Thursday, February 17, 2011

Randoms

  • Tengok template baru blog saya,terus rasa down.Sebenarnya nak tukar selera sikit.Nak guna templates minimalist.Simple dan tak serabut.Ingatkan lawa,haih..tapi dua tiga kali tenung macam tak selera dah nak berblog.Header takde..*sigh.Leceh la nak kena reka header nehh..dahla sekarang Adobe Photoshop dah takde..jadi cuba kau cakap,aku nak edit header guna apa...??Paint...??
  • Mooting...?Ye,saya dah selesai bermooting semalam.Lega.Sebenarnya,mooting tu macam oral presentation kat court la.Tapi bukan kes betul-betul.Ada Yang Arif,ada counsel for plaintiff,dan saya pulak.counsel for defendant.Ini kali pertama bermooting..haha.Sebelum ni tengok orang bermooting pun tak pernah.Sangat la tak ghairah nak jadi peguam kan?.Alhamdulillah,nasib baik En.Rejab yang jadi Yang Arif,kalau Dr.Hilal..menangis kot aku kat depan dia.Hehe.Tapi En.Rejab sangat cool :).
  • Malam esok Law Dinner.Ini last dinner for us,pelajar undang-undang UUM batch ke lapan.Tema,WALK IN WONDERLAND.Tapi tak pernahnya aku nak ikut tema..tiap-tiap tahun pakai baju kurung je.
  • Still thinking whether nak chambering ke tak.Separuh hati cakap,pergilah chambering..9 bulan saje..Ye,9 bulan sahaja.Separuh hati cakap,"Dila,kau pergilah kejar cita-cita kau dulu,jadi apa yang kau nak,bukan apa yang orang lain nak".Tapi kalau saya cakap cita-cita saya nak jadi apa,tentu takde orang nak sokong saya..*sigh lagi.
  • Berat badan naik tiga kilo.Tahniah Adila,Tahniah.Anda memang hebat.Sebelum pergi menimbang,dah agak da..mesti berat aku naik sebab bila pakai tudung tengok cermin,makin jelas double chin kelihatan.Hihi.Saya nak kurus bukan sebab nak cantik,tapi sebab nak sihat.Tapi sekarang berat dah lebih 50kg..huhu.

No comments:

Post a Comment