Thursday, March 29, 2012

30 Minit Ustaz Don


Kali pertama tengok 30 minit Ustaz Don dah jatuh cinta dengan dia."Dia" disini ialah dia apabila sedang menyampaikan ilmu.Tak terlalu serius sampai boleh bawak mengantuk dan bosan, dan tak terlalu lawak sampai boleh ketawa berdekah-dekah.Sesedap rasa je.Ditambah pulak dengan slang utara dia.Kadang-kadang tak suka jugak kalau ceramah agama terlampau kelakar sebab nanti lebih banyak ketawa tapi ilmu tak berapa banyak nak masuk.Housemate suka Ustaz Don sebab dia hensem -___-",hew hew.Tapi tak tahu apa status Ustaz ni..dah bertunang kot.Untunglah siapa yang kahwin dengan dia,dah la bnyak ilmu,peribadi mulia pulak tu.


Jadinya nak cakap, agak rugilah kalau sekali sekala kita tak meluangkan masa dengan Ustaz Don.Saya yakin, sekali dengar pasti nak lagi.

Sekarang pun dah selalu bukak TV Al-Hijrah sebab housemate suka sangat.Jadi saya pun tumpanglah jugak sekaki dua kaki.Alhamdulillah, banyak manfaatnya walaupun rancangan banyak ulang-ulang..hihi.Lagu tema pun best.comel je budak perempuan pakai tudung pink tu :P

ctrl+c & ctrl+v from http://islividish.blogspot.com/

Kerana apa jatuh sayang sama Ustaz Don?

- dengan hanya mendengar saya dapat menggambarkan keperibadian akhlaknyasewaktu penyampaiannya selama 30 minit itu (bayangkan saya orang buta yang tak pernah melihat Ustaz Don) Allahuakbar!

- setiap kali di awal rancangan, Ustaz pasti akan minta maaf dan mengharapkan teguran membina daripada para alim ulama ustaz ustazah di luar seandainya beliau ada tersalah dalam penyampaian. Kerendahan hatinya, menghormati mengharap pandangan ustaz ustazah yang lebih berusia dan berilmu dibandingkan dirinya memandangkan ustaz don usianya muda..Subhanallah.

- Unsur humor yang menceriakan membuatkan mereka yang baru berjinak- jinak dengan program agama tertarik untuk mengikuti butir- butir ilmu daripada ustaz. 

- Tutur kata jelas, terang, mudah difahami sesuai untuk semua golongan termasuk kanak- kanak.

- sangat memberi respon yang bijak dengan pemanggil di talian. Siapa pernah dengar rancangan ni, tentu tau respond ustaz yg saya maksudkan






3 comments: