Thursday, December 23, 2010

Its snowing.

Snowing la sangat kan..atau sepatutnya cakap macam ni je,"IT'S RAINING".I love rain and I love winter 2.Ahahaha...tiba-tiba je suka winter.Ye la kan,krismas dah nak dekat,so feeling sebegitu mestilah harus ada walaupun kau  sekarang sebenarnya sedang berada di negara yang beriklim tropika dimana kebarangkalian untuk turunnya salji adalah kosong perpuluhan kosong kosong peratus.*Sigh.Tapi sekarang ni musim tengkujuh kat Terengganu,jadi anggap sahajalah ini musim winter ye adik kakak,kalau dah teringin sangat.


install satu dalam bilik ni confirm lena je tidur.

Aku tak pernah keluar negara,dan memang tak pernah merasai kedinginan salji.Masa kecik-kecik dulu,konon konon nak merasai salji,aku pun buka freezer..letak tangan kat situ.Mungkin kat tempat ada salji,sejuk macam ni la rasanya kot,getus hati kecil aku.(haha).Dan juga,masa kecik-kecik dulu aku turut percaya pada Pak Cik Berjanggut Putih,bukan Albus Dumbledore ye,tapi Santa Claus.Satu malam tak tidur sebab tunggu hadiah dari Pak Cik Santa Claus.Drama krismas TV3 memang boleh merosakkan akhlak.Tak pasal2 aku terpengaruh.


OK lah.Sudah-sudahlah berangan nak ada salji kat Malaysia.Berpijaklah di bumi yang nyata.Sekarang ni kat kampung saya,dah seminggu tak nampak matahari.Pukul 12 tengahari macam pukul 6 petang.Tiap-tiap hari hujan.Dan sememangnya,mandi adalah benda yang bukan senang nak dibuat.Aktiviti berhibernansi memang sangat sangat delicioussss.Rumah dah macam pasar malam sebab baju-bajan terpaksa dikeringkan di dalam rumah.TV memang sentiasa ada problem..tiga hari dah tak boleh tengok Buletin Utama.Dan yang paling teruknya,,perut sentiasa lapar.Bila tak kenyang perut,mestilah tak senang hati kan.*sigh.


 Hujan-hujan begini baguslah kalau kita dapat mencontohi sifat haiwan di atas.


2 comments: