Wednesday, July 27, 2011

Tuesday, July 26, 2011

PUJAAN

 by Mimi Morticia

Friday, July 22, 2011

Rindu saya tak...?

Lama tak update blog.Banyak nak cerita tapi macam malas pulak nak cerita sebab kalau dah bercerita mesti kena tulis panjang gila.So,meh la saya buat point2 penting saje la.

  • Dah dua minggu bekerja.Apa yang boleh saya cakap..I love my job so much.Staff-staff kat firm memang baik sangat-sangat.Mereka ni dah macam keluarga.Ada Mak,ada Ayah,ada Kak Long ada Abang Long.So,mereka semua memang cool.Tiap-tiap hari kerja melawak je dalam opis.Sekarang,kerja tak banyak lagi,so takdelah rasa stress sangat.Baru dapat 1 file conveyancing,pastu tolong lawyer buat research sikit-sikit.Susah jugak...dan memang aku takut jugak kalau tak boleh buat kerja-kerja tu...sebab memang susah jugak untuk orang yang tak pandai sangat macam aku T.T
  • Rumah sewa memang tak best.Roomate cakap rumah tu berhantu.Aku plak terpaksa tinggal sorang2 setiap malam sebab roomate balik malam.Dia kerja malam T.T.Condition rumah sangat dhaif..paip kat luar bocor,flush toilet rosak,pintu bilik mandi tak boleh tutup betul2.Serius tak selesa mandi...takut2 ada orang mengintai dari luar...hehe.Pastu selak pintu plak tak boleh guna...ntah siapa la yang pasang selak pintu tu.Serius..senang je kot nak pasang benda tu.Rumah memang kosong..takde TV,peti sejuk,dapur dll.Aset paling berharga yang ada dalam rumah tu aku rasa errr..."toto" aku la kot.Dan yang paling tak best...rumah kat tingkat 4.Tapi,aku bersyukur.At least dapat jugaklah tempat berteduh.Hehe.
  • Semalam pergi KL.Menyelesaikan urusan rumahtangga kerja.Keluar pagi,balik malam.Perghh..letih gila.Aku tak tahu camne la kawan2 aku boleh survive kat KL..sebab sehari kat sana aku dah tak tahan...gelap putih gelap putih je aku nampak.Memang penat..T.T.Orang kuat je boleh survive hidup kat KL ni..hehe.So,memang aku tak kuat mana lah agaknya.
  • Semalam dah file petisyen..so lagi 9 bulan aku akan ditabalkan sebagai Peguambela dan Peguamcara.Insya Allah.Konvo bulan 10 ni tak berapa nak excited sangat pun..hari ditabalkan sebagai Peguambela dan Peguamcara itulah yang paling dinantikan.
Aku tabik siapa yang baca entry ini sehingga ke noktah terakhir.
Hehe.
Bye,jumpa lagi.

Wednesday, July 13, 2011

Tuesday, July 12, 2011

#1

Kau cakap kau sayang aku.
Aku pun pernah cakap,aku sayang kau.
Tapi beza antara kita berdua,aku tak tipu.

If you don't read the newspaper, you are uninformed; if you do read the newspaper, you are misinformed.




KL police: No tear gas fired into hospital....????


I hate watching news on TV and reading newspaper.So freaking bias.Tak beragak lansung.Dah sah-sah kot siap ada gambar dengan video,but still nak denied.Ingat rakyat ni bodoh ke main telan je TV cakap.Bukan nak sokong mana-mana parti politik...tapi kadang2 aku rasa TV dengan suratkhabar sekarang makin melampau plak menipunya.Nak baca pun rasa macam orang bodoh je *sigh.

Friday, July 8, 2011

Mimpi merepek.

Memandangkan hati tak beberapa nak tenteram dua tiga minggu ni,memang  selalu sangatlah tidur tak nyenyak.Nak dapat mimpi pun susah.But today,I woke up  with a smile on my face.Haha.Sebab semalam ntah macammana boleh pulak Fahrin Ahmad,Zahiril Adzim dan Liyana Jasmay  tetiba datang melawat dalam mimpi.Siap panggil Zahiril Adzim tu "abang" lagi.Melampau sungguh.Kah Kah.

Kan best kalau betul.

Malam ni harap-harap mimpi Seth Tan la pulak.


Thursday, July 7, 2011

Dilemmo & Problemo.

Masalah besar bagi aku,mungkin nampak kecik bagi kau.Dan masalah besar bagi kau,mungkin nampak kecik bagi aku.So,masing-masing ada masalah.Jadi tolonglah janganlah pandang rendah masalah orang.

COMPRENDE???

Semua orang ada masalah.Mak saya cakap,orang gila je yang takde masalah.So,bersyukurlah sebab kau ada masalah.Pandai je Mak bagi perumpamaan.

Masalah saya sekarang ni ialah RUMAH SEWA.Hari tu dah dapat tempat untuk buat chambering.Tapi rumah nak duduk pulak takde.So,mintaklah tolong boss bagi masa dulu sementara dapat cari rumah.Tapi sampai sekarang tak dapat-dapat.Oh,Bengangnya.

Alternatif terakhir Si Ayah nak campak anak kesayangan dia ke rumah anak yatim sorang kawan.Bertambahlah bengang sang anak.

Dah macam-macam cara aku buat untuk dapatkan rumah sewa.Tanya orang sana-sini.Siap buat iklan lagi kat Mudah.my.Bolehlah imagine macammana tahap ke"terdesak"an aku sekarang ni.Tapi sorang je yang SMS aku.Itu pun bukan nak gitau aku dia ada bilik untuk disewa,tapi nak berkenalan dengan aku.OMG,tak lawak lansung ambik nombor telefon kat mudah.my.

Hari Ahad ni secara rasmi dah start kerja.Itupun kalau aku tak buat kerja gila tak datang jugak kerja.walaupun jauh di sudut hati berkira-kira jugak nak cancel buat chambering kat situ.Ye la kan..takkan la sampai sembilan bulan aku nak menumpang rumah orang.Harap-harap dalam masa dua hari ni ada lah jalan keluar yang lebih baik.

OKlah..tak best lansung perasaan ni

bye.


Monday, July 4, 2011

Tahukah anda dengan memakai kasut tumit tinggi dapat mengecilkan saiz peha anda?


Artis Malaysia feeling Kpop.(gambar Hiasan)
Aku tahu,selain masalah kebuncitan di perut,rata-rata wanita juga dikenalpasti turut mempunyai masalah saiz paha yang besar persis saiz baby jaws gitteww.Masalah peha saiz XXL memang tidak disenangi oleh wanita lebih-lebih lagi bagi wanita yang selalu mengenakan seluar untuk keluar rumah,macam aku selalu pakai baju kurung jadi takpe..tak nampak sangat.Keh keh!Ok serius.Just nak share something yang berguna.Aku copy paste saje ni.
Artikel ini dipetik dari sini.Eh,petik macam petik buang betik plak.Bagus actually Kevin Zahri ni.Selalu kongsi tips kesihatan kat FB.

Cara pertama ialah kaedah KERUSI BAYANGAN
Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Ini baru satu cara.Yang empat lagi tu kalau nak tahu satu persatu,rajin2kanlah klik di sini.

Till then,Bye.

Sunday, July 3, 2011

Kadang-Kadang

 
Kadang-kadang,kita kena jadi hero untuk diri sendiri,sebab kadang-kadang orang yang kita tak boleh hidup tanpa dia,boleh hidup tanpa kita.

Friday, July 1, 2011

Gua dah jadi budak chambering.



So today I had a job interview and Alhamdullilah,they hired me.But,I don't know if I should be excited or sad.Excited sebab bakal dapat gaji tapi sedih jugak,sebab lepas ni dah kena sentiasa bangun awal lah pulak.Hewhewhew.Sebenarnya kan,hehe.I'm not too excited to start the pupilage yet.Ingat nak lepaks-lepaks dulu kat rumah dua tiga bulan goyang kaki sambil ambil kursus ekonomi rumah tangga dengan Emak,tapi bila dah hari-hari baca status kawan-kawan asyik duk update pasal chambering je..jeles lah jugak,ini memang tak boleh jadi.Nak kerja jugak!!So dapat Alhamdulillah.

Nervous jugak nak start kerja ni.This is my first job and I don't know how to expect.Harap dapat sesuaikan diri lah.dengan bos and officemate yang lain.Hehe..wish me luck.

Btw,saya jumpa video budak kecik ni,Kecik-kecik dah bijak..bagus.Tak nak kahwin selagi takldapat kerja.Dramatik gila..hehe.


Till then,Bye.