Wednesday, August 3, 2011

Joke of the day :)


Tadi pergi mahkamah,tetiba ada seorang pakcik tu buka pintu mahkamah,jenguk kiri-kanan,pastu bagi salam.

"Assalamualaikum".

image

and I was like.."errrr pak cik..pakcik biar betol
Gaya bunyi salam macam masuk rumah orang nak beraya.Dahlah kuat bukan main suara dia.Hewhewhew.Aku terus pandang lantai...ketawa.Dalam mode silent.

Hehe,so entry kali ni just nak share something useful la untuk sesiapa yang first time kena hadir mahkamah..or untuk siapa2 lah yang nak buat lawatan sambil belajar ke mahkamah.Yang penting nak bagitau kat sini ialah...masuk mahkamah tak perlu bagi salam OK.Hehe...jahat betul aku ketawakan pakcik tu tadi.Sorry pakcik..tak tahan sangat..nak kena gelak jugak.


  • Sebelum memasuki Mahkamah Terbuka sila pastikan telefon bimbit, alat kelui dan lain-lain alat elektronik yang boleh menghasilkan bunyi dipadamkan.
  • Sila berada di dalam Mahkamah sebelum persidangan bermula. Jika Mahkamah telah bersidang, untuk memasuki mahkamah sila tunduk hormat selepas membuka pintu dan ambil tempat duduk. Jika perlu keluar semasa Mahkamah sedang bersidang, sila beredar dengan senyap, tunduk hormat kepada Mahkamah dan buka pintu tanpa membuat bising.
  •  Sila tampil ke hadapan apabila nama anda dipanggil.
  •  Semasa Mahkamah bersidang hendaklah tumpukan sepenuh perhatian kepada prosiding. Perbuatan seperti berbual-bual, ketawa, menguap, sendawa, membaca surat khabar atau majalah, tidur dan makan adalah dilarang kerana ini boleh dianggap anda tidak menghormati Mahkamah.
  •  Kanak-kanak kecil yang terpaksa hadir ke Mahkamah hendaklah dikawal sentiasa supaya tidak membuat bising dan menganggu perbicaraan.
  •  Haruslah diingati bahawa Mahkamah adalah tempat di mana perbicaraan diadakan dan hendaklah sepanjang masa dihormati supaya keadilan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

PakaianPakaian yang bersih dan kemas. Pakaian yang tidak menjolok mata. Anda dilarang memakai:
  • Seluar/skirt pendek 
  • Jeans 
  • Selipar 
  • Topi Keledar 
  • Cermin mata hitam 
  • Jaket kulit 
  • Pakaian warna terang dan sarat dengan perhiasan


Sekarang ni dah jarang pergi mahkamah.Hari-hari duk office je.Belek file,buat surat,goyang kaki je keje aku tetiap hari.Keh keh.Tapi best jugak sebenarnya sebab office pun dah macam studio Maharaja Lawak.Mereka semua sangat fun fun fun dan cool.Kerja ketawa je aku kat sini....tapi kerja macam susah jugak sebab banyak benda aku tak reti nak buat.Tetiba je rasa menyesal tak belajar betul-betul time kelas En.Rejab dulu.

Huhu....Ok dah,sebelum aku memerepekkan diri dengan lebih panjang lebar,baik aku blah dulu..hehe.Nite Nite yuoll!


2 comments:

  1. wahhhh...den dulu jenuh naik turun mahkamah...kes kemalangan...ahakz...sib baik menang...ahakz...kenangan terindah...kena tegur polis dlm mahkamah sebab duduk dgn silang kaki...ahakz

    ReplyDelete
  2. 0oo.. Mcm gitu eyh? Thanxs for da info.. :)

    ReplyDelete