Friday, April 1, 2011

Daripada awak layan saya macam chickenshit apakata awak bagi tahu saya apa salah saya.Sungguh saya tak faham,sekejap2 awak boleh bergelak-gelak ketawa dengan saya.Pastu jam yang berikutnya awak layan saya macam nak tak nak je.Iye.macam saya tak wujud.

Atau awak terasa hati sebab saya terasa hati dengan awak?Tapi awak tahu ke saya terasa hati?Bila saya terasa hati dengan awak,tak bermakna saya betul awak salah.Saya tak pernah cakap macam itupun.

Memang saya sedih.Itu perasaan.Kalau tak boleh nak tahan,saya menangis.Takde orang tahu saya menangis,sebab bila depan awak,saya cuba jugak ukirkan senyuman paling manis.Cuba sembunyikan hiba dihati sehabis baik sebab ini masalah saya,tak perlulah nak membebankan manusia sekeliling.

Sungguh saya keliru.Sakit tau.Lagi sakit bila awak tu orang yang saya sayang,dan saya akan sayang sampai akhirat.

Kalau memang saya salah,maafkan saya.Itu sahaja yang mampu saya minta.

No comments:

Post a Comment