Friday, December 17, 2010

Euww...


Rasa-rasanya kalau korang tengok gambar kat atas dah dapat agak kot kat mana tempat ni.Kat mana lagi kan kalau bukan di India,atau lebih spesifik lagi di tebing Sungai Ganges.Tengok air pun macam dah euww..euww,hehe..tapi dorang pulak selamba je boleh mandi-manda,basuh baju,gosok gigi bagai.Padahal kat sini lah tempat orang berak,orang kencing,orang buang abu mayat,orang buang mayat,pastu ditambah lagi air sungai pun macam tak mengalir sangat,jadi sila imagine sendirilah kan macam mana rasanya air ituuhh.

Tempat ini dinamakan Varanasi,lebih kurang macam tu la..correct me if i'm wrong.Malas nak google wiki.Ini pun terasa nak buat entry sebab tadi tengok History Channel pasal tempat ni.Pastu nak tengok lagi gambar-gambar ekstrim yakni gambar-gambar mayat terapung dengan pelbagai gaya sila tekan sini.Pertama kali tengok gambar mayat-mayat terapung tu,aku pun hairan,apasal banyak sangat mayat nehh,dorang kena bunuh ke..?atau memang bunuh diri..?.Dan tadi aku tengok dalam TV,dia cakap ada sesetengah mayat dorang tak bakar,main campak je dalam sungai.Eh,lupa nak bagitau,kat sini jugak memang tempat pembakaran mayat.Api kat sini sendtiasa menyala means akan ada je mayat yang akan dibakar.Mayat yang dibakar hanyalah mayat yang memang mati diusia tua.Semasa dibakar tu la,mereka akan mencapai tahap Moksha..(jangan tanya aku Moksha tu apa,kalau kau pernah belajar form 6 mesti kau ingat perkataan ni time belajar Tamadun Dunia kan...?)mayat kanak-kanak,perempuan,mangsa patukan ular,orang alim mereka takkan bakar tapi terus main campak je dari dalam bot untuk menjadi persembahan kepada tuhan mereka.Lebih kurang macam tu la..


Kawan aku yang pernah belajar kat India pun ada cakap,kat India ni memang kotor.Dengan jalan yang berdebunya.Debu tu satu..busuk dengan tahi lembu tu satu.Pastu pernah satu kali ada traffic jam sebab ada pakcik ni berak tengah jalan.Tengah OK.Open air gitu..pehh.Dia cakap lagi,jalan-jalan kat India,kalau tak jumpa babi memang tak sah.

5 comments:

  1. Eiiii...kotoq nya....leh ke depa ni jadi pembersih sket...ishhhh

    ReplyDelete
  2. hoooooo.artis bollywood duk tang mana kotnye lah kan.

    ReplyDelete
  3. hahah.dah segala mcm dah becampur kat sungai tu ye.adeh.

    ReplyDelete
  4. jebat..ntahla..dorang ingat mandi tu makin bersih la kot..padahal rasanya makin kotor ada la..

    shah rukh khan duk kat mumbai kot..dekat2 taj mahal..hehe,memandai je aku.certain part kat India OK je kot,maju lagi..y ni tempat org2 miskin maybe.

    tau takpe..hairannya dorang ada lagi nafsu nak mandi kat sini buat terjunan tarzan lg tuhh..uweek.

    ReplyDelete
  5. Heard about it too. Tapi derang boleh mandi-mandi semua kat situ kan? Lepastu kalau ada orang macam kena bunuh ke apa, senang la kan. Campak je kat situ. Teruk kan.

    Cantiklah belog awak!
    Likes banyak-banyak!

    ReplyDelete