Monday, March 7, 2011

Kerinduan

Jumpa henset bawah bantal.3 miscall,1 message received.1 Miscall dari Yasir,malas nak call balik.Nanti sibuk pulak suruh aku cari notes pasal Attorney General.Tesis dia kot.Haha,gurau je.1 miscall lagi dari Azree,pun malas nak call balik.Tunggulah dia call balik.Hehe.Satu lagi dari Ayah."Oh alamak,I'm in trouble".Masuk yang ni mungkin dah kali kesepuluh Encik Ayah call saya tak jawab.Nak telefon balik memanglah hahahaharam.Buka mesej,

"Ila ni,tak reti-reti nak angat telefon.Takpelah kalau macam tu".

Nada merajuk Encik Ayah dapat dikesan disitu.Cepat-cepat dail nombor rumah.Ada orang angkat,cepat2 menjerit dengan lantang dan penuh girang "Ayyyyyyyyyyyyyaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhh"Sila baca dalam nada suara Teletubbies nama La La.Konon2 nak ambik hati la,nanti tak pasal2 kena marah.Ayah saya bukan boleh dibuat main..Haha.Sebelum kena sound kaw kaw,baik kita cairkan hatinya dulu.

"Ni Ma la"Kedengaran suara perempuan dihujung talian.Bukan Nirmala.Ma itu merujuk kepada Emak saya.Oh rupanya Ma yang angkat.Terus rasa lain macam.Jadi sayu dan sebak.Sebab dah lama tak dengar suara Ma.Kali terakhir telefon rumah mungkin miggu lalu.Ya kawan-kawan seminggu yang lalu.Itupun cakap ngan Ayah,sebab Ma kat dapur tengah masak dan Encik Ayah pulak sedang baring-baring atas katil tak reti sungguh nak gi nolong Ma kat dapur.

Berbual tak lama mana pun.2 minit mungkin tak sampai.Ma cakap Encik Ayah telefon sebab nak tanya khabar.Pergghhh..terus rasa macam nak teguk clorox sekarang jugak.Sebab apa...?Sebab sepatutnya dan sewajarnya Si Anak la yang kena tanya Mak Bapak sihat ke tak..ni terbalik.Ma tak sudah-sudah suruh saya study betul-betul sebab dah last sem.Saya meng ye ye kan saje.Tak berani nak cakap "Memang Ila tengah stadi pun ni".Sebab kalau cakap macam tu,berdosa pulak sebab memang dah sah-sah menipu Ma.Terus rasa bersalah.Sobs.Ma saya janji,esok saya buka buku.Buku yang betul-betul buku..bukan Facebook.

Terus-terang rasa macam mahu menangis sekarang ni.Dahla suara Ma lain macam je..macam selesema.Rindu la...saya rindu dia yang teramat.Kalau cakap lama-lama tadi,mesti saya dah berlinang air mata sok sek sok sek.

Ma,boleh ke saya tak nak kahwin?Lepas belajar tinggal dengan Ma je kat rumah pusaka tu?Ecewah..rumah pusaka konon.

Takut pulak nak jadi makin dewasa..bila dah kerja,,tentu akan jarang jumpa Ma dan Ayah.Pastu nanti dah kahwin,if katakanlah suami aku orang SABAH,tak pun komang2 pun orang INDONESIA..mesti tak akan selalu jumpa Ma dan Ayah.Sobs lagi.

Kenapa ye aku rasa lain macam je.

Moga semuanya baik-baik belaka di kampung sana.

Ya Allah,lindungilah mereka,kesayangan aku.


No comments:

Post a Comment