Wednesday, March 14, 2012

Gantung tak bertali


Bila orang buat jahat dengan kita, tak perlulah kita nak pening kepala siang malam fikir macam mana nak balas balik perbuatan jahat mereka.That's pathetic. Live your life, don't put yourself as low as them.mereka buat jahat, kita balas jahat juga.What makes you different than them?-Husna

Terbaca status seorang rakan di Facebook.Memang kena benar dengan situasi seorang klien yang datang firm tempat aku kerja semalam.Lama kami sembang.Sembang pasal bekas isteri dia yang main kayu tiga di belakangnya.Kalau dengar cerita dia, memang boleh buat meleleh air mata la.Macam tak sangka, ibu yang dah ada anak dua sanggup buat kerja-kerja terkutuk macam tu.

Tapi yang tak bestnya bila dia kata dia nak lambatkan prosedur pengesahan cerai sebab nak ajar sikit bekas isteri dia supaya jangan senang-senang je mintak cerai.Bagi aku ini dah macam kes balas dendam la.Nak biarkan bekas isteri dia digantung tak bertali supaya tak boleh kahwin dengan skandal dia tu.

Bila dinasihatkan supaya rujuk balik, dia tak mahu.Mungkin dah serik dan tak yakin bekas isteri dia boleh berubah.Lagipun kalau si suami  nak rujuk, si isteri pun kena redha la jugak.Tapi tengok keadaan isteri dia tu, memang wassalam la.Memang dah tak dapat diselamatkan lagi dah.

Aku simpati dengan si lelaki ni.Tapi dalam masa yang sama aku tak bersetuju dengan taktik balas dendamnya itu sebab bagi aku gantung tak bertali ini adalah salah satu bentuk kezaliman ke atas wanita.Yang dah lepas tu, lepas la. Walaumacammana buruk pun perangai seseorang tu, itu urusan dia dengan Allah.Kalau cuba redha dengan ketentuan Allah, mungkin hidup kita lebih tenang lepas ni.Insya Allah.





No comments:

Post a Comment