Saturday, May 21, 2011

Sungai Sedim Part 1

 Perjalanan selama 3 jam dari UUM,akhirnya,dapat jugak jejak kaki ke sini.Dari kiri,cepat jalan!!Adila,Fenny and Jaswin.Semua single and available,nak no telefon...just inbox saya ye.

 Pokok-pokok yang nampak macam rare yang ada kat sini semua diletakkan papan tanda nama dengan nama saintifik lagi.Tapi pokok ni macam tak rare sangat.Rasanya belakang rumah aku berlambak neh..hehe.

 Saya dan Fenny di awal perjalanan.Masa ni tak tinggi sangat.Bila dah ada kat tengah-tengah tu,gerun jugak la.Memang tinggi...so tak payah tengok bawah.Pandang langit je.Tapi takdelah takut sangat sebab tak terasa pun macam kau berjalan di atas tempat yang tinggi,rasa macam berjalan atas tanah je.So,tak payah la nak feeling fear factor sangat.Tahap ke"thrill"an aku bagi 3 bintang sahaja.

 Buah apa pun aku tak tahu.Takde pulak diletaknya tanda pengenalan diri.Time ni dah nak turun dah..terserempak dengan monyet-monyet berhidung pink...Jambu gila bertenggek atas pokok sambil makan buah.Monyet kat sini tak samseng sangat macam monyet kat kolej aku.Dah la samseng,gatal plak tu.


 Haaa...ini dia Sungai Sedim.Kalau nasib baik boleh tengok orang tengah ber"rafting" kat bawah.Tapi nasib kami tak berapa nak baik,so takde benda pun melintas time kitorang atas ni.Berdiri atas ni kau kena tahan nafsu untuk melompat terus dari atas masuk dalam sungai tu..hehe.Oh btw,ini kaki Jeswin..nak jugak snap gambar kaki dia kan...hehe.

 Pemandangan dari atas Sungai Sedim.Memang lawa sangat view dari atas ni.Mulut pun tak henti-henti ucap Subhanallah.Kiri-kanan hutan menghijau..sangat alam semulajadi lah.

Yang bercekap pinggang tu speasis monyet dari Sabah,endangered species.So,kitorang nak hantar dia ke habitat asal lah ni.Dia rindu nak jumpa sanak saudara kat sana...hehe.

Keletihan di tengah-tengah perjalanan.Muka masing-masing macam dah lapar sangat.Jalan pun macam nak cepat-cepat je.So,tak dapat snap gambar banyak-banyak.Aku rasa macam tak sampai setengah jam pun kitorang berjalan sepanjang 1 kilometer atas benda alah ni...jadi macam tak enjoy sangatlah.Lagipun tengah excited nak pergi bermandi-manda.Jadi,fikir nak mandi je lah time ni.

Kesimpulannya,siapa yang suka hutan,suka binantang,suka burung-burung..silalah datang kesini.
Kalau tak suka pun boleh jugak datang sini untuk menghayati kebesaran Allah.Series,datanglah wei.Letih aku promote ni..memang tak rugi..hehe.

No comments:

Post a Comment