Saturday, October 23, 2010

Terkenang.

Semalam Mak saya call,dan saya punyalah gembira sebab jarang-jarang je Mak telefon.Biasanya ayah yang selalu telefon pastu mulalah dengar suara Mak menyampuk dari jauh tanya "ada duit tak lagi?","exam bila lagi?","bila balik kampung","baru bangun tidur ke?"..etc.

Semalam Ayah pergi masjid pastu mungkin mak boring kot sebab tu telefon saya..dah takde orang kat rumah nak borak, sementara tunggu sembahyang Isya' tu,eh perlukah saya memberikan ulasan sebegini detail.Tapi jauh dalam sudut hati, saya rasa Mak rindu anak-anak dia.:'(.Walaupun saya tanya "Ma rindu Ila ke..?"..Mak tak jawab tapi gelak besar.Saya pun gelak jugak..seronok dengar suara Mak.:'(.

OMG,saya tak pernah rasa rindu Mak saya macam ni.Sumpah rasa macam nak terus terbang bumi Darul Iman,tunggu Mak buka pintu rumah sambut saya dengan mata merah,ye la kan,mata merah sebab baru bangun tidur,bukan sebab terharu hiba tengok saya berdiri atas tangga hehe..ecceh,nak bersambut-sambut pulak.lambatnya datang Disember nak memeriahkan rumah balik,nak buat Ayah dan Mak tersenyum tergelak,nak bersembang dengan Mak..dan saya rindu jugak Lia,adik saya..Ok,kami memang anak kesayangan Mak dan Ayah..he2.Puas hati..!

P/S:Puas hati...?Memang aku nak manja..tak payah nak keji aku,sebabnya tak salah dan aku tak jadi anak manja walaupun umur aku dah suku abad.






No comments:

Post a Comment