Monday, April 4, 2011

Segarang-garang warden asrama aku dulu,takdelah sampai berbunuh-bunuhan.

Aku baru je baca berita ni time kat kedai makan tadi.Lansung tak terfikir sampai boleh bawak mati.Ya Allah,budak tu kecik lagi,anak yatim pulak tu.Cikgu ni apa masalah pun tak tahu sampai nak berbunuh-bunuhan pulak.Budak tujuh tahun kot...kalau budak sekolah menengah musabah la jugak sebab ada jugak yang memang perangai macam setan.Budak tujuh tahun,nakalnya macammana la sangat kan.Akai letak kat mana taktau.Aku harap dia cikgu terakhir yang gila kat Malaysia.Takde sebab lain dah kalau tak gila.Jenis takleh hendle stress..masalah kat rumah,bawak pergi sekolah.


Tapi Hangpa janganla dok kata semua cikgu tu jahat.Sebilangan kecik je.Ayah cheq pun cikgu..tapi tak jahat.Al-fatihah untuk adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee.yang penting dia mengadap Tuhan tanpa sebarang dosa..semoga keluarganya tabah atas kehilangan arwah.Baca sini


p/s:Time aku sekolah menegah dulu,kalau sebut sahaja nama Ustazah Hanison,memang boleh berdiri bulu roma.Warden asrama paling garang kat sekolah aku dulu.Nak nak pulak sekolah agama,perghh..peraturan memang ketat gila.Etika pemakaian memang semua budak paham.Jarang sangat budak2 tak patuh kalau bab-bab pakaian.Pernah jugaklah tengok budak perempuan kena rotan dalam Musolla..tapi dah lupa sebab apa.Paling kejam aku pernah nampak dia suruh budak-budak berjalan itik dari pintu pagar asrama sampai ke bilik,waktu maghrib dalam hujan renyai-renyai.Sadis oh.Banyak lagi sebenarnya..tapi aku dah tak ingat dah.Pastu Tingkatan 4 aku cau belajar kat sekolah biasa.Tingkatan 4 sampai Ting 6.Heaven gila.Malam2 panjat pagar beli Meggi kedai seberang jalan.Warden ada macam tak wujud...keh keh keh.



1 comment:

  1. huhuhu terbaca jugak berita pasal ni pagi td.Al-fatihah.uuuu menakutkan betul cikgu tuh.

    ReplyDelete