Monday, March 14, 2011

Period pain.Entry paling merepek dalam banyak-banyak entry.

Perempuan dan period pain adalah seperti irama dan lagu.Andai dipisah,lemah tiada bermaya,hampa.

OK,cut the crap.Sebenarnya,saya sedang sakit..sakit orang perempuan yang mana kalau orang kacau saya sekarang ni, tak naik buku lima,kunyah selipar selipar Jepun saiz tujuh pun jadi la.Tapi yang sangat ajaib,saya masih mampu mengadap skrin laptop dari pagi sampai malam.Haha.Iyelah kan,bila kau ada assignment yang nak dihantar pada minggu depan,of course la kau akan menghadap laptop 24 jam.Jadi,tolong jangan tuduh saya guna laptop sabab nak update status FB sahaja ye,puan-puan.

Ok,abaikan perenggan kedua,saya pun tidak tahu apa yang diniyangrepekkan oleh saya pada perenggan kedua itu.

Sekarang kita masuk ke perenggan ke empat.Sejak akhir-akhir ni kan,saya perasan yang period pain saya dah lain macam sikit.Tak tertahan-tahan sakitnya.Sebelum ni OK je tau..2,3 jam je sakit,pastu OK,petang tu dah boleh start senamrobik balik.Tapi sekarang,paling kurang pun sehari semalam,kalau tak berguling tas katil tak sah dia punya derita tu aihh,,,rasa macam nak cabut uterus tu kejap letak atas meja pastu sebelum tidur pasang balik.Boleh ke..?Hohohoho,hotak kau la.

Jadinya sekarang ni,letak air panas atas perut,dah.Letak minyak angin pun dah.Minum air teh pun dah..maknanya sekarang tolong bagitau saya,nak buat apa lagi untuk melegakan kesakitan ini.Please..nak je pergi telan pil warna merah jambu yang besar gedabak tu,tapi orang cakap kalau makan selalu benda tu,nanti tak boleh beranak.Betul ke...?

1 comment:

  1. errr...den nak komen apa erk pasal ni....errr ...no komen aje laaa.....ahakz

    ReplyDelete