Wednesday, April 15, 2015

Hai

 Pregnancy Ticker

Alhamdulillah :)

Saturday, April 5, 2014

Manusia yang tidak sensitif

Saya merasakan, dalam hidup berkawan perlulah kita menjadi lebih sensitif. Tak semua dikalangan teman-teman kita yang hatinya keras macam batu, dikritik dikomen terpandang di wajah tenang, tapi dihati siapa yang tahu. 

Saya juga merasakan, sebelum meluahkan bait-bait perkataan perlu berkira-kira, campur tolak darab bahagi. Mana tahu perkataan yang diluahkan itu bisa membuat hati si dia tercalar, terluka dan berdarah.

Komen ada tentang fizikal seseorang, baik pada wajahnya mahupun rambutnya, lebih baik diam-diamkan sahaja dalam hati. Semua itu punya dia, anugerah Tuhan. Usah disibukkan, dikecohkan. 

Mungkin niat kalian hanya ingin bercanda, tapi tiap canda gurau itu ada sempadannya. Tak perlu rasanya dicanang tentang "keburukan" (pada mata anda,mungkin tidak pada mata orang lain) si dia, sedangkan diri kita sendiri pun tidak sesempurna mana.


Saturday, April 28, 2012

lancar

Alhamdulillah...selepas 9 bulan bergelar pelatih dalam kamar bos offer kerja kat situ jugak.Perasaan..erm,gembira sebab tak menganggur but at the same time macam tak best jugak sebab aku asyik buat conveyancing je memanjang and sometimes kalau bos aku bagi kerja aku rasa macam susah sangattttttttttt...memang tak tercapai akal sehingga kadang-kadang merasakan aku ni macam liabiliti la pulak kepada firm -___-".Huhu,itulah..masa kat U tak nak belajar sungguh-sungguh.

Minggu depan jugak aku dah boleh pindah rumah sewa baru.Weuhhuuu...best gila sebab rumah tu terletak betul-betul atas tanah dan bulan rumah flat.Lepas ni aku dah tak perlu bau segala jenis bau busuk semasa menuruni tangga rumah ke tempat kerja.Dah takde anak jiran yang selalu kotorkan depan pintu rumah aku.Dan selamat tinggal juga kepada tong sampah besar tepi selekoh tu.Lepas ni dah tak jumpa dah...buhbyeee!

Tapi satu lagi masalah.Aku takde roomate T__T''.Aku tak kisah pun sebenarnya takde roomate.Lebih privacy.Tapi kalau ada orang sudi nak jadi roomate aku pun takpe.Tapi satu je la..I'm not picky,I just want a roomate that is clean.Tak friendly pun tak pe.Tak nak cakap dengan aku, aku boleh je kot cakap ngan dinding...hahahahahhahaha,ok aku tahu tak lawak pun :P.

k bye.

Wednesday, April 18, 2012

Thursday, March 29, 2012

30 Minit Ustaz Don


Kali pertama tengok 30 minit Ustaz Don dah jatuh cinta dengan dia."Dia" disini ialah dia apabila sedang menyampaikan ilmu.Tak terlalu serius sampai boleh bawak mengantuk dan bosan, dan tak terlalu lawak sampai boleh ketawa berdekah-dekah.Sesedap rasa je.Ditambah pulak dengan slang utara dia.Kadang-kadang tak suka jugak kalau ceramah agama terlampau kelakar sebab nanti lebih banyak ketawa tapi ilmu tak berapa banyak nak masuk.Housemate suka Ustaz Don sebab dia hensem -___-",hew hew.Tapi tak tahu apa status Ustaz ni..dah bertunang kot.Untunglah siapa yang kahwin dengan dia,dah la bnyak ilmu,peribadi mulia pulak tu.


Jadinya nak cakap, agak rugilah kalau sekali sekala kita tak meluangkan masa dengan Ustaz Don.Saya yakin, sekali dengar pasti nak lagi.

Sekarang pun dah selalu bukak TV Al-Hijrah sebab housemate suka sangat.Jadi saya pun tumpanglah jugak sekaki dua kaki.Alhamdulillah, banyak manfaatnya walaupun rancangan banyak ulang-ulang..hihi.Lagu tema pun best.comel je budak perempuan pakai tudung pink tu :P

ctrl+c & ctrl+v from http://islividish.blogspot.com/

Kerana apa jatuh sayang sama Ustaz Don?

- dengan hanya mendengar saya dapat menggambarkan keperibadian akhlaknyasewaktu penyampaiannya selama 30 minit itu (bayangkan saya orang buta yang tak pernah melihat Ustaz Don) Allahuakbar!

- setiap kali di awal rancangan, Ustaz pasti akan minta maaf dan mengharapkan teguran membina daripada para alim ulama ustaz ustazah di luar seandainya beliau ada tersalah dalam penyampaian. Kerendahan hatinya, menghormati mengharap pandangan ustaz ustazah yang lebih berusia dan berilmu dibandingkan dirinya memandangkan ustaz don usianya muda..Subhanallah.

- Unsur humor yang menceriakan membuatkan mereka yang baru berjinak- jinak dengan program agama tertarik untuk mengikuti butir- butir ilmu daripada ustaz. 

- Tutur kata jelas, terang, mudah difahami sesuai untuk semua golongan termasuk kanak- kanak.

- sangat memberi respon yang bijak dengan pemanggil di talian. Siapa pernah dengar rancangan ni, tentu tau respond ustaz yg saya maksudkan






Wednesday, March 21, 2012

Hari Rabu: Syukur

Hari ini, hampir-hampir kena berak burung.Kalau aku keluar rumah awal sikit mungkin aku dah menjadi mangsanya,cis.Tobat,esok dah tak nak lalu bawah pokok tu lagi...Tapi kalau kena berak pun, masih boleh bersyukur.Alhamdulillah, my heart still beating in this second.At least kena hempap taik burung...bukannya dahan pokok kan? :)