Sunday, January 9, 2011

Jangan jadikan watak ustaz sekadar penghalau hantu.

Masa kecik-kecik bapak aku pernah bawak aku pergi jumpa tok bomoh.Bapak terpaksa buat camtu sebab aku malas sangat pergi mengaji Al-Quran.Malas bukan main sampai kena heret lagi.Pernah aku pergi,tapi aku tak naik atas rumah,tapi duk mencangkung bawah rumah tok guru ngaji aku sampailah kakak aku panggil balik.Nama dia,Che Ngoh Ton,sekarang dah arwah..dahla time tu banyak itik kat bawah rumah tu.Bapak aku suruh pergi mengaji aku pulak pergi bergelumang dengan itik.Bertuah punya anak.Pastu Che Ngoh siap sound lagi "Ila ngaji ngan itik ke bowoh rumoh tu".Tehheee...Kenangan sungguh.

Semalam bapak aku pagi-pagi dah kejut suruh bangun awal-awal.Katanya nak jumpa tok bomoh..aku pun macam "errr,wats wrong with you dad",ewah..hahha.Bapak aku cakap nak bawak aku pergi jumpa tok bomoh,berubat aku.Katanya,umur aku dah lanjut jadi konon-konon nak tiup2 lah sikit bagi cepat jodoh.Hehe,bertuah punya bapak..pagi-pagi dah buat saspen anak sendiri.Sikit lagi aku nak nangis.Aku takut ouh jumpa tok bomoh.

cuba bayangkan kalau kau kena paksa jumpa tok bomoh macam ni.Harus kau pengsan.

Gerak awal pagi,tapi kitorang kena tunggu lepas Asar baru boleh berubat.Manalah kami tahu.Dahla sebelum tu menunggu ayah aku servis kereta sampai 4 jam tercongok atas kerusi.Lepas solat Asar,terus pergi rumah tok bomoh tu.Kami panggil dia Ustaz Wei,dengung sikit kat hujung tu.Dapat giliran no 2.Ramai gila orang datang berubat.Ada yang demam,sakit jantung,sakit pinggang,pening kepala dan macam-macam la.Pastu ada sessi minum air ubat secara berjemaah.Kesian pulak aku tengok pak cik tu,berkerut-kerut muka dia telan air tu.Pahit katanya.Kami jumpa pergi bomoh takde kaitan pun sebenarnya nak cari-cari jodoh kat aku.Cuma,adalah tu masalah sikit,hehe..tak elok rasanya nak mengwar-warkannya disini.

Eh,macam panjang pulak aku membebel.Haha,aku frust sebenarnya ni.Result aku paling teruk pernah aku dapat.Tadi chat dengan batchmate aku,pehh 5A dia dapat.Aku nak dapat 1A pun macam nak habis nyawa.Dia selamba je pulun 5 sekaligus.Tapi itulah,yang kita usahakan itulah yang akan kita dapat.Allah maha adil kan?

Jadi aku tengah sedih dalam gembira la ni.Sedih sebab tak dapat dean.Gembira sebab takde paper yang kena repeat.Tak relevan sungguh kan sedih2 duk cerita pasal bomoh.Nampaknya,aku kena tok bomoh la tiup2 sikit kepala ni supaya jangan jadi benak sangat.haha..


link

6 comments:

  1. 1 pun 1 la che'ila.. alhamdulillah.. semoga selepas ini lebih baik lagi.. all the best gurl :) love ya

    ReplyDelete
  2. nak jugak kna tiup2 dpt jodohhhh
    bawa sy jmpa cgu ady plisssss

    ReplyDelete
  3. ok la tu 1..watpe tamak nak byk2. haha..kalo orang tua2 skrg mmg sakit skit jmpa bomoh..ish2..tak baek cmtu..

    ReplyDelete
  4. hahah macam2 tok boomoh skang.. tp tok bomoh lam gambar tuh macam lemah semnagat je.. hehee




    Jasa Ibu Bapa Dilupakan, Jasa Orang Lain Disanjung

    ReplyDelete