7 facts about me.
- I'm a fast eater.Kalau makan ramai-ramai dengan kawan-kawan,kalau tak Dayat,akulah orang pertama yang siap dulu.Pastu tunggu orang yang slow eater macam Miemi dengan Farieza siap makan sambil kunyah-kunyah air batu dalam gelas.Kadang2 dah habis air batu aku kunyah dorang tak siap lagi.Aku cukup fokus kalau bab makan.Makanan sampai aku makan tak jeling sape dah.Hehe.
- Aku suka patah-patahkan jari.Dah jadi habit sejak sekolah menengah lagi.Lepas semayang sambil berwirid itulah masa paling best untuk mematah-matahkan jari.Jadi,kalau sekarang ni tengok keadaan jari aku,memang agak scary.Tak cantik dan lurus macam orang normal.*sobs*
- Tak pernah ada haiwan peliharaan.Aku tak suka haiwan.Haiwan pun tak suka aku.Padan muka.Kalau boleh nak bela haiwan yang tak suka berak..ada ke..?
- Masa umur tak sampai setahun,saya pernah jatuh tangga.Mak cakap saya tak nangis tapi gelak sorang-sorang.Dorang pulak bimbang sampai kena hantar hospital bagai takut ada pendarahan dalaman ke apa.Kalau ikut logik,saya dah takde kot dalam dunia ni.
- Masa kecik jugak saya selalu ditimpa kemalangan.Jatuh pokok gajus sampai berdarah leher,bergeser dengan batang pokok.Nasib baik takde parut sekarang.Pastu tertumpah air panas atas tangan sampai menangis-nangis suruh Ayah salin kulit lain.
- Susah nak sakit.Kalau demam pagi,petang tu dah baik.Takde alahan apa2.Perut pun boleh terima apa sahaja tanpa perlu cirit birit di kemudian hari.Jarang sangat sangat pergi klinik .Alhamdulillah.
- Tau tak,saya dah ready siap2 nama untuk bakal anak-anak saya.Sekarang ni baru ada tiga nama..sorang laki,2dua perempuan.Ewahhahaha.
entry yg sangat menarik . kite pun suke patah2kan jari . my mum always marah2 ckp nanti jari kembang . nanti nak carik cincin kahwin susah .. wahaha
ReplyDeleteehe..tu la,sekarang da bimbang da takut tak muat cincin kawen nanti..hehe
ReplyDelete7th tu mnarik gle kahkahakhakahh
ReplyDeletenext n3:senarai nama bakal anak.plissssss
haha..tak mungkin aku buat entry camtu.takpun kau buat dulu..pastu aku buat.boleh?boleh?
ReplyDelete