Thursday, January 5, 2012

Long Day

Hari ni berkampung dalam balai polis bersama-sama lapan orang perogol dan pencabul.Ya Allah,Tuhan saja yang tahu betapa bergolaknya perasaaan aku time tu.

First,sebab busuk.Dorang dah 11 hari dalam lokap.Memang bau kaw kaw cukup segala bau lah.Aku nak tutup hidung bernafas guna mulut rasa macam tak sampai hati pulak takut dorang terasa.

Second,aku jadi geram bila tengok kelapan-lapan budak rendah akhlak ni.Muda-mudi harapan bangsa?Memang taklah.Ini perosak bangsa sebenarnya.Puiii.Jumpa dengan Panglima Perang,maunya diludah dua tiga das.

Ketiga,hati jadi sayu bila one of the parents kat situ nampak je anak dia terus menangis.Sayu oh!.Sampai aku pun terpaksa ketap gigi tahan air mata jangan jatuh.Aku rasa mak dia tak sangka kot anak dia tergamak buat benda terkutuk tu.Rasa-rasanya semua yang ditahan tu datang dari keluarga yang baik-baik tapi iman kan tak dapat diwarisi.Tak patut jugakk nak salahkan their parents 100%.Mungkin ada lah kurang sana-sini..tapi nak buat camne,benda nak jadi.Anak-anak ni bukan boleh main tambat macam lembu.Tapi itulah,sebusuk-busuk daging,dikincah,dimakan juga.

Sebenarnya,interesting jugak bila bergelumang dengan kes-kes sebegini.At least, aku sendiri pun boleh ambil iktibar.Bila tengok mereka,terus tanam azam kalau dah berkeluarga nanti,aku nak betul-betul didik anak aku mengikut apa yang dikehendaki syariat.Harap sangat kalau dapat suami nanti,biarlah jadi ayah yang mithali macam ayah aku dan insya Allah,aku pun mahu jadi Mak macam mak aku :).Ya Allah,makbulkanlah doa aku :) :) :)

p/s:Hari ini sangat meletihkan but I still manage to end it with a smile.Thanks for making me smile again when I'm almost want to give up.Hanya Tuhan saja dapat membalas kebaikan kalian.

No comments:

Post a Comment