Saturday, March 3, 2012

Faridza Hamdan

I forgot my bestfriend birthday..huhu.So sorry Farid.Aku ni memang.Kalau bab mengingat tarikh lahir fail sikit.Lagi satu, aku ni jenis tak suka pulak nak letak reminder dalam handphone.Memang takde effort lansung nak ingat birthday orang.Nasib baik ada Facebook...hihi.Padahal kau dah bagi hint kat status FB,siap tag nama aku lagi..Haha.Nasib kau memang malang la dapat kawan macam ni.

Sebenarnya kan semalam,aku jumpa birthday card.Aku pun lupa birthday card tu untuk siapa.Jadinya, aku cuba lah mengingat-ingat birthday siapalah yang paling dekat supaya aku boleh send card tu kat siapa-siapa je la.Yang terlintas kat fikiran aku time tu birthday Fenny je.Maybe sebab kitorang memang tak pernah miss kot celebrate birthday dia..hehe.Tapi dia lambat lagi,bulan 7.Bulan ko dilahirkan pun aku boleh lupa..teruk kan...?

Tahun ni takde aktiviti mendera perasaan macam tahun lepas.Takde kereta yang akan terjun tasik Jitra.Takde kuda dalam kontena.Takde kek Secret Recipe dari kami.Takde air mata darah.Takde drama air mata Fenny nak bunuh diri...& takde THEVAN,ZAHID,FENNY,DAYAT & AKU :'(

Serius,aku rindu nak sembang-sembang dengan ko.Rindu pagi-pagi  nak tengok kau tidur atas katil sebelah (Haha...),rindu dengar ko ketuk pintu bilik aku tanya roomate aku balik ke tak,rindu bau AGN...rindu sessi tengok movie sama-sama,rindu bergosip,rindu pergi pasar malam dan kena kejar anjing, rindu dengar bunyi kau bersin,rindu nak terserempak dengan ko lepas masuk bilik air...memang rindu lain macam la.Tapi yang sebetulnya...rindu sama kau!!!!!!!!!

Ya Allah,panjangnya aku membebel...padahal nak wish birthday je pun.Faridza,umur kau dah genap 24 tahun.Satu tahun lagi, cukuplah suku abad kau duduk bernafas hirup oksigen atas muka bumi ni.Sesungguhnya, aku sangat beruntung sebab kita pernah jadi kawan.Mungkin aku dengan kau macam langit dengan bumi.Ntahla...aku rasa kita ni macam banyak je perbezaan.Walaupun aku dah agak lama kawan dengan kau, tapi kadang-kadang tu kalau ada aku je dengan kau,aku rasa macam ackward gila.Pastu aku call la Dayat suruh datang bilik aku sembang sama-sama.Hehe...bukan apa..aku takut kau bosan dengan aku.Sebab tu aku panggil dia sekali...untuk menjernihkan ke"ackward" an tu.Tapiiiiiiiiiiii....sepanjang aku kawan dengan kau, banyak benda aku belajar.Walau pun kadang-kadang banyak jugak kau ajar aku benda tak berguna contohnya makan nasi dengan garam..makan nasi letak air batu..errrr,camtu eh?Aku pun dah lupa.Dulu kalau ada ko,kau selalu update aku dengan berita-berita artis artis antrabangsa.Ajak tengok Glee..How I Met Your Mother la.Pastu sampai sekarang kalau aku dengar lagu pelik-pelik kat radio terus aku ingat ko.Sekarang ni, memang lain lah.Aku dah takde orang-orang yang awesome macam kau and the gang.

membebel lagi................Ok Ok,dah nak habis dah.Sikit je lagi eh.

Di hari yang mulia lagi barakah ni, aku harap kau sentiasa dalam lindungan dan rahmat ALLAH.Ingatlah...setiap benda yang kita lakukan haruslah ada redha Allah..(masuk mode Ustazah la plak..hihi).Satu lagi kan,kau pernah cakap yang kau jeles dengan orang lain yang dapat buat benda yang mereka suka, sedangkan kau tak.Kau fikir positif je la eh.Mungkin ada la tu sebab Allah campak kau buat benda yang kau tak suka.Manalah tahu...lama-lama kau suka ah.Ni nasihat untuk diri aku jugak.

Aku tak nak bagi kau tertipu dengan wish kau semoga panjang umur sebab umur kau memang Allah dah tetapkan di Luh MAhfuz.Realitinya,umur kau memang memendek la setiap tahun...hehe.Memang tak akan panjang umur tu..betul ke...?Aku rasa la..wallahualam.Tapi aku sentiasa harap, dalam kau meniti umur kau di hari-hari yang mendatang, kau sentiasa ingat aku sebagai salah seorang kawan kau,(ingat Allah tu memang No.1 ) la,hehe.

Ye lagi 1 Cik Nurul Faridza Binti Hamdan,jomlah kahwin bulan 3 tahun depan........nanti insya Allah,kita dapat anak sebaya.Boleh kenen2 kan mereka bila dah besar nanti.Acane...?OK tak..?

P/S:Dah macam luahan perasaan pulak.Kau tak akan jumpa entry ni unless you google your name..Harap kau tak jumpa ah...hehe.Ok bye.

2 comments:

  1. dilaaaaaaa.....terharunya aku ngan post ni..huhu...honestly, aku tak take offense pun ko lupa bday ak...yg status aku tag pn sbb ak teringat ko n kwn2 yg lain...rindu giler okayyy...huhu...serius rindu gak ngan ko n dayat...huhu....lama dah tak gelak2 gosip2 ngan ko..takde dah nk pikir mana nak makan smbil pusing roundabout..huhuhuhu....bersyukur sgt aku jmpa ko and kwn ngan ko..have really a lot of fun together.. =D sorry la kalo aku ada buat ko tak selesa ke, awkward ke..ak ni memang pelik skit...hehehe...sayang sama kamu!

    btw, nasi campur air sejuk makan ngan ikan masin la..bukan air batu...hahaha... XD

    ReplyDelete