Thursday, January 12, 2012

Menjaga hati

Aku rasa sekarang ni aku dah banyak berubah tapi tak tahu perubahan ini bersifat negatif atau positif.Kalau dulu aku tak jaga sangat perasaan orang sebab bagi aku buat apa nak jaga hati orang sedangkan hati kita sendiri sakit.Kalau aku rasa dia deserved disakithatikan oleh aku,aku cakap straight jeI know,I'm selfish back them.Thats why la aku selalu gaduh dengan kawan.Masing-masing nak jaga hati sendiri.Masing-masing selfish.Tapi dalam masa yang sama,masing-masing love each other very much.Gaduh sekejap,then baik balik.Takde dendam,takde sakit hati.

Tapi sekarang aku rasa macam aku lebih banyak jaga hati orang.Pada mulanya,aku rasa ini satu perubahan positif.Ialah,jaga hati orang benda yang mulia.Tapi lama-kelamaan aku dah jadi letih dan bosan sebab asyik aku je.

asyik aku je yang kena susun ayat betul-betul tak nak sakitkan hati orang,
asyik aku je yang kena sedapkan hati sendiri,
asyik aku je yang kena sabar,
asyik aku je yang kena fikir positif
asyik aku saje yang kena bermanis muka walau hati sakit

asyik aku sahaja tetapi kenapa kau tak?

Bukan senang nak ikhlas.Serius..aku dah cuba.Cakap kat diri sendiri "It's OK,everything will be fine".Ikhlas..ikhlas..ikhlass.So sekarang ni aku memang berpura-pura.Aku senyum depan orang.,tapi dalam hati penuh benci.Aku ketawa but at the same time aku sakit hati.

Jadi kesimpulannya ialah Pak Cik Dennis Wholey pernah berkata : Expecting the world to treat you fairly because you are a good person is a little like expecting a bull not to attack you because you are vegetarian.


No comments:

Post a Comment