Friday, February 25, 2011

Kena Tarbiyah,ehe.

Sesiapa yang rapat dengan aku mungkin perasan atau tahu pasal status Facebook aku yang agak macam gampang bunyinya,atau dalam erti kata sopan sikit,agak tak sedap untuk didengar.Salah FB tu jugak,dah dia tanya,what's on your mind kan,jadi aku tulis je la apa yang sedang ada dalam palotak aku time tu.Dan memang itulah yang berada dalam fikiran aku time tu.

Tadi,aku pun mengadu la pada sahabat baik aku pasal status kawan FB aku yang aku rasa sangat jelas terang lagi nyata menyindir aku secara puaka lagi celaka.Bahana dari status dia,aku telah mengalami kemurungan melampau sampai kalau orang cakap nak belanja aku makan kat TGI Jumaat atau Pasar Ikan Manhattan pun aku akan tolak mentah-mentah.Memang aku naik angin,dan aku counter attack.Maka tercetusla perang2 status yang dashat 9 skala ritcher yang mana aku dan dia je la yang paham kalau dia tak paham tu maknanya dia tu tak reti bahasa la kan.Sungguh aku cakap,aku bukan baik sangat.Jadi kalau kau sangka aku nak berdiam diri kau memang silap lah.Silap besar.

OK,berbalik kepada cerita macammana aku ditarbiyahkan oleh kawan aku tadi tu.Dia cakap baik-baik,larang aku post status-status macam tu lagi.Mulanya aku nak memberontak jugak sebab apa aku kena mengalah.Orang lempar kita sampah,tak salahkan kalau kita suap dia dengan tahi?Dia cakap sebabnya satu je,status-status macamtu secara tak lansung boleh mengundang fitnah.Meh aku bagi contoh status aku sebelum ni

Perangai kau ni macam babi.Pengecut.Cakap belakang je pandai.

Kau rasa apa yang orang lain akan fikir bila baca status macam ni.Dia ni bergaduh dengan bestfriend dia ke..?Atau,"ooo,mesti dia cakap kat Minah tu kan yang suka cakap belakang",ataupun "Eh,memang betullah,minah tu memang suka cakap belakang pun".See,banyak andaian yang boleh dibuat kan.Andaian yang berbetuk fitnah.Padahal aku tak tujukan status tu kat minah tu pun.Biarpun aku tak petik nama sape2 dalam status tu,tetap aku salah.Sebab apa,sebab aku yang menjadi pencetus berlakunya fitnah ini.

Dan contohla katakanlah kan kan kan..minah tu tetiba terasa "Eh,macam dia cakap kat aku je",kau rasa dia diberi peluang ke nak defend diri dia.Orang lain hanya akan dengar kisah sebelah pihak yang lain je la kan.Dan kau rasa itu adil ke..?Lagi satu,apa jugaklah motif kau kan nak  attack orang melalui status Facebook,nak rekrut orang suruh benci minah tu ke..?Itu pengecut namanya..pengecut.Aku tak cakap kat kau la..kat aku pun sama,kena betul-betul atas batang hidung sendiri.

Facebook is suppose to be a fun place la..bukan zon nak attack2 orang.Perangai Yahudi semua tuhh..chewaah.Aku sekarang dah lega dah.Malas nak fikir ayat apa aku nak tulis nak sakitkan hati orang.Tak berbaloi.Kalau dah sakit hati sangat dengan sape2 aku akan cepat2  deactivate akaun FB untuk seketika.Dah pengecut sangat nak bagitau depan-depan,kau telan je la.Ahaha.

Disclaimer:Maafkan aku kalau entry ni mengguris hati banyak pihak.Chewaahhh,bajet blog gelemer ramai orang baca.Hehe,takdelah..sebenarnya aku tulis apa yang sahabat aku cakap tadi je ni.Yang keluar dari mulut dia dan masuk dalam telinga aku.Kalau berguna,Alhamdulillah ambiklah sebagai pengajaran.Aku ni siapalah kan nak tarbiyah orang.Kalau tak setuju,tepulang.Aku mungkin akan pilih jalan selamat.Tak mau lagi dah buat benda ni.Nama mak bapak nak kena jaga beb.

OKBYE

2 comments:

  1. kira fameslaa jugak bila ranking traffic blog mu adalah yang ke 19,077,356 dalam dunia ni..hehehe...

    aperpun, part yang paling ak nak tergelak dalam citer mu ni, bab dia ckp mu bt fitnah.. nasib dia xbwk kes ke court.. kompem kes kena strike out!.

    aperpun be strong.. ak pernah gak perang status!. last2 amik ko! muka pn xmo tgk dah skrg.. peace!

    ReplyDelete