Thursday, November 25, 2010

Saya pun nak cakap orang putih jugak.

Selamat pagi.Baru lepas baca blog Husna Hadzarami tentang satu sikap jelik dia yang dikhuatiri menjengkelkan orang ramai.Haha...gelak-gelak aku baca sebab kadang-kadang aku pun pernah berhadapan dengan masalah ini.Masalah nak membetulkan English orang,walaupun aku tahu English aku tak seberapa..Muet pun dapat BEN 10 je..ada hati nak betulkan English orang.Ish.

Baru-baru ini ada terbaca status kawan FB dia tulis dalam English, tapi macam salah.Memang salah setelah dirujuk kawan kat sebelah.Benda basic je pun sebenarnya.Ramai yang komen status dia tapi takde sape nak betulkan.Dalam hati meronta-ronta nak betulkan kesalahan tu,siap tulis cantik-cantik dah..tp cuak pulak nak tekan add comment.Takut pulak dikatakan aku ni bajet bagus ke happe..aku ni jenis paranoid sikit,jadi tak payahlah gatal-gatal nak tegur.

Status FB aku pun kadang-kadang dalam BI,tapi itupun ambik masa dalam beberapa minit nak tekan share,haha sebab takut tersalah eja ke..tersalah letak "s" ke,tersalah letak "ing" ke.Kalau tak pun,terpaksa tanya kawan-kawan yang tengah online "eh kau,betul tak kalau ayat aku camni","Cantik tak kalau ayat aku macam ni"...Pastu kalau aku share status ,tetiba ada orang PM aku,"eh salah la camtu"..biasanya adik aku la..terus cepat2 pergi profile tekan delete pastu rasa macam nak bunuh diri sebab malu teramat padahal hakikatnya takde orang pun yang ambik kisah aku punya status..haha.

Oleh kerana kat universiti aku dikelilingi oleh manusia-manusia yang English nya agak mantop,jadi memang selalu lah jugak aku ditegur kalau salah sebut.Tapi aku lupa perkataan apa tapi yang aku ingat kawan aku pernah sebut TONGUE sebagai tong-gi-yu,terus kawan satu lagi betulkan.,,sambil gelak-gelak sekuat hati.Aku diam je sebab masa dulu-dulu pun aku sebut tong-gi-yu.Hehe.

Sesetengah orang sangat kisah kalau kita betulkan English dia depan ramai orang.Tapi aku tak kisah pun..tegur je la,pandai2 la tu nanti aku cover malu.Teling the turth is an act of loving,jadi berkatalah benar walaupun pahit haha macam takde kena mengena tapi nak tulis jugak.

7 comments:

  1. hehe.takpe kalau salah pun.manusia belajar melalui kesilapan.sape yg xpenah bt silap.xperlu malu pun.heee~

    ReplyDelete
  2. entahla..inferiority complex kot..huhu.

    ReplyDelete
  3. Berani utk wat salah.. N sanggup terima kesalahan.. Member gwa sebut malique.. Maliki.. Heheh.. Nak tegur serba salah ar plak

    ReplyDelete
  4. heee
    tak siapa kesah kalu salah type..layan saja janji cool

    ReplyDelete
  5. "Teling the turth is an act of loving"

    minta maaf ye, saya rasa perkataan 'teling' sepatutnya 'TELLING'

    ke aq y silap. haha

    ReplyDelete
  6. btolkan aku jugak;)

    aku lagi la dil, muet dapat BEN AFFLECK! terer tak terer ..

    ReplyDelete