Saturday, February 4, 2012

Adura Awang

Pagi tadi Dura telefon.Itupun lepas aku mesej dia pukul 2 pagi semalam.Kalau tak,haram nak telefon aku balik.Adil la kan,aku pun macam haram jugak nak call dia.Rasanya dah macam berbulan-bulan aku tak dengar suara dia.Pukul 10 pagi dia call aku.Aku tengah mamai lagi.Kah Kah.Dia pun perasan kot suara aku macam orang mabuk  jadi terus sound...

"Allah Dila,anok daro gapo la pukul 10 dop bangun lagi ni...pot pet pot pet"Macam mak nenek.Hehe.Itulah Dura yang aku kenal sejak aku Form 6 lagi.Tak pernah nak berubah,membebel je.

Masa Form 6 dulu,kami memang bestfriend.Sama-sama nak jadi cikgu.Sama-sama nak masuk UPSI.But unfortunately dia dapat masuk UPSI,aku tak :'( Takpelah,at least aku pun masuk U & dah graduated pun dan dalam bulan 5 or 6,dah boleh diterimasuk sebagai peguamcara peguambela pun.Alhamdulillah for the great opportunities that Allah gave me.

Dura dah nak jadi cikgu pun tak lama lagi and I told Dura that I want to be a teacher too like her.Pelik sangat hari ni tak macam hari biasa,dia plak yang bersungguh-sungguh suruh aku jadi cikgu.Haih.Padahal sebelum ni bukan main lagi marah kalau aku cakap aku nak apply for DPLI.

Lepas sembang dengan Dura,aku cakap dengan ayah aku yang aku taknak jadi lawyer, kalau office aku sekarang nak retain aku pun,kalau boleh aku tak nak.Aku cakap aku nak CIKGU.Ayah aku terus sound tepat atas hidung "Ingat senang ke nak jadi cikgu sekarang ni.Cikgu sekarang berlambak dah kat atas bumi Malaysia ni tau?"Haha.Biarlah,try la dulu.Mana tahu ada rezeki..ayah ni pun.Bukan nak bagi semangat pun.

Lagi satu,aku dapat tawaran untuk jadi law lecturer kat private university di Kemaman.Aku goole la college tu punya course apa and basically course kat sana semua pasal maritime je and ada satu course tu "Bussiness Law".Haha..berangan la kau nak jadi lecturer bussiness law.Bussiness Law ni adalah antara salah satu subjek yang aku paling tak suka.Aku rela lagi menghadap Criminal Law dari Bussiness Law.Tahpape.So,I guess i have to reject the job offer la for now.Mahu porak poranda kalau aku mengajar budak-budak Maritime ni.

Jadinya sekarang aku pun tak tahu aku ni nak jadi apa.Apa yang penting seakrang aku kena kebalkan diri dengan segala jenis stress yang datang dari depan dan belakang,kiri dan kanan.Kerja apa-apa pun sebenarnya susah.

Susah betul bila dah dewasa.

623/06/07 dalam kenangan
penulis tiada dalam gambar

p/s:Saje je title post letak nama Dura.Kalau dia google nama dia,jumpalah dia dengan blog saya ini.Hai Dura!!XOXO

No comments:

Post a Comment