Wednesday, May 25, 2011

Entry untuk kawan-kawan baik aku.

Mungkin Tuhan sahaja yang paham perasaan aku sekarang.Sedih tidak terperi.Air mata jatuh tak dapat di tahan.Masih tak dapat terima kenyataan yang aku dah takkan jumpa kawan-kawan baik aku macam selalu.Dah tak naik kereta sama-sama,dah tak pergi kelas sama-sama,makan sama-sama,semua dah tak sama-sama dah lepas ni.Seorang demi seorang dah sampai rumah,tinggal 4 orang sahaja lagi kawan-kawan baik aku kat UUM menghabiskan sisa-sisa hidup kat sini.

Lepas ni mesti aku akan rindu dengan Fennylia Francis si monyet yang superduper nakal,Faridza Hamdan dengan bersinnya,Zahidah Rushdi yang selalu kenakan orang tanpa rasa bersalah,Atiah dengan trademarknya "Kambing!!!!",Mieza Taib pembekal makanan di kala aku kebuluran,Jaswin Rajendiran dengan WUB nya bawa aku p kelas,and Dayat dengan AYAM KFC nya.*sobs*

Dayat cakap "Redha dengan perpisahan ni.Semua sudah di atur Tuhan".Dayat pandai cakap je,tadi aku hantar dia naik bas,dia plak yang beria menangis sampai naik bas pun nangis lagi.Kami semua akan rindu Dayat,macam Fenny cakap "Aku tak pernah jumpa kawan macam Dayat".Ye Dayat,aku pun tak pernah jumpa kawan macam kau...terima kasih sebab sentiasa tabah dan sabar layan karenah aku.Kau dah macam kapten dalam skuad kita,yang selalu guided kitorang kalau kitorang silap langkah.

Sedih menangis meraung sampai keluar air mata Milo pun tak guna jugak.Buat apa nak sedih.Patutnya kita bersyukur sebab kita telah ditakdirkan tuhan untuk dipertemukan lalu membina ukhuwah persahabatan ni.Ya,aku tahu,bahtera persahabatan kita ni selalu jugak tak stabil,tahpape je kan..hehe.Memang tak dapat dielakkan sebab kita semua tak sama,semua ada perangai masing-masing yang kadang2 tak masuk dengan perangai orang lain.konflik sana-sini tu biasalah..tapi Alhamdulillah,persahabatan kita tak pernah putus.Kita tak pernah putuskan rantai yang mengikat kita sebab bagi kita,kalau sekali berkawan,biarlah sampai mati.

Aku tak pernah rasa macam tak boleh nak terima kenyataan bila tiba masa untuk berpisah.Tapi kali ini lain macam.Sakit tahu tak?.4 tahun kat sini aku tak buat banyak kawan.Syukur sangat korang sudi berkawan dengan aku.TOlonglah sahabat,jangan lupakan kenangan kita bersama..aku sayang korang sangat2.

:'(


3 comments:

  1. dan begitu, tamatlah kehidupan kamu bersama-sama rakan karib....

    aku baru perasan yang lepas sekolah, aku tak ada kawan, cuma ada kenalan dan beberapa kekasih. haha.

    ReplyDelete
  2. wuwuuuuuu
    aku baca ni,tingat aku dulu
    dilaaa aku pon rase nk nges ni hahahhaaa

    4 taun!
    4 taun!

    ReplyDelete
  3. nasib baik mung komen..aku laam doh dopgi blog mung..sokmo dop ingat URL..haha.Nak tanya takut kena lessing...sebab bnyak kali doh ekpom ak tanya..haha.

    ReplyDelete