Friday, March 16, 2012

It's OK to cry.

 



Hari ini ialah hari yang sangat memalukan.Boleh pulak aku pergi menangis kat ofis.Sebelum ni, pernah la jugak menangis.Tapi hari ini, aku menangis...ramai la pulak yang nampak.Air mata macam paip rosak.Tak boleh nak stop.Nangis dalam toilet pulak tu.Malunya...rasa macam dah tak nak datang kerja dah minggu depan.

Salah satu puncanya adalah hari ni kena marah dengan bos  sebab salah buat kerja.Pastu bos cakap nak hantar aku pergi kerja kat KL sebab staff kat KL tak cukup.Tapi aku rasa tu bukan sebab-sebab utama aku menangis tapi sedikit sebanyak menyumbang jugaklah.Memang sejak chambering ni aku selalu menangis.Tapi bukan masalah kerja.Serius...kerja tak stress sangat pun.Tapi ini  lebih kepada masalah peribadi yang melibatkan hubungan aku dengan seseorang.Sebab dah lama terasa hati dan makan hati, hari ini empangan air mata pecah jugak.

Sekarang aku dah tak sabar nak habiskan tempoh chambering aku pastu blah cari firm lain.Firm sekarang bukan tak best...tapi demi menjaga hati aku dan dia, aku rasa jalan terbaik biarlah aku sahaja yang mengundur diri..pehh,ayat drama sangat.Tapi tak tahu kalau kat firm lain aku boleh jumpa lagi ke tak staff-staff yang baik hati macam kat tempat kerja aku sekarang.


Untuk awak, terima kasih banyak-banyak kerana selalu buat diri saya rasa tak berguna.Sedikit-sebanyak boleh ajar saya jadi bertambah kuat dan keras.Mungkin dengan merendah-rendahkan orang lain boleh naikkan motivasi awak,saya pun tak tahu.Mungkin jugak ada benda yang perlu awak buktikan pada saya.Tapi sekurang-kurangnya itu dah  buat mata saya celik.Orang yang kita rasa tak akan layan kita macam tu itulah orang yang kita tak pernah sangka boleh buat kita menangis sampai terduduk.

3 comments:

  1. dilla, tempoh chambering selalu berapa lama eh?

    ReplyDelete
  2. its okay menangis. at least buat awak lega lepas tue. saya pun pernah nangis kat tempat kerja. cheers! :)

    - Senyap

    ReplyDelete
  3. 9 bulan iman...sory lambat reply

    emi...hihi..manjenya laki mennagis.tak macho lansung

    ReplyDelete