always make me smile.
1 gif that describes my mood today.

Thursday, January 20, 2011

5 things I really want to say to 5 different people

A:I love you.No doubt about it.
XXX:I hate you when you have girlfriend and you forget about me.Huh!And please,stop showing off.Pfffttt!
T:Syhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
H:I realllllllllllllllllyyyyyyyy like you.Can we be friend?Hehhe.
F:Please stop being selfish.Try sellmeat pulak ke,sell mutton ke...boleh..??

Wednesday, January 19, 2011

Konversasi

Situasi:Ada lelaki hensem sedang cakap kat depan

Saya:Kacak jugak wei dia ni,dah kahwin belum agak2?
Orang sebelah saya:Dah la,tengok perut sudah.

Jadinya nak cakap sekarang ni kalau nak tahu laki tu dah kahwin ke belum orang dah tak tengok cincin dah,orang tengok perut.

Allah sedang menguji saya.

Ya Allah,
Tolong berikan saya kekuatan untuk tidak mudah melenting, dan untuk tidak mudah rasa sakit hati.
Tolong berikan saya kekuatan agar mulut ini tidak mudah mengaibkan dan memburukkan orang lain.
Dan tolong berikan saya kekuatan untuk terus bertahan untuk melalui hari-hari yang meletihkan dan menyakitkan ini.

I am in misery

image


Lemas.

Nak bernafas pun susah.

Monday, January 17, 2011

"I'm going to train lawyers to be.''lecturer aku cakap.

Dah 4 tahun aku belajar undang-undang,tapi serius aku tak rasa lagi aura-aura aku bakal jadi peguam.Banyak ciri-ciri yang ada pada peguam takde pada aku dan ciri-ciri yang sepatutnya tak ada pada peguam tapi ada pada aku.Yang aku tahu sekarang ni,nak habis je..graduate.Pastu cari kerja,ikut lah keje apa pun,asalkan gaji sedap.Ewahh,enak sekali kau ye.hehe.

image
Bila awal-awal semester ni,sibuklah  para student mencari ahli group untuk assignment.Aku just stick dengan geng2 aku je seperti tahun-tahun lepas.Tapi sem ni macam leceh sikit.Lecturer nak sorang-sorang present.Everyone must participate.You you have to choose your group members wisely.Huk huk.Bab-bab presentation ni aku sangat lemah.Ahh,malas la nak cakap pasal presentation..dah 4 tahun belajar pun tak reti2 lagi.


Lagi satu,terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa susah dan senang bersama.Yang tak kisah kalau kawan dia tak pandai sangat prsent asalkan dia dan kawan dia dapat graduate sama2.Saya sangat terhutang budi dan terharu sampai macam nak menitiskan air mata.*sobs*

OKlah..dah dah.My sleeping pattern really messed up.So i need to sleep now because I have class at 8 tomorrow which I did not intend to attend at all.



Sunday, January 16, 2011

Perempuan yang suci ialah perempuan yang dijaga Allah

" Perempuan yang suci ialah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah menyayanginya. Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu kita kembali dijagaNya. "

Friday, January 14, 2011

Nikita Purnama Willy





Comel kan...?Pelakon air mata dalam Sinetron Safa dan Marwah.Kalah Sandha kalau bab-bab menangis ni.Cakap sikit keluar air mata.Heran aku,macam senang pulak air mata dia nak keluar.Kalau tengok drama Seruan Pulau Nami ,aku kesian tengok pelakon utama dalam drama tu.Babak tu punyalah sedih,suara dia pun dah OK dah boleh buat orang hiba,tapi punyalah susah air mata dia nak keluar.Kalau keluar pun setitik je.Tu pun mujur keluar.Orang terengganu cakap "Abih reng doh tu".Bukan nak agungkan drama dari seberang,tapi kalau tengok cara dia berlakon memang kita pun boleh keluar air mata.Sobs.

Tapi itulah,kalau dah nama sinetron Indonesia,kalau tak tertukar anak,mesti terhilang ingatan.Salah satu elemen wajib.Pastu efek slow motionnya tu,Ya Rabbi,memang menguji kesabaran.Sinetron Safa dan Marwah ada 232 episod.Tipikal sinetron Indonesia,wajiblah beratus-ratus episod.Tapi masuk hari ni dah dua hari aku ngadap Youtube,khatamkan terus sampai episod terakhir tapi ada jugak yang skip-skip.Boleh tahan best lah jugak...he3.

P/S:Drama Spa Qistina best jugak,sebab ada Tiz Zaqiah.Tapi yang tak best bila ada Fasha Sandha.heh.

Thursday, January 13, 2011

Psycho Test



A woman, while at the funeral of her own mother, met this guy whom she did not know. She thought this guy was amazing, so much her dream guy she believed him to be just that! She fell in love with him right there, but never asked for his number and could not find him. A few days later she killed her sister.


Question: What is her motive in killing her sister?
(Give this some thought before you scroll down)

[scroll down]
































Answer: She was hoping that the guy would appear at the funeral
again.

If you answered this correctly, you think like a psychopath.This was a test by a famous American Psychologist used to test if one has the same mentality as a killer. Many arrested serial killers took part in the test and answered the question correctly.


If you didn't answer the question correctly good for you. If you got the answer correct, please let me know so  then I'll just be extra nice to you from now on. :)

Monday, January 10, 2011

Do you know what’s the name of Graham Bell’s Girlfriend?

She is Margaret Hello.Yes,the real meaning of HELLO is a name of a girl. One can forget the name of Bell’s name but not his Girlfriend (this is true love). But he married with his deaf student Mabel Hubbard.


Amazing huh.
link

Sunday, January 9, 2011

Jangan jadikan watak ustaz sekadar penghalau hantu.

Masa kecik-kecik bapak aku pernah bawak aku pergi jumpa tok bomoh.Bapak terpaksa buat camtu sebab aku malas sangat pergi mengaji Al-Quran.Malas bukan main sampai kena heret lagi.Pernah aku pergi,tapi aku tak naik atas rumah,tapi duk mencangkung bawah rumah tok guru ngaji aku sampailah kakak aku panggil balik.Nama dia,Che Ngoh Ton,sekarang dah arwah..dahla time tu banyak itik kat bawah rumah tu.Bapak aku suruh pergi mengaji aku pulak pergi bergelumang dengan itik.Bertuah punya anak.Pastu Che Ngoh siap sound lagi "Ila ngaji ngan itik ke bowoh rumoh tu".Tehheee...Kenangan sungguh.

Semalam bapak aku pagi-pagi dah kejut suruh bangun awal-awal.Katanya nak jumpa tok bomoh..aku pun macam "errr,wats wrong with you dad",ewah..hahha.Bapak aku cakap nak bawak aku pergi jumpa tok bomoh,berubat aku.Katanya,umur aku dah lanjut jadi konon-konon nak tiup2 lah sikit bagi cepat jodoh.Hehe,bertuah punya bapak..pagi-pagi dah buat saspen anak sendiri.Sikit lagi aku nak nangis.Aku takut ouh jumpa tok bomoh.

cuba bayangkan kalau kau kena paksa jumpa tok bomoh macam ni.Harus kau pengsan.

Gerak awal pagi,tapi kitorang kena tunggu lepas Asar baru boleh berubat.Manalah kami tahu.Dahla sebelum tu menunggu ayah aku servis kereta sampai 4 jam tercongok atas kerusi.Lepas solat Asar,terus pergi rumah tok bomoh tu.Kami panggil dia Ustaz Wei,dengung sikit kat hujung tu.Dapat giliran no 2.Ramai gila orang datang berubat.Ada yang demam,sakit jantung,sakit pinggang,pening kepala dan macam-macam la.Pastu ada sessi minum air ubat secara berjemaah.Kesian pulak aku tengok pak cik tu,berkerut-kerut muka dia telan air tu.Pahit katanya.Kami jumpa pergi bomoh takde kaitan pun sebenarnya nak cari-cari jodoh kat aku.Cuma,adalah tu masalah sikit,hehe..tak elok rasanya nak mengwar-warkannya disini.

Eh,macam panjang pulak aku membebel.Haha,aku frust sebenarnya ni.Result aku paling teruk pernah aku dapat.Tadi chat dengan batchmate aku,pehh 5A dia dapat.Aku nak dapat 1A pun macam nak habis nyawa.Dia selamba je pulun 5 sekaligus.Tapi itulah,yang kita usahakan itulah yang akan kita dapat.Allah maha adil kan?

Jadi aku tengah sedih dalam gembira la ni.Sedih sebab tak dapat dean.Gembira sebab takde paper yang kena repeat.Tak relevan sungguh kan sedih2 duk cerita pasal bomoh.Nampaknya,aku kena tok bomoh la tiup2 sikit kepala ni supaya jangan jadi benak sangat.haha..


link

Ted William,a homeless man with golden voice.

Everybody deserve a second chance.A chance to make thing right again and maybe by that chance we can make thing better than before.I do believe that we deserve a second chance although not everyone get it.Sometimes when we make a very stupid mistake,its hard for them to forgive us.Pehh,cakap mat salleh memalam buta begini,meremang bulu roma den.Hehe,sorrylah ye if i sound stupid when i speak London.Saje je nak test power..padahal takdelah power mane kalau setakat Muet dapat BEn Affleck je..ye tak Mira...?

Ok dah dah,jangan nak mengarut.Entry hari ini pasal seorang lelaki bernama Ted William,a homeless man with golden voice.Dulu dia seorang radio announcer.But then kena pecat ke apa aku pun tak tahu,he become homeless,tinggal dalam khemah je.Pastu ada history dengan dadah la,ketagihan arak la,keluar masuk penjara sebab mecuri la.Boleh tahan keji jugaklah perangai dia dulu.

Tapi itu dulu.Sekarang dia cakap dia dah OK.Dah bersih.Dan dengan kuasa bulan Tuhan,tetiba je dia jadi famous amosh,siap diterima bekerja kat sebuah stesen radio dan dapat apartment sebijik.Fiuhhhh,Inilah ye tuan-tuan dan puan-puan yang dikatakan tuah ayam nampak dikaki..tuah manusia siapa yang tahu.




Kalau nak dengar suara dia,boleh tengok video ni.Perghh...memang macho gile ah suara.Awesome!!Tengok keadaan dia masa tu memang macam serabai.Tapi walaupun dalam keadaan macam tu,dia tetap boleh tersenyum cam orang takde masalah dalam hidup.



Ini pulak video ketika dia dipertemukan dengan mak yang 20 tahun dah terpisah.Berair gak mata aku tengok.

Ramai jugak orang persoalkan,why nak susah-susah bagi kerja kat drug addict macam dia kan?Tapi bagi aku,kalau orang tu dah betul2 insaf,why not kita bagi dia peluang kedua.Jangan sebab kita tak boleh nak baiki hidup sendiri,kita nak jeles dengan orang lain pulak.I think he deserve the second chance.Kemon la,takde orang yang tak pernah buat silap kan.


Friday, January 7, 2011

Quote #2

Hijab is not merely a covering dress but more importantly, it is behavior, manners, speech and appearance in public. Dress is only one facet of the total being.
MARY C.ALI

  

Thursday, January 6, 2011

Where the hell is Matt,but no in Malaysia.







Awesome,dancing around the world.Tapi Malaysia takde pulak dia nak datang.Haha,pepun.,..enjoy....!!

Gusar seorang pelajar semester akhir.

Tak sampai dua minggu lagi nak balik U.Semester baru bermula agak lambat,maklumlah exam kena tunda sebab  Kedah kan banjir hari tu.Tak sabar nak tunggu 9hb.Biar segala teka-teki terjawab.Tapi sumpah,dalam banyak banyak sem,sem ni lah tunggu result exam rasa macam urggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhh,tension gile pig sebab exam ari tu kan,kan kan kan kan..aku tak boleh buat sangat.Tapi time mak pak aku tanya boleh buat ke tak exam kompidem je keraskan suara "boleh,boleh".Nak jawab tak boleh kang kecut perut pulak.

Semester depan adalah semester akhir aku sebagai student,kalau tak ada paper yang kena repeat,insya Allah lah.4 tahun bergelar pelajar universiti bukan kerja mudah dan aku boleh katakan kehidupan aku sebagai pelajar universiti dari segi pencapaian akademik takdelah boleh dibanggakan sangat.Enough enough eat je orang puteh cakap.Tak pernah naik pentas terima Anugerah Dekan.tapi takdelah aku nak menyesal ke apa sebab apa yang kita usahakan itulah yang kita dapat.So,terima je lah.

Paper yang paling aku bimbang sekarang ni dua je lah.Criminal and Civil Procedure.Tapi,Jurisprudence pun bimbang jugak tau.Eh,Professional practise pun sama.Huwwaaa,nak nangis pulok rasanya.Kalau C berderet nanti,hancurlah result aku.Dahla result sebelum sebelum ni memang dah lunyaI.Eh tak takpe,takpe..semester depan saya nak belajar sungguh-sungguh...azam awal sem yang sentiasa diulang-ulang,tapi pelaksanaan habuk pun tadak..tehhheeeeeeee!!

Mak tanya,bila saya nak pakai tudung labuh?

Tajuk entry takde kaitan sangat.Sebelum baca entry ni,boleh rujuk blog dia ni.Klik sini.Aku tak tahu dia ni laki ke perempuan,tak sempat nak menelaah lagi blog beliau.Tapi kalau lelaki maknanya tak timbullah isu dia jeles ke hape orang cantik dari dia,kan kan.

Aku memang tak layak nak cakap pasal fesyen-fesyen shawl zaman sekarang.Maklumlah,aku bukan pemakai shawl,tak pandailah nak belit-belit ...pergi kelas pun pakai tudung bawal je,takpun kalau nak cepat sarung tudung ekspress.Tradisional sungguh.Aku tahu tu.Saya buta fesyen.Tapi saya OK.

Aku ada jugak cuba pakai.Pehh,tak selesa lansung.Sekejap sekejap rasa macam senget..sekejap sekejap rasa macam longgar,nak gelak,nak makan,nak senyum kena control..takut nanti tak "happen" pulok.Kena yang pandai pakai tu OKlah..sejuk je mata memandang,tapi kadang-kadang tak suka jugak tengok perempuan bertudung over over nih..sampai letak segala mak bapak aksesori atas kepala.Tak menjengkelkan ke tuh...?Pastu kaler tudung mak aih,terang benderang..cukup 10 jenis warna atas satu tudung.Ok aku faham,aku faham...itulah namanya fesyen.Kau ni Dila, kalau tak tahu fesyen diam-diam sudah.

Dalam banyak-banyak blogger,aku suka tengok dia ni bertudung.Nampak macam simple je..tapi sofistikated gitu.Aku tak tahu sebenarnya makna sofistikated tu ape,main tulis je.Maknanya nak cakap,walaupun simple,tapi anggun.Warna tudung pulak takdelah terang benderang sangat dan yang pasti takde aksesori melampau atas kepala  dan secara tidak lansung menampakkan dia lebih matang dan tidak kebudak-budakkan.Tapi still sweet.Ni link blog dia.http://petisuaraku.blogspot.com/.Semua orang kenal dia rasanya.Blogger femes.Suatu hari nanti nak pakai macam dia jugaklah...hihik..ngade-ngade betul.Tak mau  letak gambar,kang kecoh plak ambik gambar orang without permission.

P/S:Apa yang pasti,niat untuk menutup aurat tu lebih penting dari berfesyen.Tapi takdelah nak cakap mereka yang berfesyen takde niat nak menutup aurat.Kita manalah tahu niat orang lain kan.Serahkan saja pada Allah.
P/S/S:Menjawab persoalan mak,"Lepas kahwin kot".


Gusar seorang ibu.

Dari semalam lagi mak aku duk membebel pasal adik aku,ye,adik bongsu aku, berjantina lelaki.Mula-mula pasal elaun.Baru dua bulan masuk dah tinggal sikit,boros tak beragak.Apa dia ingat Mak dia bussinesswoman,ayah dia engineer barangkali nak beli barang branded branded.Pastu ayah aku berleterlah sikit-sikit,suruh belanja jangan boros,selamba katak je jawab "Alah,takpelah.Biasiswa Pa Ma kan ada".Sumpah aku rasa macam nak  beli tiket pergi Johor time tu jugak,pastu sampai sana luku luku sikit kepala dia.Bertuah sungguh.

Pastu bila mak dapat tahu exam MUET dia yang urrrghhhhhhhhh,kau paham2 sendiri la eh..mak membebel lagi."Budak laki ni kalau belajar jauh-jauh camnilah,main je".Aku dapat mengesan nada sedih dibalik suara mak aku tuh.Huhu..mak aku bimbang sebenarnya,mana ada mak tak bimbang kalau ada anak buat perangai tak ambik cakna camtu.Kalau boleh,semua Mak dalam dunia nak tengok anak dia berjaya,dapat hidup senang.Aku pun angguk-angguk je la.Malas nak mencurah petrol ke atas api.Adik aku kalau marah pun tak jadi apa,dah imun.tapi bagi aku,Takdelah semua laki pergi belajar main-main,budak-budak laki dalam kelas aku tu rajin-rajin,tak main-main pun.Kes adik aku sorang je ni.

Mungkin adik aku ni tak matang lagi kot.Tak serius dalam belajar.,Dah tu takkan nak tunggu umo 40 baru nak matang kot.Haih,pening pening,dah jadi macam masalah aku pulak nehh.Nantilah kalau dia tepon lagi,aku nak sound sound sikit biar meleleh taik telinga.Mulut aku jangan wat kira weii,berbisa jugak nehh.Tak menangis,paling kurang pun berair jugak hidung tuh.

yang ikhlas
kakakmu yang baik.

Tuesday, January 4, 2011

Quote #1

Do not count how many times people hurt you & leave you. Count how many times you hurt God & He never leave you.
 P/S:Dan beban-beban sudah di angkat dari bahuku.