Friday, April 8, 2011

Parti Durian (a very picture heavy blog entry)

bagi sepuluh bijik pun saya telan jugak tau..jangan main2,nafsu durian sangat buas.

 taddaaaa...masa untuk membaham.

 close up sikit....bagi jeleous korang,hehe.

 Fenny,mangsa cucukan duri durian,tapi still gigih melantak durian dengan jayanya.

 pebendalah muka aku cam bangang sangat tu..haha,macam hisap ganja pun ada.

 iye..saya diet..tolonglah percaya.hehe...gurau je Jess

haaa ni dia,pemegang tali pinggang hitam sukan membelah durian.

Ini kali pertama makan durian ramai-ramai dengan kawan-kawan.Dibawah sinaran sportlight badminton court,kami duk bersila ramai2 tunggu satu persatu durian dikopek.Biasanya kat rumah je boleh jamah benda ni.Cuma tahun ni,nafsu nak makan durian dah tak tertahan-tahan...so nak tak nak terpaksalah beli.Kalau tidak ,kempunan tau..nanti tak pasal2 saya pergi cari batu belah batu bertangkup,tak sanggup lagi idup sebab tak boleh makan durian.Hehe,bodohnhya lawak.

Harga durian kat pasar malam,pehhh...mahal kemain.Tapi itulah,mahal2 durian pun,tetap dicari.Ingatkan hulur dua keping not RM20,bolehlah dapat 10 biji durian..tp abang tu bagi 5 bijik saja.Nak mintak lebih kang takut kena pelekong plak kulit durian..jadi terpasalah akur dengan harga semahal itu.Tapi,walaupun mahal,berbaloi-baloi...alhmadulillah,isinya sedap lagi dasyat menjilat tapak tangan,lomayan lah.Kalau tak sedap,tobat aku gi cari brader jual durian tu...claim gantirugi.

Ok,itu sahaja,parti durian ketiga bakal menjelma...kita lihat siapa yang sponsor.


1 comment:

  1. wah jelesnye makan durian..besh2..teringin lah nk makan jgk..emm..

    ReplyDelete