Sunday, June 5, 2011

Kelab Taat Suami.


 “Seorang isteri yang baik adalah pekerja seks yang baik bagi suami mereka."

“Seorang isteri perlu menjadi seorang isteri yang baik sampai bila-bila Jika apa yang terjadi padanya sebagai contoh didera mereka perlu memikirkan bahawa ini adalah ujian dari Allah kepada mereka."

Pekerja seks...???Omaiomai...Tak sangka pulak,dah macam taraf pelacur pulak dah isteri-isteri zaman sekarang.*sigh.Mungkin dia tak bermaksud nak menyamakan isteri-isteri dengan pelacur sebegitu rupa,but please use more appropriate words to describe women like us. Pekerja seks..?Ntah...tak boleh diterima akal lansung,rendahnya martabat wanita jika disamakan dengan pekerja seks even untuk suami je.

Satu lagi,kalau didera suami,itu ujian dari Allah.Maknanya,kalau suami pukul sepak terajang kau...itu semua cobaan,kalau suami curah air panas atas kepala,itu pun cobaannnn,kalau suami tu gay,itupun cobaannn jugak ke?.Ilmu agama saya mungkin tak setinggi mana,tapi bila baca statement sebegini,keluar pulak dari mulut seorang perempuan,saya rasa macam ada something wrong somewhere.Seingat saya,dulu dalam kelas lecturer pernah ajar,isteri boleh minta fasakh jika suami berlaku kejam terhadap isteri.Maknanya fasakh itu merupakan satu perlindungan dan hak Allah bagi untuk isteri.Jadi,kalau isteri didera,kenapa dia nak diam2 kan dan terima je.Pelik sungguh.Dah macam zaman jahiliah la pulak pesennya kalau macam ni.

Saya bukan perempuan yang sudah berkahwin,mungkin tak layak nak membicarakan hal ini dengan lebih lanjut,chewwahh..hehe.Tapi bagi saya,pekahwinan tu bukan pasal seks semata-mata.Perkahwinan juga bagi saya bukan hanya kewajipan isteri untuk memberikan segala-galanya kepada suami(banyak cantik) sebaliknya suami pun kena bagi segala-galanya untuk isteri.Namun begitu, saya masih berpegang kepada "syurga isteri di tapak kaki suami".Kedudukan suami sentiasa lebih tinggi daripada wanita kerana Allah yang bagi amanah itu untuk suami memimpin rumah tangga dan isteri solehah juga sentiasa tahu agungnya kedudukan suami dan besarnya hak suami ke atas dirinya.OMG,bercakap macam orang dah sedekad berkahwin.haha.

Bagi saya,taat suami tu memang wajib,tapi kelab taat suami rasanya tak perlu.Semua ada pendapat masing-masing,and this is my opinion.Saya tak paksa orang lain bersetuju dengan pendapat saya.Tapi kalau anda rasa saya salah dan perlu diperbetulkan,sila bagitau.

Assalamualaikum.

2 comments: