Thursday, April 28, 2011

Bowling and farewell party.


Tadi saya dengan Fenny,Thevan dan Faridza pergi bermain bowling.Pergi main bowling pun nak kecoh kan,haha tapi benda first time ni perlulah kita kepoh-kepohkan.Memang jakun yang amat.Tengok orang lain main..pergh..macam pro je semua.Melompat-lompat aku first time nak lempar bola tu suruh Fenny tolong lemparkan sebab aku takut nanti bola tu melekat kat jari aku,tak nak begolek.Bimbang jugak takut aku yang begolek...bukan bola.Tapi last2..dalam jakun-jakun aku pun,2 round jugak kami main.Tapi,apa yang boleh aku katakan disini...aku memang mempunyai satu kemahiran semulajadi dalam permainan bowling.Walaupun hakikatnya banyak masuk longkang..tapi banyak jugak pin yang jatuh.Not bad la for the first timer.Keh keh...pujian ke atas diri sendiri haruslah melambung,style ustaz Dahlan steady dalam Geng Surau 'bongkak,riak,berlagak'.hehe.Sebab terlalu fokus memikirkan strategi2 nak baling bola tu..makanya takde satu pun gambar yang diambil sebagai bukti aku main bowling.haha.


Ok,perkenalkan ini Cik Moo aku.Cute tak...?aku takde modal nak tulis apa..so upload la gambar ni.Baru menjadi hak milik beberapa hari yang lalu.Nasib terlampau baik..maka aku menang cabutan bertuah time farewell party hari tu.Kali terakhir menang cabutan bertuah adalah sepuluh tahun yang lepas...jadi,Alhamdulillah.

Maklumlah,guna kamera henpon saje..kualiti gambar memang zero..Mata Zainurul Farrah nampak putih je..hehe.
muka paling beriman itu adalah saya...cecari cecari yang mana satu saya.
Tak sampai sebulan lagi nak tinggalkan Hutan Hujan Sintok..Sobs,tak sedih nak tinggalkan hutan tu..sedih  nak tinggalkan orang2 dalam hutan tu je..cepat sungguh masa berlalu,rasa baru je masuk hutan ni,rasa macam semalam je minggu orientasi.

Sayonara my friend...sayonara.

3 comments:

  1. jarang betul bertuahnya yaa

    last skali 10 tahun lepas.


    huhu

    ReplyDelete
  2. itulah...haha kena mandi bunga kot..baru bertuah.

    ReplyDelete
  3. whoahhh syok ada kemahiran bowling semulajadi.kehkeh.lama dah tak men bowling.

    ReplyDelete