Thursday, December 29, 2011

Ombak Rindu VS Tentang Dhia

Ombak Rindu:Tengok kat office dengan officemates.Bos datang lewat,so apa lagi..tutup pintu bilik rapat-rapat & off lampu.Konon ambil feel.Sikit je lagi kami nak pasang projektor & pergi beli popcorn buat panggung wayang sendiri dalam ofis.Hew hew hew!Yang peliknya,takde pulak rasa macam nak nangis tengok Filem ni.Serius..gelak ada la bila tengok Azizah Mahzan berlakon.Seriously,kenapa dia perlu berlakon sampai macam tu sekali.Macam overacting sahaja dari pandangan mata kasarku.Dan dari mata kasarku jugak,dapat ku lihat Lisa Surihani sangatlahhhhh...auwww,comel and very the talented one la i told you.

Tentang Dhia:Drama favaorite aku & housemates.Lepas maghrib maka berkumpullah kami di ruang tamu memakukan mata ke kaca Tv jenama Fujitsu yang hidup segan mati tak mahu iteww -__-".Tapi last episode kitorang tengok kat rumah masing-masing sebab semua balik kampung.Agak terkilan sedikit di situ.Sampai rumah,berebut dulu dengan Maa,sebab dia nak tengok Nada-nada Cinta.Mak memang jiwa remaja..ehe.Ending ceritanya memang superb.Aku jangka Dhia sorang je mati,rupa-rupanya suami isteri dua-dua sekali go.Sweet betul mati sama-sama.Tapi aku harap sangat Mak Zikir tu jadi gila ke...nenek dia tu strok ke..Zety tu kena langgar ke sebagai balasan dorang dera Dhia,tapi takde la plak.Frust la jugak sikit.Anyway,drama ni berjaya buat aku menangis dengan teresak-esak..Ngeeeeeeeee!Sampai sembahyang pun aku menangis teringat Dhia...berdosa betul-__-".

p/s:Maya Karin,Nora Danish and Tasha Syila look so beautiful wearing hijab :) Boleh jadi model Muslimah.

No comments:

Post a Comment