Saturday, May 28, 2011

Last day at UUM :)

Masih meneruskan saki baki hidup sebagai warganegeri Kedah sebelum esok pagi-pagi bertolak ke Terengganu merentansi banjaran Titiwangsa.Sedih nak tinggal Kedah.Suka tinggal di Kedah.Sayang Kedah sangat-sangat.Tapi begitulah adat kehidupan,terbang tinggi si bangau,hinggap di belakang kerbau jugak akhirnya.Ecewwwaah..ada kena mengena ke..?

So,hari ni pusing-pusing Kedah dan Perlis.Singgah rumah sahabat makan-makan dulu sebelum memborong mangga sampai tak muat nak isi dalam kereta.Mangga harum manis sangat populer sekarang...wajib beli kalau sampai Perlis.hehe.

Azab jugak sebenarnya jadi tour guide ni.Ayah expect anak dia tahu serba-serbi semua jalan kat Utara...sikit-sikit tanya aku,masuk mana ni,masuk mana ni..padahal hakikatnya,aku ni kalau bawak kereta kat Changlun belum tentu boleh lepas dengan selamat.Masuk UUM pun boleh sesat.Iya,saya memang susah sangat nak ingat jalan.Sebelum ni kalau pergi mana-mana orang lain yang jadi driver, saya jadi Boss bersandar kat belakang.Takde inisiatif lansung nak ingat jalan.Tapi Alhamdulillah,jumpa jugak hotel untuk bermalam kat Jitra.

4 tahun menuntut ilmu disini bukan satu masa yang singkat.Terima kasih tuhan sebab bagi aku peluang menimba ilmu kat hutan hujan tropika Sintok ni.Yup,mungkin UUM tak segah U lain kat Malaysia.Tapi,as a student,we are proud coz dapat jadi sebahagian daripada universiti ini.Terasa hebak kemain dapat belajar kat sini .Tapi sekarang dah tamat riwayat sebagai pelajar kat sini.*sobs*.Redha saje la..dah Allah takdirkan sebegini.Ayat cliche nya,setiap pertemuan pasti ada perpisahan..ye dok...?

Dewan Mas.Tempat konvokesyen nanti bulan Oktober.Insya Allah.


Sebelum berangkat pulang..tembak gambar dulu sekeping dua.Bawak family jalan-jalan masuk UUM.Adik macam kagum gila tengok UUM.Wahhhhhh...ada go-kart,wahhhhhhhhh ada padang golf,wahhhhhhhh,ada rusa,wahhhhhhhhhh lawa gila UUM kalah UITM.Bhahaha..well,don't judge a U by it's location.

Sekarang ni tengah memikirkan rancangan masa depan.Serius saya tidak pasti lagi apa yang terbaik untuk masa depan saya.Fikir masa depan pun macam sambil lewa sahaja sebab bajet dapat kahwin dengan orang kaya.Haha.Pastu lepas ni nak kena siapkan resume cepat-cepat sebab rasanya semua dah dapat firm untuk chambering.Aku je yang terkapai-kapai lemah tanpa sokongan.Fikir pasal masa depan memang menakutkan.Sebab rasa macam tak berapa nak sedia lagi nak masuk alam pekerjaan.Bukan benda main-main ni hoi,huwarrrghhhhh,tensionnya.Yes,I have to be strong.Allah put me here,so He know what is the best for me.Kawan-kawan,doakan saya agar dapat melakar masa depan yang cemerlang suatu hari nanti because I already promise my mum that I'm gonna make her proud someday.

Lagi satu selain alam pekerjaan,alam rumahtangga pun perlu dititikberatkan jugak buat masa sekarang ni sebab hari yang bersejarah,chewwah...haha,iya,hari yang bersejarah tu bakal tiba tak lama lagi.Haha.

1 comment:

  1. perghhhh otomatik teringat mangga dkt perlis tu.sedap sedap.

    ReplyDelete