Tuesday, April 5, 2011

Love Will Find a Way

Baru sahaja habis menonton Ketika Cinta Bertasbih 2 dari laptop untuk kali kedua.Masha Allah,sangat-sangat best and hell yeah,I cried :').Kenapalah baru hari ini terbuka hati nak tengok cerita ni.Sebelum ni ada kat my document pandang sebelah mata je.Tengok tajuk pun macam tak selera sebab expect ceritanya macam taipikal filem cinta jiwang jiwang.Pastu hari ni macam takde kerja sangat,sebab assignment Evidence dah siap,maka berjoli sakan tengok GLEE berkali-kali sampai rasa macam nak muntah..padahalnya nak cakap,berlambak lagi assignment yang tak siap.Cuma saya ini seorang insan yang berdasar tak sedar diri,kita tolak tepi dulu semua tu.Procrastinate now and panic later,itu motivasi saya hari ini.pehh..bodohnya perempuan ni.

OK,mari kita bercakap pasal filem ini,walaupun rasa macam tak relevan dah nak bercakap pasal ni sekarang sebab sekarang orang duk sibuk cakap pasal ANU DALAM BOTOL...eh,sorry tertekan shift.Malas nak delete balik.Sebab saya tak tengok KCB1,makanya saya tak tahu apa yang terjadi dalam cerita tu.Tup tup,dalam KCB2 Anna Althafunnisa nak kahwin dengan Furqan.Pastu baru saya tahu,Si Azzam ni ada hati sebenarnya dengan Anna.Ending ceritanya,Anna kahwin dengan Azzam jugak.Part  bila dengar Azzam setuju menerima dia,terus Anna sujud syukur..Ya Allah,saya pulak yang rasa bahagianya.:,).

Kenapa saya cakap best?

1)Dialog yang dituturkan best,hehe..sebab mungkin dalam bahasa Indonesia.Tahu2 je la kan,Bahasa Indonesia ni kan kedengaran agak puitis.Feeling jugaklah dengar..walau tak tengok subtitles,still boleh paham.
2)Pelakon-pelakon yang comel. :) Even pakai jilbab pun,cantik,sedap mata memandang.
3)Latar tempat filem ini yang kebanyakannya di kampung.Saya suka :)
4)Penuh dengan Nilai-nilai murni.Contoh,watak Azzam yang sangat hormat ibunya.Patuh dan taat,lebih2 lagi bila berkaitan dengan mencari jodoh.Ye kawan-kawan,redha ibu bapa tu sangat penting.
5)Mesej yang cuba disampaikan adalah CINTA.Tapi cinta bukan sebarang cinta,cinta ini cinta instimewa.Cinta menuju jalan Allah.


lawa :)

 pun lawa jugak

Tak pasti pulak kalau kat Malaysia ni pernah ada cerita berunsur Islamik macam ni sebelum ni.Mungkin paling best pun Nur Kasih la kot.Nak buat filem camni,tak perlu pelakon lawa over the top pun.Macam Anna tu pun,takdelah lawa mana,hehe.Keji sungguh perangai cakap orang tak lawa.Lawa tu lawa,tapi takdelah HOT sangat kan.Dan tak perlulah jugak scene masuk keluar disco nak dakwah orang .Buat biasa-biasa sudah....asalkan mesejnya sampai..terkesan di hati,gitewww.

tak semena-mena rasa jijik tengok gambar kat atas.


OK la,bye.

4 comments:

  1. huuuu.aku masih dara cam yeks sikit.tp ashraff muslim hensem.kihkih.

    ReplyDelete
  2. no doubt Aku Masih Dara Suck!... I hate it...
    right now watching Waiting for superman... a documentary.. :)

    ReplyDelete
  3. cerita keagamaan indonesia sgt indah bahasanya

    ReplyDelete
  4. seribu kali yekkksss...tak suka ah ashraf muslim,huhu.

    ckoe..amende tu...?

    dela:yup...stuju donk.

    ReplyDelete