Wednesday, April 6, 2011

Show Me Your BFF Contest

Dear Nurul Badiah Lai,
Inilah dia kawan baik saya selama 4 tahun saya menuntut ilmu di UUM.Saya ni  bukan jenis yang friendly and happy go lucky person,so memang tak buat ramai kawan sangat kat UUM.Tapi apa yang boleh saya bagitahu,sepanjang saya berada di United State of Sintok ni,mereka-mereka yang berhati mulia inilah yang selalu ada bersama saya,tak kira masa,tak kira tempat.Kalau pegi mana-mana kalau tak cukup forum memang tak sah.Assignment memang tiap-tiap semester  satu group..Walaupun markah assignment tak segempak kebaboww mana pun,kami tetap bersama.Apa yang penting disini ialah kami bersatu...bersatu kita teguh bercerai kita kahwin lain roboh.Dapat naik pentas terima segulung ijazah sama-sama itu yang penting bagi kami,walaupun anugerah deanlist haram tak pernah nak dapat,kami tetap tersenyum tabah.Pehh.Sudahlah tu Dila,apa yang duk mengarut pun tatau..balik2lah ke pangkal jalan.

Meh saya introducekan Kak.Nurul dengan mereka-mereka ya.yang pertama tu Miemi.takdelah orang paling manja dalam dunia kalau bukan Si Miemi.Perangai dia dengan perangai saya memang sangat antonim.Saya sangat keras,teguh seteguh karang di dalam lautan,dia plak jenis yang lemah longlai macam pokok kelapa ditiup angin ditepi pantai.haha,seronok betuk mengeji kawan baik sendiri disini.Sebelah dia tu si Fen,pujaan ramai jejaka hensem di sana.Tapi sorrylah,dia berbajet sangat besar,jadi semua jejaka2 yang mengorat,di'boo'nya sebegitu sahaja.Keh keh.Kalau rupa tak sekacak Remy Ishak,Fennylia Francis jangan kau ngorat,cewwah berpantun pulaks sayerwwww..Tepi fenny tu Maya Karin.Tak payah la nak introducekan dia,satu Malaysia dah kenal dia.Tepi Maya Karin tu Dayat..oh,yang ni super super super bestfriend saya la.Sebab asal negeri sama,memang kami tiada masalah dalam memahami antara satu sama lain.Dialah Kakak  saya,dialah pakar motivasi saya,dialah yang selalu tarik telinga dan luku-luku kepala kalau saya berperangai macam syaitan sikit..keh keh.


Tipulah kalau saya cakap tak pernah gaduh..selalu jugak gaduh sebenarnya.Tapi iyelah,dah nama kawan.Hari ni benci,esok bangun dari tidur i love you,you love me,we are the happy family balik.Hehe.

4 comments:

  1. Berkawan biar beribu, kawen biar empat..ahaks.. ;)

    ReplyDelete
  2. aikk..apsal gamba kita tak de dlm gambo tu.....uikk....

    ReplyDelete
  3. dik..
    thanks dear 4 joining

    wish u all de best:)

    nti jgn lupa check ye result

    ReplyDelete