Friday, February 25, 2011

SMS from a friend.

Jika penat memikirkan masalah dunia,maka berwuduklah,tika kamu buntu mencari penyelesaian maka berdoalah.Tike bersedih dengan sesuatu maka sujudlah.Ikhlaskan semuanya kerana Allah.Agar sentiasa tunduk disaat yang lain angluh,agar teguh disaat yang lain runtuh,agar tegar disaat yang lain terlempar.
Terima kasih kawan kerana selalu ada,tak tinggalkan walau mungkin takde sesiapa yang sokong aku buat masa ni.Yang tunjukkan mana betul mana salah bila otak aku tak boleh berfikir secara rasional lagi.Yang selalu cari cara penyelesaian untuk masalah aku.Yang redakan kemarahan yang merajai hati aku.Yang tunjukkan aku kekhilafan aku.Yang menyokong aku kalau dirasakan aku berada di pihak yang benar.Yang sanggup bangun tidur pukul 1 pagi semata-mata nak dengar cerita aku.Dan yang segala-galanyalah tak larat nak sebut satu-satu dah la aku tak pandai dah nak karang ayat apa lagi dan ingat nak berpuisi tapi macam tak jadi hahha.

No comments:

Post a Comment