Monday, February 7, 2011

Lecehnya bercouple.

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.(p/S:Korang reti tak jawab salam satu Malaysia camne?)

Entry kali ni berkisar tentang alam bercouple-couple-an.Couple-couple ni kan dah jadi trend sekarang ni ,errrrr jap aku nak tanya kenapa ye kalau aku buat introduction untuk entry ia akan berbunyi agak lame dan pathetic sumpah aku memang tak pandai gila nak buat intro dan perkara ini diakui sendiri oleh Cikgu Hanisah yang mengajar aku subjek Bahasa Melayu masa Form 6 dulu.

OK dah..actually point-point kat bawah aku ambik dari blog anak Pak Man.Silalah ke blog beliau ye,kalau nak tahu dia punya point of view pasal isu ni.Aku ni pandai rembat ideal orang je nak tulis blog.Hehhe...


Reason #1: Berdosa
Tak payah la bagi alasan cliche cakap "alaaa...couple je kott,bukan sentuh sentuh pun".Konon-konon tak berdosalah kan..ye la,I couple je la,bukan buat maksiat pun.Memang la tak buat maksiat,tapi couple couple pun tetap berdosa la.Even couple itu sendiri pun maksiat lah..jangan banyak cakap OK.Point no 1 memang kena setepek atas muka sendiri.Tapi kalau dah tahu berdosa kenapa still nak couple eh..?

Reason #2: Loss of Freedom
-Henpon kena sentiasa ada ditangan,tak boleh off tak boleh silent.Nanti kang kalau BF SMS ke,call ke pastu kita tak jawab jenuh la nak menjawab.
-Aktiviti FB sentiasa akan dikawal.Takleh tengok kita komen status lelaki lain sikit,mulalah nak kena bersoal siasat.
-Ada yang lebih parah bila BF tak bagi kita contact dengan bestfriend kita sendiri.Bukan sebab apalah..sebab bestfriend kita tu kan lelaki,mesti ada jugak hormon-hormon jeles merembes bila tahu kita duk SMS ngn bestfriend kita 24/7.Nak nak pulak bestfriend kita tu jenis yang tak paham bahasa.Kalau cakap takleh nak SMS sebab tengan SMS ngan BF,mulalah nak keluar ayat-ayat poyo dia "awak tak sayang saya dah sekarang","awak dah ada BF terus lupakan saya".Bestfriend macamni problem jugak sebenarnya.Asyik nak kena jaga hati dia je,pastu hati kita yang rasa bersalah sebab tipu BF sendiri tak reti pulak nak paham.Aku bold ayat ni sebab ni ada kaitan dengan aku.Hummmphh..puas hati.Tehheeee...

Reason #3: Habis duit.
Pergi CMart nampak boxer cun,"huhu,I nak bagi pakwe I la".Pergi padang besar nampak jersi Arsenal "I nak beli untuk pakwe I la".Tu belum kira bab topapmenopap lagi.Tapi kalau bab duit ni takde masalah sangat la bagi aku.Sebab bapak aku kan kaya..eceh,nak kena lempunkk jugak budak ni.Takla,maksudnya aku pun jarang beli barang untuk si dia.Dia pun jarang belikan aku apa-apa.*sobs*.Eh takla..I tak sedih pun..paham la kan,dia pun study lagi.Takkanlah nak berhabis duit untuk aku pulak.Logik la skit kan.

Reason #4: You Lose Friends
Entah,point ni macam takde kena mengena sangat dengan aku.Antara kawan dengan teman lelaki,KAWAN tetap no 1.Tapi bila dah couple of course la kan,masa kau spend dengan kawan-kawan pun akan berkurang.*sobs*Ye la,dulu kau dating dengan kawan-kawan..sekarang kau dating dengan boyfriend.Dapat kawan yang supporting habis takpelah..cuba  kalau dapat kawan yang emosional lebih,mesti dia sedih.Eh tapi takpe...aku jenis kawan yang supporting habisssssss...!!

Point-point yang aku tulis kat atas ni takde kena mengena dengan sesiapa secara spesifik apatah lagi dengan BF aku sendiri.Ini pendapat aku secara general.Cakap ikut pengalaman orang-orang sekeliling aku je.Itulah kalau boleh aku tak nak couple lama-lama.Rasa macam esok nak kahwin je terus.Tapi kahwin ni bukan kerja mudah derr.Bukan macam main-main masak bawah pokok jambu masa kecik-kecik dulu.Bab-bab agama kena mantap dulu,bab-bab  kewangan pun kena kukuh.Pastu nak kena belajar masak lagi..nak kena tahu camna nak bergaul dengan bakal keluarga mentua lagi.Macam-macam lah.Sekarang pun BF aku pun asyik duk tanya pasak skill masak aku.*sobs*.

Ok la sampai bertemu lagi di lain entry.Byeeeeeee

Ehehe,bajet blog dia ada pembaca setia letteeeww..

OK dah..Bye.

Love you!


2 comments:

  1. Kapel mmg jgn lama2....tak baekk....tgk mcm si jebat....6 bulan lepas tu nikah....bercinta lepas kahwin...ahakz....best ggiler...( tak le giler derrr...)

    ReplyDelete
  2. ingatkan lepas kawen jadi gile tadi..hehe

    ReplyDelete