Tuesday, November 30, 2010

Cerita belakang

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Pagi-pagi,belek-belek Facebook terbaca status Hami Asraff terus rasa down tak nak pergi mandi.Hahha,apa kaitan kan.Tapi itulah..memang sentap jugaklah sebab aku pun tergolong dalam manusia yang kuat mengumpat jugak.Lebih-lebih lagi sem ni...OK,sem ni memang neraka!Hanya orang-orang yang rapat dengan aku je tahu apa masalah yang aku kena face tiap-tiap hari.Eh,bercakap macam pernah pergi neraka pulak..hihi,itu metaforalah

Aku sangat respeklah orang yang sabarnya masih lagi setebal tembok berlin walaupun tiap2 hari orang buat taik kat kau,kau diam je simpan dalam hati.Aku try jugak simpan..simpan..ah,tak boleh tahan tengah-tengah malam pergi ketuk bilik kawan baik,buka kedai kopi... pot pet pot pet cakap pasal si polan tuh.Mengumpatlah tu kan bila kita cerita keburukan orang lain.Iye aku tahu..T__T.

Jadinya sekarang ni,aku sedang berfikir..perlukah aku pergi mintak maaf dengan dia sekarang?

Sebab kalau boleh aku tak mahu..haha,boleh je nak lempang aku laju-laju.Aku benarkan.



1 comment:

  1. err..tembok berlin tu ada lagik ke..??? kalau dah terngumpat tu...mmg susah nak mintak maaf...sama lah dgn den...ahakz...mcm ego plak rasanya...( den laaa...)

    ReplyDelete